Bulan Puasa begini, pastinya penggunaan aircond lebih dari biasa. Terutama sekali jika anak-anak ada di rumah. Ditambah dengan cuaca panas menyebabkan anda sekeluarga mungkin menggunakan penyaman udara sepanjang masa.
Namun, jangan hanya pandai guna sahaja. Jika mahu memastikan ia berada dalam keadaan yang baik, tahan lama dan sentiasa sejuk, unit penyaman udara mestilah diselenggara selalu.
Walaupun ia masih berfungsi dengan baik, penyelenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan dan kebolehupayaan penyaman udara dalam memberi kesejukan mengikut kapasiti awal.
Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri penyaman udara, lakukan teknik ini.
Ads
• Selepas mengggunakannya di malam hari, JANGAN matikan terus, sebaliknya lakukan langkah berikut jika mahu bersihkan penyaman udara anda sendiri.
• Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
• Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
Ads
• Kemudian barulah matikan aircond.
Mengapa tetapkan ke mode “Fan”?
Ads
• Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
• Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penghawa dingin anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan)
Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada betulnya lontaran idea dari seorang ibu ini. Tidak salah katanya untuk surirumah menggunakan khidmat pihak lain dalam membantu tugas hariannya. Membeli masa untuk dapatkan masa untuk diri sendiri.
Sebagaimana kita sendiri maklum, buat kerja rumah ini memang tidak pernah berhenti, ada sahaja yang belum selesai.
Jom ikuti perkongsian penuh daripadanya untuk difahami bersama.
What’s wrong with that?
Kain baju kotor penuh 3 bakul hasil balik dari travel ke Langkawi seminggu, bersambung pula balik kampung, lagi seminggu. Tengok je pun, peluh dah menitik. Hihi
Apa lagi, bawa masuk kereta, terus pergi kedai dobi self-laundry. Basuh, kemudian keringkan terus lipat kat sana. Sejam setengah settle semua. Mudah sangat.
Malu? Ye malu juga. Macam pemalas sangat je, kata suri rumah. Itu kata hati, who cares? Masa jauh lebih berharga.
Pandai Urus Masa
Bila jadi suri rumah, tak bermakna kita jadi hamba rumah. Lagi-lagi kalau berbisnes dari rumah aka working-at-home Mom, mesti pandai urus masa supaya tak stuck dengan kerja rumah semata sampai tak boleh buat kerja lain.
Ada masa, kain bertimbun kita tak sempat nak basuh, nak keringkan. Tambah pula balik dari travel.
Masak pun kadang tak sempat bila anak meragam tak nak duduk, nak mengempeng sepanjang masa.
Ya, hidup memang tak selalu ikut acuan kita. Ada masa ada hiccup, ada banyak kejadian yang kita tak rancang berlaku.
Habis tu macam mana kita mak mak nak manage stress? Biarkan menangis sorang-sorang urus kain bertimbun? Dukung anak sambil masak dengan air mata berjurai kepenatan? Isk isk
Kita nak buktikan apa sebenarnya? Nak buktikan yang kita suri rumah superwoman tak perlu any help, 100% perfect masak setiap waktu, basuh baju sendiri, jaga anak sendiri without maid? Gituuu?
Hidup saling perlu memerlukan
Hidup ni tak perlu kejar perfect pun. Tak perlu nak kerja title suri rumah terbaik. Mungkin ada masa kita perlu bantuan dobi. Ada masa perlu beli lauk luar untuk hidang kat keluarga. Ada masa perlu panggil helper datang kemas rumah.
What’s wrong with that?
Biar lah kalau ada yang mengata. Kadang kita yang terlebih fikir apa orang kata. Kita lebih tahu keperluan keluarga kita, kan?
Apa salahnya habis sikit Rm10-Rm20 untuk BUY TIME. Beli masa sendiri. Tak adalah mak mak jadi Tarzan jerit sampai tembus gegendang telinga sebab stress terlampau.
At the end apa yang penting suami dan anak-anak. Bila hati tenang boleh bagi layanan first class. Masak best best kalah masakan udang galah chef hotel. Gitteewww
Masa kita jauh lebih berharga dari nak stress saja-saja. Mak mak nak uruskan macam mana, terpulang. Kalau rasa boleh buat semua air tangan sendiri, silakan. Yang penting, kita bahagia.
Chayokkk, kita kan Supermak.
Kak Chah,Buy time supaya tak jadi hulk dan kekal jelitta. Eh
Melihat keakraban ayah dan anak tentunya hubungan mesra terjalin indah. Lebih manis lagi,bila anak perempuan rapat dengan ayah.
Melihat paparan video yang dipaparkan di instagram Fizo Omar menunjukkan anaknya begitu mesra dengan ayahnya. Walaupun Fizo sedang tidur, anaknya leka menyolek wajahnya.
Aktor serba boleh dan juga usahawan ini sememangnya cukup dikagumi ramai baik dalam lakonan mahupun di luar bidang seni.
Terbaru, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies ini berkongsi sebuah video menerusi akaun YouTube. Dalam Video tersebut menunjukkan Rosyam Nor atau nama sebenar Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin sedang mengajar pekerjanya mengaji iqra.
Apa yang menarik perhatian kami lagi, pekerja yang Rosyam mengajar bukan saja lelaki tapi perempuan juga dan kesemua pekerjanya lebih kurang 20 orang.
Ketegasan jelas terpancar menerusi cara Rosyam Nor mengajar. nampak garang namun sesekali dia menyelitkan sedikit jenaka. Rosyam atau lebih mesra dengan panggilan Tok Syam bukan saja mengajar mengaji tapi turut memberi nasihat tentang kehidupan dan agama supaya pekerjanya tidak lupa pada Dia Yang Satu.
Sebelum ini, Rosyam pernah berkongsi kisah belajar tentang agama tatkala usianya memasuki 45 tahun. Segala-galanya bermula selepas dia kehilangan ayahnya barulah sedar dia tidak pandai mengaji.
Pelakon dan juga usahawan, Datuk Rosyam Nor memberitahu, selama berpuluh-puluh tahun dia meninggalkan Al-Quran sehinggalah pada usia 45 tahun hatinya terbuka untuk mendekati kitab suci umat Islam itu.
Pada usia berkenaan dia mengambil langkah belajar dari mula iaitu ‘iqra’ sehinggalah akhirnya dia pandai mengaji.
“Jauh di sudut hati saya ada satu perkara yang menakutkan saya kerana tak pandai baca al-quran. Arwah bapa meninggal dunia di depan mata saya, tetapi saya rasa terhina sekali kerana tak boleh mengaji.
“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Saya terduduk menangis. Saya teringin nak membacakan Al-Quran buat ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak saya. Kami orang susah dahulu tinggal bersama dekat estet ladang dan kami tidak pandai.
Tambah Datuk Rosyam lagi, apabila menjadi imam di rumah, anak-anaknya tahu surah apa dia akan baca.
Terlalu lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji, akhirnya hidayah buatnya hadir melalui seorang ustaz.
“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Ketika itu, saya mengaku tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya.
‘Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 tahun saya khatam Al-Quran, sewaktu itu 10 hari akhir Ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun untuk khatam Al-Quran. Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama.”
“Tapi dengan satu syarat, jangan beritahu orang lain, sebab saya malu. Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulilah, saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” katanya.
Tambahnya lagi, maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya dia menasihati;
“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”
Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;
“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kubur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”
Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas. Walaupun usia sudah lanjut namun Dtauk Rosyam bangga, akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.