Memenuhkan stok seminggu atau sebulan dengan barangan basah memang buat kita rasa puas hati. Selain jimat masa, ini juga memudahkan kita untuk membuat bajet waktu gawat begini kan.
Lagi satu bab yang perlu dititikberatkan adalah bagaimana nak menyimpan barang basah ini supaya dapat bertahan lama di dalam peti ais.
Ibu-ibu mungkin boleh menjadikan wanita bernama Naeamah Balqis ini sebagai inspirasi dalam cara menyimpan stok. Cara yang dikongsikan olehnya memang tip top. Nak susun kemas dan bezakan setiap satu, yang mana tahan lama, kekal segar dan sebagainya juga kena ada ilmunya.
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Alhamdulillah…ni stok lauk keluarga untuk bulan Februari lak. Bajet untuk 3 minggu, agak-agak sehingga gaji la, tapi gaji bulan 3 dah dapat awal minggu ni. Lauk untuk bulan 3 kita shooping ujung bulan nanti, buat macam biasa lah.
Masak setiap hari …bawak bekal ke pejabat dan masak untuk anak sekali. Balik kerja masak lagi untuk makan malam, buat macam ni mudahkan kerja kita, macam biasa kalau malas boleh ambil kuali ketuk atas kepala.
Okeyy…nak masak amik je yang mana berkenan di hati.
Stok bahan masak
Lauk beli kat pasaraya cs…Letakkan dlm bekas untuk sekali masak.
Ikan tongkol…
Ads
Basuh bersih-bersih. Masukkan air dalam bekas, ikan tongkol tak letak sebab dalam dilema lagi masa ni, nak simpan atau nak rebus.
Masukkan air..aras lauk.
Masukkan air..tutup …simpan terus kat tempat beku.
Lauk beli kat pasar malam, ayam dan daging. Ayam asingkan untuk sekali makan, letak air. Daging jangan letak air, simpan gitu jer, jangan basuh.
Ads
Udang dan ikan letak air, tulang jangan letak air. Ikan dah siang cuci bersih dah tu.
Sayur-sayuran
Simpan dalam bekas dan letak tisu kat bawah. Lengkuas, halia, serai…letak air biar tenggelam.
Pernah suatu ketika dahulu viral tentang air rendaman halba yang dikatakan memberi manfaat hebat kepada yang mengamalkannya. Selain dijadikan minuman, tahukah anda bahawa halba ini juga sebenarnya boleh dijadikan masker wajah yang cukup istimewa.
Ini sebagai mana yang telah diamalkan oleh puan Zilla Janis. Lihat sahaja wajahnya cukup mulus dan bebas jerawat. Buat ibu-ibu di luar sana yang ingin mencuba petua ini, jom hadam cara penyediaan bahan masker ini. Selamat mencuba!
Bestnya! Masker halba ni. Harini zilla nak kongsi dengan korang tentang masker halba.
Macam-macam boleh buat dengan halba ni kan. Selain boleh buang angin dan kempiskan perut. Halba bagus untuk basmi jerawat kat muka. Biasala kekadang jerawat ni beronok ronok pulak naik tak dijemput. Lelagi kalau besok ade event. Kacau daun betul.
Okey jangan buang masa. Jom buat. Senang yakmat!
Bahan-bahan:
1 genggam halba.
1 sudu teh asam jawa.
Air sesudu makan.
Cara Buat :
2. Bila dah siap masukkan halba dalam mangkuk lepastu bolehlah letak air sikit. Zilla suka nak tambah asam jawa sikit. Khasiat asam jawa kat bawah zilla senaraikan.
3. Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muka ataupun kat badan. Biarkan 15minit. Lepastu bilas dengan air.
Masker untuk kulit wajah.
Posted by Zilla Janis on Wednesday, 28 February 2018
Kesannya
“Kulit muka licin dan lembut je macam sutera dari china. Best sangat pegang. Nak pegang lelame je. Tangan macam kena gam pulak. Tapi takpela. Muke sendirikan. Kalau muka orang lain mau kena lepuk. Sesiaaa. Hahahaha. “–Zilla Janis
Kebaikan asam jawa
1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.
Cukup mengkagumkan. Itu yang boleh diungkapkan pada dekorasi rumah flat yang berkeluasan 680 kaki persegi bertukar wajah. Tampak mewah, elegan dan eksklusif.
Bijak memilih warna serta kesesuaian susun atur perabot memainkan peranan. Barulah kediaman nampak lebih menyerlah. Tak perlu rumah yang luas atau mahal, tetapi andai bijak dan kreatif bab dekorasi, itu pasti akan membantu.
Seperti yang dikongsikan oleh Shazwani Ismail ternyata dia bijak menggunakan ruang yang terhad sepenuhnya untuk menukar kediamannya seolah-olah banglo mewah. Salam Aidiladha warga kkd. Second time share rumah kos sederhana rendah saya dengan keluasan 680sqt, walaupun ruang rumah yang agak kecil saya gunakan ruang yang ada sebaik mungkin untuk mendeco.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap orang baik yang bujang mahupun yang sudah berumah tangga. Namun seiiring dengan perkembangan semasa dan taraf hidup yang tinggi, ramai yang tidak mampu untuk membeli dan memiliki kediaman sendiri. Rata-rata memilih untuk menyewa.
Bagi yang bekerja di bawah jabatan kerajaan, tidak menghadapi masalah untuk membuat pinjaman perumahan, tetapi bagi pekerja swasta terpaksa mengambil masa untuk berbuat demikian. Namun, dalam pembentangan bajet pada 2011 oleh Kerajaan Malaysia, di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP), dapat membantu golongan muda yang baru bekerja serta berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 / sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini berfungsi untuk membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi- institusi kewangan yang turut mengambil bahagian untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu untuk membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat pihak Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.
SIAPA YANG LAYAK DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU?
Skim SRP ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan ke bawah (berumur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya) dengan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM10,000.00 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi setiap peminjam).
Perlu diambil berat bahawa skim ini hanya terhad kepada pekerja untuk sektor swasta, termasuk badan berkanun yang tidak menawarkan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
CIRI-CIRI & FAEDAH UTAMA SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
Pembiayaan sehingga 100%
Harta kediaman sahaja
KRITERIA KELAYAKAN DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Di bawah merupakan maklumat ringkas (perlu diketahui) mengenai pemohon yang layak memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).
Pemohon Yang Layak
Warganegara Malaysia
Pembeli rumah (pertama kali)
Bekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
Individu yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun
Pendapatan kasar peminjam perseorangan yang tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Keperluan Pembiayaan
Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
Harta Yang Layak
Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
Nilai minimum hartanah RM100,000
Nilai maksimum hartanah RM500,000
Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
SOALAN LAZIM
Q: Jika bekerja sendiri dengan pendapatan RM2,000 boleh mohon Skim Rumah Pertamaku?
A: Tidak boleh. Skim SPR hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
Q: Sekiranya saya bekerja sendiri dan pasangan bekerja di sektor swasta bolehkah kami memohon skim ini?
A: Tidak. Hanya pasangan anda yang layak mohon skim tersebut.
Q: Saya dan pasangan berpendapatan RM5,000 sebulan dan ingin membeli rumah berharga RM300,000. Bolehkah kami mohon skim ini?
A: Boleh. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam.
Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,200.
Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,410 sebulan seperti tertera di bawah ini:
Contoh kiraan :
Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000
Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)
60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,200 = RM1,410
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.
Q: Adakah skim ini termasuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?
A: Tidak. Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:
PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat seperti di atas. Atau, anda boleh layari Portal Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.