Sebut sahaja buah kurma memang begitu sinonim dikaitkan dengan bulan puasa. Pun begitu alangkah bagusnya kalau hari-hari biasa juga kita dapat amalkan menjamah buah kurma ini. Memandangkan ia merupakan makanan sunnah dan seperti mana sedia maklum, kaya dengan serat dan dapat memberikan sumber tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

Pun begitu, bila menyebut tentang biji kurma mungkin ramai tidak tahu bahawa ia juga punya khasiatnya yang tersendiri jika dijadikan serbuk seperti kopi untuk diminum setiap hari.

Nak tahu bagaimana cara penyediaanya, ini dikongsikan langkah demi langkah yang ditunjukkan AJ Idris untuk manfaat bersama. Jom semak.

Rahsia Biji Kurma

“Korang buat apa je dengan biji kurma? Jangan buang ya. Boleh dibuat kopi yang sedap tau. Kopi Biji Kurma. Sedap dan tentulah camni ha(Rahsianya, ia bagus untuk perempuan). Guna biji kurma yang elok la ye. Bukan yang bekas korang gigit tu. Tak senonoh pulak..”

Ni Cara Nak Buat Kopi Biji Kurma. Bukan Je Sedap, Yang Penting Khasiatnya Bagus Untuk Semua!

IKLAN

Kopi biji kurma + susu.  Minum panas sedap, minum sejuk mabeles.(Brew pun boleh, bancuh macam kopi biasa pun boleh)

LANGKAH PENYEDIAAN:

Ni Cara Nak Buat Kopi Biji Kurma. Bukan Je Sedap, Yang Penting Khasiatnya Bagus Untuk Semua!

  1. Biji kurma yang dah diperisi, diasingkan isi dan biji. Basuh biji kurma bersih-bersih. Keringkan sekejap.

Ni Cara Nak Buat Kopi Biji Kurma. Bukan Je Sedap, Yang Penting Khasiatnya Bagus Untuk Semua!

IKLAN

2. Sangai dengan api perlahan. Kacau-kacau selalu supaya tak hangit. Kalau hangit tak sedap. Sangai sampai warna bertukar jadi hitam macam biji kopi. Masa ni bau wangi aroma kopi ya ampun…

Ni Cara Nak Buat Kopi Biji Kurma. Bukan Je Sedap, Yang Penting Khasiatnya Bagus Untuk Semua!

3. Dah bertukar warna hitam, cepat-cepat tumbuk bagi jadi serbuk. Tumbuk dalam keadaan biji kurma masih panas lebih mudah hancur. Kalau nak blend pun boleh, lagi halus teksturnya nanti. Tapi saya suka tekstur yang tak berapa halus macam ni.

IKLAN

Ni Cara Nak Buat Kopi Biji Kurma. Bukan Je Sedap, Yang Penting Khasiatnya Bagus Untuk Semua!

4. Simpan dalam bekas kedap udara. Kalau rajin letaklah label “Kopi Biji Kurma Buatan Sendiri”. Saya tak berapa rajin hewhewhew…

sumber : AJ Idris via MAHN 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI