Sejak tahun lepas, trend beli barang kemas masih terasa bahangnya. Emas menjadi perhatian apabila ia memberi pulangan lumayan untuk tempoh jangka masa tertentu.
Namun, sebelum membeli barang emas pastinya pelbagai persoalan ditanya kepada jurujual. Bagaimanapun, layanan yang diterima mengecewakan.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
kisah sales girl
Ads
arini ajak abah belikan reward tuk diri mak yg berpenat lelah bersusah payah tanpa henti kerja tuk sales bakery.maka masuk la kami di xxxxx setia alam nampak mcm baru bukak.Teringin cari bangle yg simple2.sbb kedai emas biasa kurg design.Dan sebab pertama sales girl nye melayu.Masuk pilih.biasa lah nak beli mahal kite pilih bukan terus suke n beli.Bila kite suruh ambik 2-3 jenis😏 die punye sinis tu seolah2 mcm kita xde duit.Dgn suara yg agak sinis bila tanya saiz.Eh die ni😒 nasib puasa kalau x pergi melaka membeli cincau jwap nye.
Ajak abah kelua dan kebetulan berdepan dia xxxx @ Setia City Mall seorg kakak chinese layan dgn sgt sabar.walau jap2 cuba ini jap2 cuba yg ni.Sabar die melayan.Dan akhir nye mak beli yg mak cuba dan beli lebih dr niat asal beli 1 set.Tq kakak.
Ads
Moral nye,kalau kau pn kerja dan kedai emas tu pn bukan kau punye,tolong layan org ade duit ke xde duit sama rata.Layan customer baik2 semua yg masuk tu rezeki.Red houze Bakery setia alam bahagian kaunter kalau buat hal mcm ni mmg depan2 mak sound.ade yg penah buat mcm ni terus mak tegur,xboleh layan org elok2 ke.Setakat ni semua dah tau front desk tolong jgn eksen org xsuka.take noted.
Membayangkan bila semua adik beradik dapat berkumpul meraikan Hari Raya di rumah mak di kampung, memang cukup meriah. Seronok memang seronok, tapi jangan sampai seminggu kita anak beranak berkampung di rumah mak tidak pula kita hulur wang belanja dapur.
Memanglah ibu ayah biasanya tidak berkira atau mengharapkan pun, namun apa salahnya kita sebagai anak meringankan kos perbelanjaan orang tua kita. Malah jika dapat adik beradik sepakat mengadakan tabung raya untuk belanja dapur umpamanya, itu satu idea yang cukup menarik.
Ini sebagaimana apa yang dipraktikkan oleh adik beradik Puan Musleha Mohd Tahrir. Menurutnya, mereka 7 beradik sepakat mewujudkan tabung raya untuk menampung perbelanjaan raya di kampung.
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yang kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dengan Mak Bapak di Pagoh pada tahun yang sama. Jadi semua orang boleh berjumpa.
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak RM1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yang kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yang diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kampung.
Semua orang terlibat dari yang kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yang baby lah kan..
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yang terror masak ni.
Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yang perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh….Ini menu wajib yang tak pernah lagi diderhakai…(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing-masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu. Dan masa rosak tu, masa saya yamg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yang pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu-sepupu. Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka. Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yang tukang baca senarai AJK tu.
Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yang diketuai oleh Bapak. Siap ada yang jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Kenangan Raya2017kgsaribarupagoh
Sejak penularan wabak Covid 19, ramai tidak dapat pulang ke kampung halaman. Bagi mereka yang tinggal di bandar, sudah pastinya rasa rindu kepada suasana kehijauan kampung.
Kerinduan itu terserlah menerusi sebuah perkongsian puan Ummu Ahmad ,yang memuat naik beberapa keping gambar di facebook miliknya disebuah grup yang memaparkan sebuah rumah persingggahan di dalam kebun getah.
Dia memaklumkan rumah berkenaan adalah untuk keluarganya bersantai pada waktu cuti untuk menikmati suasana alam semula jadi.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Rumah persinggahan dalam kebun getah
Rumah persinggahan dalam kebun getah kami. Usia rumah buluh nie dah 4 tahun…setiap 6 bulan sembur ubat anai-anai dan minyak. Buluh ambil dalam kebun, belah dan buat sendiri dinding dan lantai. Tak ada letrik, pakai pelita jer malam-malam.. tepi sungai yang tak ada orang.
Bukan rumah tetap hanya untuk menikmati alam semulajadi
Saya update balik post nie sebab ramai salah faham. Kami tak tinggal disini. Pondok nie hanya untuk bawa anak-anak time cuti saja merasa pengalaman dengan alam. Sekali sekala berkelah dengan family terdekat.
Dalam pada itu, meninjua diruangan komen rata-rata netizen menggamit memori ketika zaman kanak-kanak. Malah ada yang bercadang berbuat perkara yang sama untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Di sangka gurauan, rupa-rupanya pesanan Allahyarham Pian Cecupak sebelum ini supaya anaknya menjaga dan menguruskan pusat tahfiz miliknya adalah benar belaka.
Nuraina Fazrin, 25, berkata, kewujudan pusat tahfiz itu diketahui selepas menghubungi nombor telefon yang ditinggalkan kepadanya.
“Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya.
“Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila… rupanya benda tu betul-betul dia buat.
“Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.
Tambahnya lagi, dia akan menguruskan permintaan arwah itu selepas urusan pengebumian ini selesai.
“Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jenazah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu,” Jelasnya seperti yang dilaporkan oleh mStar.
Dia dalam pada itu melahirkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan bertemu dengan bapanya dan berkongsi tentang kehamilan anak keduanya.
Malah rancangan untuk keluar makan bersama keluarga dan bapanya pada Sabtu ini juga tidak kesampaian.
“Saya pun tak sempat nak beritahu abah yang saya mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu apa-apa,” ujarnya.
“Pada 30 Januari ni sepatutnya dah plan nak ajak abah pergi keluar makan, tapi abah kata dia tak ada kerana ada hal.
“Tak sangka pula dia betul-betul dah tiada sekarang.
Allahyarham Pian atau Mohd Rafik Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Arwah yang meninggal dunia pada usia 52 tahun dipercayai akibat serangan jantung selamat disemadikan kira-kira pukul 11.10 pagi.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.