Yee Mee Sizzling memang menjadi kegemaran ramai. Jika singgah makan di food court mesti order!
Tapi sejak PKP ni tentu ramai dah lama tak menjamah hidangan ni.
Apa cuba buat sendiri di rumah. Ikuti perkongsian oleh puan Izi Ismail. Tengok gambar pun dah terliur! Patutlah viral sampai 14K share!
Tak jadi kalau tak masak ni. Anak mintak nak makan, tengok dalam food panda amboihh mahal beno.. Anak kita ramai awak. Buat sendiri lagi jimat dan semestinya lagi sedap ! Nak resepi ? Ni dia..
Ads
Bahan bahan : Yee Mee 1 pek – celur & toskan. Sawi seikat – celur & toskan. Ayam separuh ekor – potong kecik Cendawan butang 1 pek – hiriskan Cili kering – gunting kasar2 je Bawang holland sebiji,bawang putih 5 ulas, halia 3 inci – cincang halus Serbuk lada hitam – 1 sudu* Kicap pekat – 1 sudu* Kicap manis -2 senduk* Sos tiram – 1 senduk* Kiub ayam – 2 ketul* Tepung jagung – 2 sudu
Cara- cara : Tumiskan bawang & halia sampai naik bau.. Masukkan cili kering.. Masukkan ayam & cendawan, tambahkan air. Biarkan sampai ayam masak. Masukkan bahan * dan renehkan 10 minit bagi kuah tu meresap dekat ayam & cendawan. Saya tak letak garam sebab dah masin bagi saya. Tutup api & letakkan tepung jagung (bancuh skit dgn air). Kemudian panaskan frying pan, ambil mee & sawi yang dah dicelur tadi siramkan kuah dan pecahkan telur. Bila telur dah separuh masak dah boleh angkat dan hidangkan.
Jika sebelum ini Sherie Merlis kelihatan begitu buntu dengan situasi yang menimpa keluarganya, merayu kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar adik perempuannya yang positif Covid-19 dibawa ke pusat kuarantin.
Ini memandangkan keadaan rumah yang mereka huni begitu sesak dan tidak sesuai untuk melakukan pengasingan kendiri. Ada hanya dua bilik tidur yang dihuni 11 ahli keluarga termasuk ibu, bapa dan enam kanak-kanak.
Selepas membuat pendedahan di akaun instagram miliknya berhubung keadaan yang menimpa keluarganya, akhirnya pelakon Sherie Merlis dan keluarga mendapat bantuan segera.
Berkongsikan kisah bantuan yang telah diterima oleh keluarganya, Sherie merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang bertindak segera menyelesaikan kebuntuan dan kerisauannya berkenaan penempatan adiknya yang dijangkiti Covid-19 itu.
“Alhamdulillah, semua telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini dipantau rapi oleh Megaklinik Zahran. Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 bersama suami dan anak-anaknya yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.
“Terima kasih juga kepada Datuk @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abang long dan Sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memudahkan segala urusan.”
Meninjau di ruangan komen rata-rata rakan artis dan peminatnya mengucapkan syukur alhamdulillah dan berpesan agar Sherie jaga kesihatan dan kekal kuat untuk berdepan dengan ujian Covid-19 ini.
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro dilaporkan Sherie merayu kepada pengikut media sosial di Instagram, untuk membantunya berkaitan kebuntuan yang dihadapi apabila adik perempuannya disahkan positif Covid-19.
Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat itu, Sherie yang kelihatan sugul jelas sangat risau mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu.
“Adik saya demam tiga hari lalu dan selepas menjalani ujian calitan di klinik kerajaan, akhirnya dia disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun adik saya disuruh balik ke rumah untuk menjalani kuarantin kendiri.
“Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.
“Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Adik pula balik ke rumah dengan keadaan positif Covid-19 dan dia juga ada empat anak berusia tujuh tahun, enam tahun, empat tahun dan 10 bulan termasuk, suaminya.
“Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan. Pagi tadi, suami adik pula demam panas. Malah, anak adik yang berusia empat tahun dah mula sakit tekak,” katanya.
Di dalam rumah berkenaan, hanya Sherie, bapa dan suami adiknya, saja sudah lengkap dua dos vaksin. Justeru, dengan situasi berlaku itu Sherie seorang saja yang masih sihat dan wajar untuk dia ambil berat kepada ibu bapa dan beberapa anak kecil yang ada di dalam rumah itu.
Lazimnya apabila disahkan positif Covid-19, pesakit akan kuarantin di rumah dulu sementara tunggu ambulan datang untuk bawa ke hospital atau pusat kuarantin.
Namun ada juga beberapa kes tertentu pesakit Covid bergantung pada tahap jangkitan dan simptom yang ada boleh kuarantin di rumah saja. Samada dapat kelulusan atau sistem kesihatan kawasan itu yang tak menang tangan mengendalikan kes pesakit Covid-19 lain.
Apa yang menjadi kebimbangan kini adalah apabila kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah, ‘Happy Hypoxia’ dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.
Pesakit rasa pernafasan dalam keadaan normal tapi tanpa dia sedar, badannya kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus. Maknannya pesakit rasa tenang, normal dan ceria seperti biasa tapi sebenarnya oksigen berkurang.
Kes sebeginilah menjadi punca kes mangsa dibawa sudah meninggal dunia atau Brought In Dead (BID) akibat jangkitan Covid-19 semakin meningkat di negara ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tercekik tulang walau bukanlah menjadi masalah besar, namun bila terjadi boleh menyebabkan sesiapa pun tidak selesa.
Kalau diikutkan, dalam masyarakat kita ada sahaja petua untuk menghilangkan rasa tercekik tulang ini.
Namun sebelum itu, apa kata kita dengar dulu saranan doktor ini untuk pastikan insiden tercekik tilang ini tidak memudaratkan diri.
Ini perkongsiannya.
Anda mungkin mengalami sekatan tulang ikan pada salur makanan. Duri ikan tersangkut di halkum!
Perhati tanda-tanda ini :
1. Sakit secara tiba-tiba pada tekak ketika makan ikan.
2. Rasa sakit yang mencucuk-cucuk pada kawasan tekak.
3. Ia boleh dirasakan pada satu tempat sahaja.
4. Sakit tersebut tidak langsung berkurang selepas beberapa jam
Ini adalah tanda-tanda klinikal pada kebiasaan pesakit alami.
Walaubagaimanapun, ia boleh juga hanya sekadar luka akibat duri tersebut.
Maknanya, tulang ikan tersebut telah tertelan, tetapi luka pada dinding saluran makanan yang menyebabkan rasa sakit.
Ini nasihat saya apabila ada tanda-tanda di atas :
Cuba telan makanan seperti biasa, perhatikan karakter sakit yang dialami. Sekadar tidak selesa, adakah berkurang sakitnya, atau mencucuk-cucuk pada satu tempat sahaja?
Cuba lihat di hadapan cermin. Kadang-kadang tulang ikan itu boleh saja tercucuk di bahagian tekak sahaja, terutama mereka yang mempunyai tonsil yang besar. Boleh nampak jelas.
Boleh kalau anda nak cuba keluarkan sekali dua. Tak perlu mencuba banyak kali. Ini hanya akan menyebabkan luka berlaku pada dinding salur makanan. Luka ini akan menjadi lebih besar dan akan memberi lebih sakit kepada pesakit.
Akhir sekali, jumpalah kami di hospital. Kami akan bantu keluarkan. Jangan risau.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.