Teringin nak cuba buat sendiri yogurt, rupanya mudah je caranya. Bahan yang digunakan pun tak banyak.
Perkongsian cara buat yogurt ini dimuat naik oleh puan Salihah Sulaiman menerusi page Masak Apa Hari Ni.
Yogurt kaJ in da making. Yogurt ni kaJ buat try and error.. Tak belajar dengan sesiapa.. Buat research sendiri je.
Bahan-bahan👇
1 kg Susu segar- tak kisah susu fresh, susu kotak, susu tepung. Kalau guna susu tepung tak payah letak cuka sebab susu dah sedia masam bila dah jadi yogurt.
Yogurt asli- bukan yang berperisa
Cuka makan satu sudu kecil. Tak nak letak pun tak apa
Gula sikit@tak letak apa. Letak bila nak minum nanti
Termos
Cara-cara👇
Ads
Panaskan susu sehingga berbuih kecil. Bukan mendiidh ye.
Angkat dan sejukkan sedikit. Masa ni nak letak gula dan cuka boleh la.. Tak nak letak pun boleh.
Bila susu dah suam2, tuang susu kedalam termos.
Ads
Ambil yogurt asli sesudu atau 2 sudu besar dalam satu cawan bercampur susu suam tadi dan kacau sebati. Kemudian tapis ke dalam termos yang ada susu tadi
Kacau sebati dan peram susu sehingga 7-8jam
Taraaa siap😋
Boleh dimakan bersama buah-buahan, buat air dan letak perisa, atau untuk dijadikan masakan. Simpan lebihan yogurt yang dah siap untuk menjadi ibu yogurt untuk proses lain kali. Tapi kaJ tak adanya nak simpan. Terus habiskan😋
Menyentuh tentang pendidikan anak-anak masa kini, begitu banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan demi kebaikan di masa akan datang. Oleh yang demikian, sewajarnya, ibu bapa era moden seperti kita hari ini perlu ambil tahu banyak perkara dalam menentukan hala tuju pembelajaran anak-anak.
Ia perlu difahami dengan jelas, di mana secara totalnya jauh berbeza dengan pendekatan yang telah diambil oleh ibu bapa kita suatu ketika dahulu. Contohnya dalam hal menentukan anak-anak harus berada di dalam kelas DLP (Dual Language Programe) atau sebaliknya.
Jika kita masih ragu-ragu, ayuh baca perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh di akaun fb miliknya. Jom semak.
Semasa merasmikan Grand Ihtifal Little Caliphs Kindergarten tengahari tadi, aku berkongsi tips dengan ibubapa yang mana anak mereka bakal naik ke darjah 1 tahun depan.
Perkongsian tentang kelas DLP memang sangat dinantikan oleh ibubapa. Ramai yang pm bertanya aku, elok ke tak kelas DLP ni untuk anak-anak mereka.
Begini tuan puan. Kelas DLP (Dual Language Programme) merupakan program yang memberi pilihan kepada murid-murid belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Bermula 2018, kelas DLP hanya dibuka untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 sahaja. Sebelum 2018, kelas DLP dibuka juga untuk tahun 4 dan tingkatan 4.
Jadi, jika anak-anak kalian memang fasih berbahasa Inggeris, di rumah pula sering speaking, sangat sesuai jika masukkan anak dalam kelas DLP. Bahasa Inggeris mereka akan lebih baik dan dapat ditingkatkan bila masuk kelas DLP.
NAMUN…
Ada segelintir ibubapa menyesal memasukkan anak ke kelas DLP. Kenapa mereka menyesal?
Kerana mereka terikut-ikut dengan orang lain. Kerana mereka anggap kelas DLP ialah kelas elit. Kerana mereka nak anak mereka di kelas elit kononnya.
Bila anak mereka masuk, anak mereka tak dapat ikuti dengan baik. Markah Matematik dan Sains merudum teruk. Mereka sangka, belajar Matematik sekadar angka. Sedangkan silibus Matematik bukan sekadar soalan ‘one plus two equal three’. Matematik bukan sekadar nombor dan simbol sahaja.
Matematik sangat banyak soalan penyelesaian masalah berbentuk ayat. Alangkan dalam Bahasa Malaysia pun masih ramai murid tidak faham kehendak soalan, inikan pula dalam English dan basic English anak mereka lemah.
Lebih merisaukan ibubapa, sebaik anak masuk kelas DLP, memang tidak dibenarkan menarik diri. Kena habiskan dari darjah 1 hingga darjah 6 dalam kelas DLP juga.
Malah jika berpindah sekolah, wajib mencari sekolah yang menawarkan program DLP juga. Tidak semua sekolah tawarkan program ini.
Jadi, jangan ikut orang. Jangan memaksa anak-anak. Kita sebagai ibubapa kena tahu potensi dan kebolehan anak-anak.
Jika mereka bagus English, boleh pilih kelas DLP kerana pengajaran Matematik dan Sains diajar sepenuhnya dalam English.
Jika tidak, masuk saja kelas biasa. Silibus dan sukatan antara kelas biasa dan DLP 100% sama. Yang beza cuma bahasa pengantar sahaja.
Sila fahami dan hadami elok-elok ya. Hak anda untuk memilih mewakili anak-anak ni. Jadi buatlah pilihan yang terbaik.
Selain biskut raya, kerepek serta snek ringan lain turut menjadi pilihan ibu-ibu untuk disajikan pada tetamu di pagi raya.
Sebagai contoh, snek dari Cornflakes pedas ini juga boleh dimakan pada hari biasa selain raya.
Ha buat ibu-ibu yang nak cuba, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Rezal Mansor ini. Jom cuba!
Satu kuih raya dah siap.. Cornflakes pedas.. Taste dia sedap macam kerepek ubi pedas dan garing.. Tadi tiada daun limau purut, jadi gantikan dengan daun kari.. Ikan bilis tu saje nak menyedapkan rasa dan sedap lagi kalau bubuh kacang goreng jugak jika nak tambah..
Snek Cornflakes Pedas
Bahan-bahan:
40 gm bawang putih dicincang
40 gm bawang merah dicincang
2 sudu kecik minyak
60 gm pes cili
120 gm gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil kicap
4 helai daun limau purut dihiris halus
120 gm bijiran cornflakes
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Tambahkan pes cili dan masak lagi selama beberapa minit.
3. Kemudian masukkan gula, garam, kicap dan daun limau purut dan masak lagi selama 2 minit.
4. Masukkan cornflakes dan kacau sehingga semua rata.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
6. Letakkan cornflakes pedas dalam dulang pembakar dan bakar selama 5 hingga 6 minit atau sehingga cornflakes garing
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Biasanya kalau kita buat resipi tomyam di rumah mesti tomyam kuah merah bukan? Tapi kalau makan di kedai suka pesan Tomyam Putih memandangkan ada antara kita tidak mahir untuk sediakannya sendiri.
Diakui tomyam kuah putih ini lebih masam dan pedas rasanya, memang enak dan menyelerakan hingga kuahnya akan dihirup hingga licin. Sungguh menyelerakan!
Jadi sesiapa yang ingin mencuba untuk sediakan sendiri, bolehlah ikut resipi yang dikongsikan oleh Eqienura Mokhtar ini. Begitu detail resipi dan langkah demi langkah dikongsikan olehnya.
bahan tumbuk:
5-10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
2 ulas bawang putih
4 biji tomato cherry (tomato besar lebih baik)
bahan titik:
2-3 batang serai
1 inci lengkuas
1 cm halia
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
bahan lain:
udang
sotong
1/2 biji bawang holand
oyster mushroom
cauliflower
daun limau purut
daun ketumbar (optional)
2 biji limau nipis -ambil air perahan
sos ikan
garam
gula (optional)
tomyam poktek: tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.
Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang. Orang siam tambah gula paste siam sikit bagi manis kuahnya. Ada satu lagi daun yang orang siam letak iaitu daun ketumbar jawa. Agak keras tapi layan je makan tomyam putih kat Bangkok kunyah sekali daun tu.
Cara memasaknya :
1.Sediakan air dalam periuk. masukkan cili padi, tomato, bawang putih yang ditumbuk. biar sampai mendidih.
2.Setelah mendidih terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang dah dititik. api slow je tak apa. nak masuk awal-awal dengan bahan tumbuk pun boleh takda siapa nak marah eh.
4.Biar kejap lepas tu masukkan sayur. Saya suka cauliflower dengan cendawan oyster. Tak lupa juga kepada cik tomato. Penting tomato ni dalam tomyam sebab dia tambah rasa masam. Elok guna tomato yang besar tu. Masak semua sampai mendidih.
5.Pastikan semua sudah mendidih baru masuk daun limau purut. Kalau masuk awal-awal nanti kuah rasa pahit dan aroma dia hilang. Nak letak akhir sekali pun okay. Lepas ni letak bahan perasa jangan tunggu-tunggu or ralit main phone dah. nanti lembik sayur tu semua.
6.Bahan perasa: yang penting ada ni. Masakan Thai tak sah kalau tak ada sos ikan. Sis masak setengah periuk, letak satu senduk. Lepas tu adjust dengan garam. Sis tak pakai aji. dua ini sudah cukup.
7.Masukkan seafood. Sis tak suka campur seafood dengan ayam/daging. Rasa tak sama. Dalam ini ada udang dengan sotong sahaja. Udang buang kepala, tinggalkan ekor saja.
Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau/ lion king ke apa tak payah buang kepala dan jangan campur seafood lain. Itu rahsia dia, rasa tomyam manis je.
8.Masukkan sotong last sekali. Yang ni dah celur air panas sekejap. Seafood semua letak last sekali sebab senang overcooked. Bila overcooked semua liat keras-ketung. kalau buat tomyam ayam pun sama letak last sekali.
9.Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan rasa garam cukup tak. Kalau tak masin tambah lagi, kemudian tutup api.
10.Tengah tunggu kuah mendidih tadi tu boleh la belah limau nipis 2 biji. Perah airnya. dah tutup api tadi terus curah air limau ni. Tutup periuk okay.
11.Tadaaa! dah siap dah.
Oh ya, sebelum hidang panas-panas boleh letak daun ketumbar. tapi jaga-jaga ye sebab daun ketumbar ni bagi rasa pahit dalam tomyam. Sis letak sikit je. tak letak pun tak apa.
Haroqs UPSI menerima Anugerah Tokoh Siswa kategori Penghargaan Khas Naib Canselor dan berkongsi pesanan inspirasi agar generasi muda terus mengejar ilmu serta kekal merendah diri.