Tomato puree atau puri tomato adalah antara bahan masakan yang sering ada di rumah. Selalunya bahan masakan ini, kita beli je di kedai. Bagaimana pun, bagi yang suka kepada bahan masakan tanpa pengawet, boleh cuba buat sendiri di rumah.
Menerusi perkongsian seorang surirumahtangga, Puan Rita Nadz,ini boleh boleh dijadikan panduan untuk buat bahan masakan ini. Menurutnya, puri tomato ini boleh bertahan sehingga seminggu. Sesuai bagi yang suka buat pizza, spaghetti, lamb shank dan sebagainya. Memang rasa fresh!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Sebelum di kukus
Bahan-bahan:
12-15 tomato 2- 3 keping beet root * Kak Rita tak suka guna gula pasir dalam lauk jadi beet root ni sesuai sangat sebagai pemanis dan pewarna asli.
Ads
Cara penyediaan:
Setelah dikukus 20-25 minit
Susun buah tomato dan potongan ubi bit dalam dulang pengukus Kukus selama 20-25 minit (tak perlu tambah air dalam dulang berisi tomato dan beet root.
Kisar tak perlu tambah air
Dah siap kukus, kisar (tak perlu tambah air ok-jus dia sendiri dah cukup banyak).
Ads
Simpan dalam botol kaca Boleh tahan dalam 1 minggu camtu walaupun kita tak guna apa² pengawet. Nak terus minum pun boleh.
Masukkan dalam bekas kaca utk disimpan dalam peti sejuk kalau kalian malas nak gunakan dalam masakan kalian hari ni.
Gambar hiasan.
Kalian boleh gunakan puree ni utk topping pizza, Sos pasta, lamb shank, red stew, ikan 3 rasa apa² je la yang kalian suka.
Ini antara kudapan yang sedap dimakan sambil menonton mahupun ketika bersama bersantai dengan ahli keluarga yang lain. Rasanya yang manis, masin dan pedas memang membuatkan kita tak sedar habis sebekas.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri, nah ini resipinya yang dikongsikan oleh Zurina Kifli
Kacang Kuda Sambal….Lemak2 masin kacang, manis2 pedas sambal tu… Nyam3. Buat sekilo pun boleh habis kacang ni, ralit makan sambil2 tgk tv. 😁Resepi saya dah update ye…
1 Kg Kacang Kuda,basuh bersih dan rendam sekurang2nya 8 jam atau semalaman.
1.Lepas dah rendam buang air rendaman dan rebus dgn air yg banyak sampai empuk lembut dan gebu. Jgn sampai hancur pulak ya.
2.Bila air rebusan nampak dah kurang sikit dan kacang dah hampir empuk baru masukkan 1 sd makan garam halus dan 1 sd gula. Jika suka boleh letak sedikit serbuk kunyit.
3.Terus rebus sampai empuk sambil kacau sekali sekali. Ambik sebiji rasa, kemudian toskan kacang bila dah betul empuk gebu. Ketepikan…
Sambal:
*20 biji cili kering, gunting serong dan rebus sampai mendidih. Bila dah mendidih dan lembut, toskan dan basuh bawah air paip.
*1 labu bwg besar@ 1 senduk bawang dikisar
*4 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*Segenggam ikan bilis direndam
2 sd makan sos cili
6 sd makan gula,boleh tambah@kurangkan
Sekeping gula manisan@kerek yg nipis tu
Sedikit garam
1 sd makan serbuk Hilal
Sedikit air asam jawa,sikit ja tau
5 tangkai daun kari
Cara membuat:
1.Blend halus cili bersama bahan bertanda* hingga halus dgn sedikit air dan 2 sd minyak masak.
2.Panaskan minyak,lebihkan sikit minyak. Tumis daun kari biar naik bau dan kemudian masukkan bahan dikisar tadi.
3.Kacau sampai naik bau hingga pecah minyak.Masukkan secawan air panas dan semua bahan2 lain kecuali kacang. Kacau dan masak lagi dgn api perlahan sambil dikacau hingga pecah minyak kembali.
4. Masak dengan api perlahan hingga sambal betul2 masak supaya sambal tahan lama,jika utk jualan
5. Bila sambal siap, baru masukkan kacang kuda yg dah siap direbus.Kacau perlahan2 hingga sekata lebih kurang 15 minit. Biar mendidih dgn api perlahan hingga sambal berkilat. Sejukkan suhu bilik sebelum packing dlm plastik@bekas bertutup.
6. Rasa sambal manis2 pedas atau ikut sesedap selera sendiri la ya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar kacang kuda yang direbus biasanya kalau pergi ke pasar malam, mesti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli sebungkus dua. Rasanya yang empuk membuatkan hingga leka untuk menjamahnya.
Pun begitu, tidak dinafikan jika dibeli jumlahnya tidaklah banyak hingga menyebabkan kita rasa tidak puas menjamahnya. Jadi lebih baik dibuat sendiri. Modal tak sampai beberapa ringgit, bukan sahaja kita sendiri boleh makan malah dapat dinikmati bersama seisi keluarga.
Resipi Kacang Kuda
Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan) – BELI DI SINI
Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kering, daun kari. Kacau-kacau, masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang.
Bagi menggelegak, masukkan garam. Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.
P/s: Lebih sedap kalau dah masuk peti ais then baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup resap.
Oh ye, ada jugak yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Saya buat sesimple mungkin je. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap.
Sumber : Atiqah Zaki
Manakala meninjau perkongsian daripada Ani Zam rupa-rupanya ada tip yang boleh dipraktikkan untuk pastikan kacang kuda yang direbus cepat empuk.
Bahkan bukan itu sahaja, dikatakan dengan menggunakan teknik yang dikongsikan olehnya hasilnya rebusan kacang kuda lebih empuk dan cantik kejadiannya.
“Ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat di masak , empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan ogos haritu 😀😀😀” Tulisnya di ruangan kapsyen.
Caranya:
Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman , kemudian paginya cuci bersih , toskan …lalu masukkan ke dalam rice cooker ..tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.
On kan suis…kalau tak on kang tak masak pulk kacang kudanya😅😅😅 masukkan setengah sudu teh serbuk bikarbonat of soda ( untuk mempercepatkan kacang empuk ) …bila telah mendidih masukkan garam gula dan serbuk kunyit ..masak hingga kacang empuk.
Bila kacang telah empuk Offkan suis periuk , angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan… Sedia untuk di nikmati.
“Pelik betullah, setiap kali masak kek mesti tak menjadi. Kadang-kadang tak berapa masaklah, kek tak mahu naiklah dan lebih teruk pernah juga hangit. Walhal, ikut resipi bulat-bulat, tetapi tetap juga tidak menjadi. Kenapa ye, apa sebenar masalahnya ni?”
Rungutan sebegini memang biasa didengar terutama buat kita yang kurang pakar dalam memasak kek. Hinggakan ada yang mengatakan menyediakan hidangan kek atau pastri ini sangat leceh dan tidak semua boleh menyediakannya. Skil memasaknya tidak sama dan perlu dipelajari.
Untuk itu, Shahidan Shuib yang berpengalaman memasak kek telah kongsikan beberapa tip. Semoga ia bermanfaat dan sedikit sebanyak menjadikan kita lebih berilmu dalam penyediaan hidangan pastri ini. Jom cuba!
Walaupun setiap ketuhar/oven kita telah disertakan dengan alat penunjuk suhu ketuhar di luarnya, sebenarnya kita tidak boleh percayakan sangat penunjuk aras ketuhar tersebut. Mungkin, kita sudah membetulkan suhu kepada 170 darjah Celsius tetapi dalam ketuhar tersebut belum lagi sampai kepada 170 darjah tersebut. Atau, yang lebih teruk suhu di dalam sebenarnya melebihi 180 darjah Celsius, terlebih panas.
Oleh itu, letakkan penanda suhu di dalam dan pastikan berada di tengah-tengah. Cara ini mungkin menyelamatkan kek dan pastri anda daripada menjadi terlalu kering ( satu atau dua darjah Celsius memang mempengaruhi tekstur kek sama ada terlebih garing atau kurang masak (underdone).
Apakah itu? Tempat atau lokasi dalam oven yang mempunyai kepanasan yang tidak setara. Untuk menguji di manakah hotspots dalam ketuhar kita, kita uji dengan membakar roti kita. Susunkan kepingan roti. Dalam suhu kepanasan 180 – 190 darjah Celsius, bakar roti kita sekitar 7 minit. Atau, lihat dengan kerap kegaringannya.
Kemudian keluarkan dan lihat kepingan roti yang mana satukah yang terlebih hangit, garing dan yang mana menerima haba yang sekata?
Saya buatkan ujian ini pada oven ‘built in’ saya, bahagian hadapan sebelah kiri nampaknya menerima kepanasan yang lebih daripada tempat lain. Jadi, akan datang saya akan pastikan adunan kek saya diletakkan lebih jauh ke belakang sedikit. Cara ini membantu saya untuk meletakkan loyang kek besar atau kecil berdasarkan pengetahuan saya yang tahu ‘hotspot’ dalam oven saya.
Ekstra tip lagi tentang ketuhar
kredit gambar dan sumber : Shahidan Shuib
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.