Memasang sebuah kabinet dapur yang cantik dan lengkap dengan segala fungsi memang didambakan oleh semua wanita. Pun begitu bukan semua orang punya citarasa sama. Ada juga yang lebih gemar melakukan sendiri dan berkreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Ada daripada kita yang gemarkan gaya luar biasa, bersahaja mahupun cara paling simple dalam menghias rumah. Begitu juga di dapur. Bagi anda yang lebih gemar melakukan sendiri, ada baiknya anda mencuba hasil ilham Shuhaimi Zulkefli yang membina sendiri kabinet DIY nya di rumah dengan hanya menggunakan rak buku.
Cantik, kemas dan kreatif. Bukan hanya cantik dan kemas, malah ideanya ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata sangat berminat dengan hasil kerjanya. Pemuda ini berkongsi hasil kerjanya dengan turut menyenaraikan bajet yang diperlukan. Menarik!
” Oleh sebab ramai pm cara buat kabinet pakai rak buku tu, saya bagi gambar detail di bawah sekadar berkongsi.
Saya hanya pakai :
1) Rak Buku (Tesco)
– RM14.90 x 6 Biji
Ads
2) Angle Bar L Shape (Kedai D.I.Y @ hardware)
– RM3.60 (12 pcs)
** Setiap rak, saya letak 2 pcs Angle Bar (atas & bawah) tepat pada tulang tengah tu. Tingkat atas tak perlu ikat, letak jer kat situ.
** Beban paling berat saya, lesung batu & botol pencuci.
Cantikkan hasilnya? Bukan hanya itu sahaja malah dia juga dengan sedang mempersiapkan beberapa projek DIY lain.
Ads
Next insya allah, sekarang saya tengah siapkan projek diy yang lain :
1) Sofa L Shape size 9 kaki untuk 12 orang duduk, dengan modal RM250 sahaja.
2) Buaian katil bayi dengan bermodal RM60.
3) Kitchen Hood – Penyedut Asap Dapur DIY kos dalam RM100
Hubungan suami isteri ini cukup akrab dan rapat, bagaikan isi dengan kuku dan andai cubit peha kanan, peha kiri terasa. Boleh dikatakan segala rahsia pasangan, baik buruk perilaku semua rahsia tersimpan kemas antara suami isteri.
Pun begitu, ada juga segelintir suami merasakan saat dirinya memerlukan nasihat dan pandangan, jarang-jarang sekali mendengar pandangan isteri. Mungkin kerana sikap ego atau merasakan pandangan isteri tidak ‘sekepala’ menjadikan selesa mendengar nasihat dan pandangan orang lain.
Sedangkan isterilah yang paling tahu berkaitan suaminya, lazimnya apa yang diucapkan adalah ikhlas dan jujur dari hati. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Liyana AuraRich ini. Semoga perkongsian ini, bermanfaat dan dapat menyedarkan pada lelaki bergelar suami agar lebih menghargai pandangan dan nasihat daripada isterinya, insan paling hampir dan rapat dengannya.
Tiada Yang Lebih Mengenali Selain Isteri
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !
Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Isteri Penasihat Terbaik
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini comfirm!
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi. Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah dicipta untuk kita !
Kata-kata Paling Jujur
Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya. Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya. Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Itulah perumpamaan yang paling sesuai dalam menggambarkan jasa dan pengorbanan guru untuk memastikan pelajarnya berjaya.
Biarpun pandemik yang melanda, mereka tetap berusaha memberikan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dengan sempurna. Bahkan begitu juga menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama.
Terdapat pelajar yang tinggal di asrama menghadapi masalah kewangan setelah ayah dan ibu kehilangan pekerjaan.
Situasi itu turut dialami oleh seorang guru, Mohamad Yusof Sulehin dari Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor yang sebak melihat sekumpulan pelajar berkongsi makanan.
Atas kesedaran itu, beliau mengambil inisiatif dengan mewujudkan tabung makanan atau Food Bank di asrama sekolah berkenaan bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Biarpun asrama menyediakan makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan, namun bank makanan ini sebagai makanan tambahan buat pelajar yang kurang berkemampuan.
______________________________________
SEBAK LIHAT PELAJAR YANG SUSAH
Masa saya naik round asrama, saya tengok ada 4-5 orang budak tengah berkumpul dalam gelap. Saya ingat dorang tengah buat apa. Geram juga saya. Rupanya dorang tengah berkongsi makan maggi. Mula-mula saya nak marah juga sebab dah malam-malam tak tido lagi tapi kesian pulak saya tengok anak-anak murid saya ni. Kadang tak boleh nak salahkan dorang jugak. Yelah, budak nak membesar memang cepat lapar.
Budak asrama saya ni bukan semua datang daripada keluarga kayangan. Ada budak yang ayahnya kerja bawa teksi, ada budak yang mak ayah bercerai, ada budak yang ayahnya kena buang kerja.
Kadang bila ada budak yang kaya sikit bawak makanan sedap-sedap, terliur jugak anak-anak yang kurang berkemampuan ni. Dulu saya pun pernah melalui kenangan ni
Jadi, atas niat nak membantu tercetuslah idea ‘Food Bank’ ni. Tujuan saya ialah anak orang kaya ke, anak orang miskin ke, semua boleh makan makanan bersama-sama. Pada saya, sekolah/asrama bukanlah tempat untuk murid berlapar.
SEKOLAH ASRAMA BUKAN TEMPAT MURID BERLAPAR
Bila dah start projek ni, saya ada tanya respon anak murid saya. Dorang kata; ‘cikgu buat sama macam idola kami, Ebit Lew la cikgu..’. Bahkan ada budak yang berminat nak bincang dengan keluarga nak buat food bank kat rumah dorang.
Terharu juga saya Saya doakan semoga bila dorang dah besar nanti tak kisahlah dorang kerja apa sekalipun, biar dorang jadi manusia yang menyumbang sesuatu untuk masyarakat. Tak banyak, sikit pun jadilah. Sebab mentaliti nak tolong sesama manusia ni kalau dipupuk daripada awal mungkin lepas ni susah dah kita nak jumpa orang susah. Sebab bila ada orang susah je semua pakat nak bantu. Biar semua orang ada mentaliti nak tolong orang lain macam Ustaz Ebit Lew. Ni yang saya cuba pupuk pada anak-anak murid saya.
Saat ada orang kondem cikgu-cikgu makan gaji buta, sebenarnya saya nak bagitau ramai je cikgu-cikgu yang bantu bagi makan budak-budak susah yang takde duit nak makan kat kantin, bayarkan yuran asrama budak-budak susah, belikan peralatan menulis percuma untuk budak SPM, bahkan ramai juga yang aktif bagi bantuan buat keluarga yang terkesan masa PKP ni. Contoh terbaik ialah Cikgu Mohd Fadli Salleh.
Hanya yang kenal siapa ‘cikgu’ sahaja tahu macamana baiknya ‘cikgu-cikgu’ kat Malaysia ni. Kalau betul dorang kenal cikgu, takkan ada yang sampai hati nak ketawakan cikgu dia
Nak minta rakan-rakan bantu saya share status ni supaya lebih ramai orang sedar apa sebenarnya yang cikgu buat masa PKP ni bukan just makan gaji buta. Dan, semoga lebih banyak sekolah/asrama boleh laksanakan idea ‘Food Bank’. Saya ulang sekali lagi; ‘sekolah/asrama bukanlah tempat untuk murid berlapar!’.
WARGANET SEBAK
Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa sebak dan menyokong usaha murni guru berkenaan.
“Terharunya..kalau lh pd zaman sy ada mcm ni kn best..pernah merasa ikat perut zaman asrama dulu..duitpun cukup2 je nenek bekalkn utk tambang pergibalik dgn keretapi.
“Saya pun baru tahu..cikgu kelas anak saya share2 bayar prepaid untuk pelajar yang tak berkemampuan untuk online.
“Teringat duduk asrama..malam memey lapar..biskut kering pun habis licin.
“Teringat zaman sek dok asrama. Bila kawan-kawan family datang bawak makann sedap kita yang tak da family ni rasa tepinggir sesangat. Faham sangat perasaan anak-anak ni.
Garam Celtic ketika puasa dikatakan boleh kurangkan rasa haus, tetapi benarkah ia berkesan? Ketahui penjelasan doktor dan fakta sains sebelum anda mencubanya sepanjang Ramadan.