Cara Mudah Nak Hilangkan Bau Kurang Enak & Buat Kereta Kembali Wangi & Segar. Guna Barang Tak Sampai RM12 Ni!

Share

Bukan hanya sisa makanan, macam-macam lagi yang wujud dalam kereta. Ini yang menyebabkan kereta berbau kurang enak. Malu kalau tiba-tiba ada yang menumpang kenderaan kita kan.

Bagi yang nak hilangkan bau kurang enak dalam kereta boleh cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Naufal Antezem menerusi twitternya. Produk yang digunakan murah. Tak salah mencuba bukan?

Aku jumpa pewangi kereta ni kat MR. DIY (RM 11.50). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan. Caranya cuma tekan klip & biarkan pewangi ni buat kerja dia while aircond full blast. Aku tunjuk demo kat bawah :

Caranya :

1. Turn fan aircond paling maksimum

2. Tutup rapat semua tingkap, pintu

3. Tekan pin pada muncung spray ke bawah sampai bunyi ‘click’

4. Spray keluar sendiri

5. Tutup pintu kereta dan tunggu sampai spray habis

6. Spray habis, tunggu 2-5 minit sebelum buka pintu

IKLAN