Cara Buat Yogurt Homemade. Simple Tapi Menjadi. Wanita Ni Kongsikan Caranya

Share

Teringin nak cuba buat sendiri yogurt, rupanya mudah je caranya. Bahan yang digunakan pun tak banyak.

Perkongsian cara buat yogurt ini dimuat naik oleh puan Salihah Sulaiman menerusi page Masak Apa Hari Ni.

Yogurt kaJ in da making. Yogurt ni kaJ buat try and error.. Tak belajar dengan sesiapa.. Buat research sendiri je.

Bahan-bahan👇
1 kg Susu segar- tak kisah susu fresh, susu kotak, susu tepung. Kalau guna susu tepung tak payah letak cuka sebab susu dah sedia masam bila dah jadi yogurt.
Yogurt asli- bukan yang berperisa
Cuka makan satu sudu kecil. Tak nak letak pun tak apa
Gula sikit@tak letak apa. Letak bila nak minum nanti
Termos

Cara-cara👇

  • Panaskan susu sehingga berbuih kecil. Bukan mendiidh ye.

  • Angkat dan sejukkan sedikit. Masa ni nak letak gula dan cuka boleh la.. Tak nak letak pun boleh.
  • Bila susu dah suam2, tuang susu kedalam termos.

  • Ambil yogurt asli sesudu atau 2 sudu besar dalam satu cawan bercampur susu suam tadi dan kacau sebati. Kemudian tapis ke dalam termos yang ada susu tadi

  • Kacau sebati dan peram susu sehingga 7-8jam

  • Taraaa siap😋

Boleh dimakan bersama buah-buahan, buat air dan letak perisa, atau untuk dijadikan masakan. Simpan lebihan yogurt yang dah siap untuk menjadi ibu yogurt untuk proses lain kali. Tapi kaJ tak adanya nak simpan. Terus habiskan😋

IKLAN