Mencuci cermin pintu, tingkap hinggalah cermin muka di meja solek tentunya menjadi satu perkara yang remeh untuk dibuat kerana mungkin anda takut cermin akan calar atau berubah menjadi warna kelabu. Jadi boleh cuba tip ini untuk cuci cermin dan tingkap dengan mudah!
Cara ini sangat mudah, hanya guna surat khabar lama dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gumpal surat khabar tersebut dan bolehlah terus dilap pada permukaan cermin. Ini tip yang dikongsikan oleh Rosie Zam.
Gambar hiasan.
Ads
Ada cara mudah untuk bersihkan cermin tingkap? Tak perlu guna bahan kimia pun. Nah ini caranya.
Ads
1. Ambil surat khabar lama.
2. Celupkan dalam air.
3. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit.
4. Lapkan pada cermin tingkap.
5. Selepas itu laplah dengan kain kering.
Cermin anda akan jadi bersih dan berkilat. Mudah kan! Cuba tau.
Kini ramai yang gemar berkebun di halaman rumah. Namun setelah pokok semakin membesar, ada masalah pula dengan serangan seranggan.
Bagi mereka yang ingin merasa hasil tanaman tentu merasa ‘down’ bila lihat tanaman rosak. Jika tanam cili pada pula jadi kerinting dan tidak tumbuh subur.
Bagaimana pun menarik dengan petua ini yang mengunakan cara alami untuk mengelak serangan serangga perosak. Malah dikatakan berkesan sehingga 95%!
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Cecair yang saya pegang tu bukan carrot susu ya sahabat. Kami panggil “Instant Control”. Ianya merupakan biopesticid. Nama mudahnya adalah “racun organik serangga”. Ianya adalah campuran bawang putih yang diblender + cili api yang diblender + sabun buku cap kapak yang direbus hingga hancur.
Manfaatnnya sangat bagus dan banyak. Kira instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah perosak dikebun dapur rumah saya.
Bila guna ni, boleh dikatakan 95% pokok bebas dari serangan perosak. Yang seronoknya, boleh elakkan pokok cili jadi kerinting.
Perosak utama yang sebabkan pokok cili jadi kerinting seperti thrips, afid, hamama dan white fly memang takut dengan cecair oren ni. Panas dan pecah perut bila mereka kena cecair ni. Paling best kita boleh campur instant control ni dengan foliar organik dan biopesticid lain. Kira macam buat coktail la. Tak ada masalah dan keberkesanannya memang power.
Cara penyediaan:
Biasanya saya akan guna gabungan ini untuk rutin sekali seminggu bagi semua tanaman di rumah saya. Untuk 1 liter air, 20 ml instant control 5 ml mol ikan (FAA) 3 ml mol buahan (kulit nanas) 2-3 ml cuka kayu 2-3 ml pencuci pinggan (sunlight).
Jika guna lebih daripada 1 liter air, sahabat boleh gandakan sendiri ya. Campur semua bahan ni dalam air dan masukkan dalam alat penyembur. Lepas tu sembur sekali seminggu pada semua tanaman. Eloknya sembur awal pagi atau lewat petang.
Untuk tanaman cili, buat semburan 3 kali seminggu. 1 kali dengan campuran diatas. 2 kali lagi dengan instant control + cuka kayu + sunlight. Cukup dah kot pasal fungsi instant control ni. Lain kali saya kongsi pula step by step cara nak buat instant control ni.
Kediaman yang dihiasi hamparan permaidani memang nampak menarik, kemas dan cantik. Namun, agak leceh untuk menjaganya, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Pantang leka susu tertumpah, terkena air kencing dan sebagainya lagi.
Nak mencucinya bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.
.
Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan. Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
.
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
.
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campura air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehidupan ini sesingkat subuh. Usia dan ajal juga begitu rapuh. Tak kira di mana dan saat ketikanya Allah mahu mengambilnya, maka kembali ke pangkuan Sang Pencipta dengan tiada siapa mampu menghentikannya walau sesaat. Kenyataan ini sudah begitu lazim kita ketahui, namun bila saat ia benar-benar berlaku dalam keluarga sendiri, terasa kenyataan ini begitu mengejutkan malah berat dan sedih untuk dilalui.
Ini sepertimana memetik laporan daripada Sinar Harian bila mana hasrat seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A baru-baru ini untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan tidak kesampaian selepas meninggal dunia secara mengejut pada Sabtu.
Bercerita mengenai Allahyarham, ibunya, Norhaswati Nawawi, 44, berkata, pada Rabu, Nadrah Wajihah mengalami demam yang pada awalnya disyaki denggi namun selepas pemeriksaan kesihatan dibuat hanyalah demam biasa.
Katanya, bagaimanapun pada Sabtu, anak sulung daripada empat orang adik beradik itu tiba-tiba tidak sedarkan diri kira-kira jam 3.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 4.45 petang.
“Pemergian Nadrah sangat mengejutkan buat kami sekeluarga kerana dia memang tak ada sejarah apa-apa penyakit sebelum ini, tiba-tiba sahaja dia rebah dan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Kami reda dengan pemergiannya kerana semua ini ketentuan ALLAH. Kami sayangkan Nadrah tetapi ALLAH lebih sayangkan dia dan ALLAH telah pinjamkan dia kepada kami selama 18 tahun,” katanya dengan sebak ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pada Isnin.
Bahagia Bertukar Duka
Norhaswati berkata, Nadrah Wajihah pada Khamis mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di University of Cyberjaya melalui Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Menurutnya, pada Jumaat pula, Allahyarham mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat Asasi Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Norhaswati yang merupakan seorang guru berkata, dua berita gembira itu bagaimanapun berakhir dengan kesedihan apabila Nadrah Wajihah dijemput Ilahi pada Sabtu.
“Memang Nadrah bercita-cita nak jadi doktor hafizah selepas dia berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran pada bulan Ogos tahun lalu. Walaupun tak kesempaian nak menyambung pengajian, saya percaya dia sebenarnya sudah berjaya mencapai cita-citanya.
“Dia anak yang sangat baik dan tak pernah meminta-minta daripada kami. Pemergiannya sangat dirasai bukan sahaja keluarga tetapi rakan-rakan dan guru-guru yang pernah mengajarnya,” katanya.
Pasangan Kembar Reda
Sementara itu, kembar Allahyarham, Sarah Wajihah Hamadi, 18, berkata, pemergian kakaknya itu amat dirasai tetapi dia tetap reda dengan apa yang berlaku.
Menurutnya, sejak dari kecil mereka tidak pernah berpisah malah pemergian Allahyarham pada Sabtu merupakan perpisahan pertama dan terakhir buatnya.
“Allahyarham seorang yang tak lokek ilmu dan selalu beri tunjuk ajar kepada kawan-kawan. Mungkin itu antara rahsia kejayaan dia. Dia juga tak banyak cakap dan bercakap bila perlu sahaja selain sangat disenangi semua orang.
“Allahyarham juga rajin baca Surah As-Sajadah. Kami selalu berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan. Kadang-kadang kami berkongsi minat yang sama,” katanya.
Sarah Wajihah berhasrat menyambung cita-cita kakaknya dalam bidang perubatan walaupun telah menerima tawaran menyambung pengajian dalam bidang Perbankan Islam di sebuah universiti di Jordan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.