Adanya rasa penat, lelah, lesu dalam diri kita itu lumrah. Pun begitu jangan sampai ada di antara kita terasa cukup penat melalui alam rumah tangga. Seakan terbeban dengan pelbagai hal, sedari buka mata hingga pejam mata, merasakan ada sahaja perkara perlu dibuat dalam penuh keterpaksaan.
Hakikatnya, melalui rumah tangga inilah sama ada suami, isteri atau anak-anak wajar merasakan syurga dan bahagianya dalam hidup berumah tangga. Bagaimana untuk mendapatkan rasa tersebut? Ini dikongsikan melalui rakaman video yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa dan semoga dapat dimanfaat untuk kita semua dalam mencari syurga dalam berumahtangga. Jom semak.
Semasa kita bercinta..semasa berdua..semasa sweet-sweet…kita tidak rasa penat pun. Contoh kita tunggu pasangan sudah sejam..kata nak jumpa pukul 1, dah pukul 2 dah pun..tapi bila dia datang “Sorry saya lewat..eh takpe 100 tahun pun saya sanggup tunggu”. Ehhhwahhh…itu masa bercinta . Kita tidak ada penat malah kita sanggup menunggu berapa lama sekali pun demi untuk cinta kita.
Tapi kenapa bila masuk dalam rumah tangga, tiba-tiba sahaja kita menjadi orang yang penat. Sedangkan bila kita duduk dalam rumah tangga, katalah kita ada rumah, kereta semua kelengkapan hidup tu ada, tapi kita bila balik sahaja rumah tengok muka pasangan, kita jadi orang yang paling penat. Kenapa kita menjadi orang yang paling penat dalam rumah tangga?
Sebabnya kita masuk dalam rumah tangga, kita jadi orang yang tidak sepatutnya. Sepatutnya masuk dalam rumah tangga kita jadi suami dan isteri. Tetapi kita menjadi diri kita sendiri, atau masih menjadi orang lama yang tidak berubah pun. Kita buat kita tak tahu apa yang kita dapat.
Contoh kalau kita kerja, tanya bos dapat gaji berapa bulan ini dan dia jawab kerja sahaja nanti saya bagi. Katalah kita dapat majikan begini, apa perasaan kita? Sakit tak? Sakit ooo… Tiba hujung bulan bos bagi RM500 je sedangkan kita patutnya dibayar beribu-ribu. Jadi penat kita kerja? Yes, penat.
Sebab itu dalam rumah tangga kita kena faham kita masuk di alam yang lain, dia bukan alam bercinta, sweet-sweet, terbang-terbang. Tak! Bila masuk alam rumah tangga, maka kita melalui ujian yang paling real, kalau nak tengok diri kita, berumah tanggalah, bernikahlah, berkahwinlah kerana Allah ada dalam rumah tangga tu.
Sebab itu, kita yakinlah apa yang kita buat ini demi membayar syurga Allah, maka kita akan sentiasa menjadi orang yang sentiasa bersyukur. Itu Rasululallah sebut.Tapi kita tak tahu, kita tak pernah nak baca al quran, nak bukak, tak tahu hikmah , apa hikmah jadi suami isteri, maka masuk rumah tangga sekadar nak seronok sahaja macam kita bercinta. Sebab itu kita rasa penat. Sebab itu kita terkejut dengan sikat isteri, terkejut dengan sikap suami, tambah anak pula, lagi-lagi kita terkejut.
Sedangkan bila kita masuk dalam rumah tangga inilah syurga kita yang sebenar dengan syarat kita yakin segala apa yang kita buat semata-mata kerana Allah. Kita yakin Allah nak balas, kita yakin Allah nak bagi, kalau ada berlaku apa-apa …”ehh aku ada buat dosa, tu sebab Allah buat begini.”
Maka sebab itu kita yakin benda tu, maka bila kita yakin, penat tak kita? Penat juga….Balik dengan anak, sikap suami, isteri dan sebagainya tapi Allah bagi kita rehat, hati itu tenang sahaja.
Itulah sebanarnya, kalau kita tak nak jadi manusia yang penat dalam rumah tangga, bawa Allah dalam rumah tangga kita. Kalau kita jadi seorang isteri, bayangkan Allah sebut, rasa panasnya muka ini sebab nak memasak untuk suami dan anak-anak, Allah haramkan neraka untuk isteri. Bayangkan suami keluar pagi balik malam,penat berkerja, Allah kira itu sebagai jihad. Sama macam suami pergi perang, mati suami dalam perjalanan nak mencari rezeki, Allah kata itu syahid sebab tugas kita sebagai suami dan isteri adalah tugas maha berat tapi ia menjadi ringan sebab Allah bersama kita.
Kenapa kita penat dalam rumahtangga.
Acap kali kita mendengar keluhan suami atau isteri yang penat menghadapi rumahtangga. Kita sendiri tak tahu apa punca berlakunya begitu. Mari dengarkan ini.
Posted by The Solusi on Sunday, August 18, 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI