Cara Mudah Halau Tikus, Lipas Dan Semut Dengan Hanya Guna Kulit Telur Ayam.
Masalah tikus, lipas dan semut memang berlaku di setiap rumah. Biarpun pelbagai cara dilakukan namun kesannya hanya seketika. Kemudian makhluk perosak ini akan kembali lagi. Memetik laman Unicity, berikut adalah petua yang menggunakan bahan yang cukup mudah bagi mengusir tikus, lipas dan semut. Ibu-ibu patut cuba mana tahu berkesan di rumah anda.
Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Basmi haiwan perosak pada tanaman.
Ads
Ads
Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam menjayakan penyusuan anak, suami main peranan paling penting sebagai ‘support system’ isteri. Daripada penyelidikan yang dibuat, sebab utama ramai yang tak berjaya susukan anak kerana tidak mendapat sokongan daripada suami.
Isteri tertekan kerana susu tidak keluar tapi suami pula semakin menambah tekanan. Inilah yang sering berlaku kepada isteri.
Suami sebenarnya adalah orang paling penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ketika membuat pemeriksaan bayi, betapa sedihnya seorang ibu bila susu yang dipam tumpah. Betapa struggle mereka untuk mengumpul susu bagi diberikan kepada bayi.
Nak bagi susu ibu banyak dan anak-anak pun mendapat khasiat yang terbaik, ini yang boleh dibuat oleh suami jika isteri bakal melahirkan anak nanti.
Pagi tu saya ditugaskan memeriksa bayi-bayi yang baru dilahirkan di wad ibu bersalin.
Dah lebih sejam saya duk belek bayi yang ada, akhirnya sampai ke bayi yang terakhir.
Saya kenalkan diri sebagai doktor kanak-kanak dan minta izin ibu untuk periksa bayi. Dia mengangguk perlahan. Wajahnya nampak sangat tertekan.
Saya fikir mesti sebab sakit atau letih. Tiba-tiba dia menangis.
Rupa-rupanya sebelum saya datang, dia terlanggar bekas berisi susu ibu yang dia baru pam. Bekas tu jatuh dan habis semuanya tumpah ke lantai.
Banyak mana yang tumpah, saya pun tak tahu. Itu pun saya tahu dari jururawat. Kalau tak, sampai ke sudah saya tak tahu kenapa dia nangis.
Memang tak mudah nak menyusu anak selepas bersalin.
Lagi-lagi bila saya tengok ibu yang baru sehari selepas pembedahan Caesar cuba untuk susukan anak.
Nak angkat bayi pun terketar-ketar. Syukur ada banyak jururawat yang sedia membantu.
Kuatnya semangat ibu-ibu yang baru lepas bersalin ni.
Ikut 1 kajian pada tahun 2000, ada beberapa faktor yang buatkan ibu rasa sangat susah nak menyusu anak dengan susu badan.
Dari kajian ni jelas yang semasa berpantang, ibu kena dijaga dan disokong oleh suami atau ahli keluarga lain sebaiknya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Rutin minum air jus kunyit untuk tujuan penjagaan kecantikan luaran dan dalaman wanita telah lama diamalkan. Pun begitu, nyata ada cara yang betul perlu difahami untuk menyediakan minuman yang berkhasiat. Andai tersilap cara, bimbang khasiat kunyit tidak dapat dibekalkan kepada tubuh sepertimana yang diharapkan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saintis Dr Suri Roowi berkenaan teknik sebenar untuk menyediakan jus kunyit. Menurutnya, terdapat 6 teknik yang perlu diberi perhatian.
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)
1.Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2.Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
3.Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
4.Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
5.Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6.Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
Pernahkah kita mengalami perasan jantung tiba-tiba berdebar tanpa sebab? Padahal kita sedang duduk beristirehat je.
Jika perkara itu terjadi buat sementara, ianya mungkin tidak merbahayakan. Tetapi jika berlaku untuk tempoh yang lama, segeralah berjumpa dengan doktor.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, terdapat pelbagai puncanya. Terdapat satu keadaan yang dikenali sebagai aritmia berlaku apabila terlalu banyak minum kopi atau diserang panik (panic attack). Ia bukanlah tanda sesuatu yang serius.
Terdapat 4 lagi keadaan di mana masalah ini berbahaya.
1. Jantung berdebar disebabkan penyakit sumbatan saluran darah arteri koronari pada jantung.
Peningkatan tahap kolesterol dan kalsium boleh membentuk plak pada saluran darah dan menghalang pengaliran darah ke jantung. Ini menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan jantung berdebar tanpa sebab.
2. Aritmia selepas pembedahan jantung
Pembedahan jantung boleh mengubah cara jantung kita berfungsi termasuklah cara ia berdegup. Ia meningkatkan risiko aritmia jantung.
3. Perubahan pada otot jantung. Jika kita pernah mengalami serangan sakit jantung, otot jantung akan mempunyai tisu parut yang akan menyebabkan jantung berdegup secara tidak normal.
4. Aritmia jantung disebabkan ketidakseimbangan mineral.Jantung memerlukan mineral yang mencukupi dan seimbang. Sodium, magnesium dan potasium merupakan antara contoh elektrolit yang penting untuk jantung. Jika kita mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit mineral, jantung kita berdegup secara tidak sekata.
Tanda degupan jantung laju dan berbahaya apabila kita mengalami bersama rasa pening kepala, pengsan, sesak nafas dan sakit pada kawasan dada. Simptom ini mungkin merupakan tanda kita mengalami serangan sakit jantung. Dapatkan khidmat doktor secepat mungkin.