Seharusnya sebagai seorang wanita, kita perlulah menjaga kesihatan dalaman untuk kebaikan diri sendiri dan pasangan. Memandangkan hubungan intim suami isteri itu juga adalah merupakan pelengkap kasih sayang. Hal ini ramai antara kita semua sudah maklum.

Namun bila ada penyakit ‘MALAS’ dalam diri, sekali gus menjadikan ada segelintir wanita tidak mengambil berat tentang penjagaan dalaman. Apatah lagi hendak mengamalkan petua orang dulu-dulu. Sememangnya sedikit mustahil untuk mereka lakukan.

Walhal manfaat yang diperoleh daripada amalan tersebut cukup banyak. Umpamanya apabila seorang wanita mengamalkan minum air rebusan herba. Dikatakan tubuh badan rasa lebih bertenaga dan tahap kesihatan dalaman wanita juga lebih hebat.

Oleh itu, sebelum terlambat ada baiknya setiap wanita yang telah berkahwin buangkan sikap MALAS dan gantikan kepada RAJIN. Jika tidak tahu bagaimana menyediakan minuman harba tersebut, ikuti perkongsian Netty Sb Bridal ini. Selamat mencuba!


Hai ladies, di sini saya nak share petua yang saya pernah buat untuk penjagaan dalaman. Saya pakai bahan-bahan yang ada kat dapur saja. Senang dan jimat!

Bahan bahannya:
* 5sm kunyit
* 2sm halia
* 3 biji manjakani
* 5 helai daun sireh
* 2 batang serai
* gula batu atau madu ( ikut selera)
* 3 cawan air

Cara membuat :
-Basuh semua bahan
-potong nipis-nipis  kunyit dan halia
-ketuk serai
-masukan semua bahan ke dalam 3 cawan air kecuali gula batu atau madu
-rebus dan didihkan menjadi 1 1/2 cawan
-tutup api dan tapiskan air rebusan tadi dan masukan gula batu atau madu
Dan siap utk diminum..jimat kan…Selamat mencuba.


 Manfaat dari air rebusan 

? mengatasi keputihan
? melancarkan haid
? menguatkan otot-otot faraj
? merawat rahim
? menghilangkan bau badan dan bau mulut

Baik diamalkan selepas datang bulan (haid) dan ibu yang baru bersalin elok sangat amalkannya.

 

Sumber : Netty Sb Bridal