Cukup mengkagumkan. Itu yang boleh diungkapkan pada dekorasi rumah flat yang berkeluasan 680 kaki persegi bertukar wajah. Tampak mewah, elegan dan eksklusif. Bijak memilih warna serta kesesuaian susun atur perabot memainkan peranan. Barulah kediaman nampak lebih menyerlah. Tak perlu rumah yang luas atau mahal, tetapi andai bijak dan kreatif bab dekorasi, itu pasti akan membantu.
Ads
Seperti yang dikongsikan oleh Shazwani Ismail ternyata dia bijak menggunakan ruang yang terhad sepenuhnya untuk menukar kediamannya seolah-olah banglo mewah. Salam Aidiladha warga kkd. Second time share rumah kos sederhana rendah saya dengan keluasan 680sqt, walaupun ruang rumah yang agak kecil saya gunakan ruang yang ada sebaik mungkin untuk mendeco.
.
Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki berang di hadapan kaunter penerbangan gara-gara menunggu terlalu lama hingga berjam-jam untuk menaiki pesawat yang sepatutnya dijadualkan berlepas pada jam 11.35 malam.
Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @opmchimmy, dia mengatakan sepatutnya pesawat yang membawa mereka berlepas pada jam 2335 (11.35 malam) 22 Disember 2022 namun ditunda sehingga jam 0740 (7.40 pagi) 23 Disember 2022, tanpa sebarang pengumuman.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Dalam video tersebut, jelas terdengar suara tegas seorang lelaki yang sedang marah di kaunter untuk menggesa agar pihak pengurusan bertangungjawab kepada para penumpang yang keletihan lebih-lebih lagi kepada warga emas.
Selepas didesak, pihak pengurusan memberi jawapan bahawa hotel mereka penuh dan tidak dapat berbuat apa-apa.
Penjelasan tersebut membuatkan para penumpang semakin naik angin kerana mereka membiarkan penumpang menunggu selama 8 jam tanpa sebarang pengumuman.
8 Jam Kena Sidai
Susulan daripada itu, individu yang menengking staf yang bertugas di kaunter tersebut telah tampil menjelaskan keadaan ketika itu yang mana ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui ciapannya di twitter.
YB @anthonyloke please do somethinglah to Malaysia punya airline operator. @malindoair tak ada hati perut ker nak maklum kan kepada pelanggan hantar blanket atau neck pillow at least. Delayed dari jam 11 ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni? Tolonglah elok sikit. pic.twitter.com/uRv1i8bgWG
Firdaus Jailan mengatakan yang dia sepatutnya menaiki pesawat jam 11.35 malam untuk ke Kuching, Sarawak namun penerbangan telah ditunda dan tiada sebarang pengumuman sehingga mereka perlu menanti terlalu lama.
Susulan daripada itu, ramai yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh lelaki terbabit dek kerana pernah alami masalah yang sama.
Mereka juga merasakan apa yang dilakukan dengan menunda waktu penerbangan tanpa memberitahu dan terlalu lama sangat keterlaluan memandangkan ia telah menyusahkan penumpang yang tidak membuat persediaan berhubung kejadian seperti itu.
“flight delay xpe ye…penumpang lmbt seminit dua korg reject blh plk ye…..adil ke xadil????”, komen netizen.
“flight lambat 8 jam, ok penumpang lambat 1 minit, tutup gate” ujar salah seorang wargamaya pula.
“Saya perna delay 8 jam tapi pihak flight bayarkan hotel untuk Saya rehat,pergi balik hotel pun pihak flight tanggung,” komen yang lain pula.
Bila anak demam dan batuk pada tempoh yang lama, buntu rasanya. Lagi-lagi bila semua ubat dah dicuba dan anak masih lagi batuk. Siap kahak pulak tu.
Mungkin ibu boleh cuba petua dari kaum Cina pula. Hanya gunakan bawang putih.
Bawang putih memang cukup sinonim di kalangan orang Cina. Bawang putih yang kita tahu mengandungi bahan Allicin sangat bertindak baik untuk tubuh.
Tersenarai sebagai 10 makanan terbaik di dunia, bawang putih sebenarnya kaya dengan bermacam khasiat. Bahan allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih, dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan menghalang kemasukkan sel kanser ke dalam tubuh.
Malah terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan, bawang putih dapat menurunkan kadar kolestrol. Hasil penyelidikan juga membuktikan allicin yang terdapat di dalam bawang putih bertindak sebagai antibakteria dan kaya dengan pelbagai vitamin. Hebat kan?
Perkongsian Puan Muna Mansur di facebooknya mengenai petua yang diamalkan oleh masyarakat Cina dalam merawat batuk dan selsema mendapat perhatian netizen. Ini yang dikongsikan wanita ini. Jom ikut caranya.
Saya pernah terbaca seorang ibu yang mengamalkan petua dari seorang aunty cina, batuk dan demam yang dialami anaknya selama 3 minggu terus kebah dan berkurangan. Ni cara buat air rebusan bawang putih.
Bahan-bahan:
9 ulas bawang putih -tak perlu buang kulit
1 1/2 cawan air
5 biji gula batu
Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.
1. Rebus semua bahan hingga jadi suku cawan. Gunakan api yang paling perlahan.
2. Minum 3 kali sehari.
3. Minum semasa air rebusan ketika masih suam.
Petua ini sesuai diamalkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas. Tak salah mencuba kerana bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.
Selamat mencuba!
Kredit: Muna Mansur
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bayangkan apa yang lazimnya seorang isteri lakukan saban hari, selain menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan mengurus makan pakai seisi keluarga, malah turut menyumbang tenaga untuk membantu suami menambah rezeki.
Hakikatnya kerja-kerja itu cukup meletihkan tubuh badannya dan keletihan ini akan terubat rasanya bila suami ringan tulang membantu.
Namun, andai rohaninya yang lesu dan lemah apa pula wajar dibantu oleh suami? Mungkin dengan perkongsian daripada seorang suami ini dapat memberi kesedaran idea untuk dipraktiskan.Jom semak.
Zaman sekarang isteri kebanyakkan kerja. Isnin sampai jumaat.Balik rumah kena masak , urus anak dan urus rumah lagi.
Kalau suami isteri yang pjj (perkahwinan jarak jauh) macam saya ni lagi la. Semua dia kena buat sendiri.
Hujung minggu baru dapat jumpa.Isteri ni dia akan letih. Letih rohani dan jasmani.
Letih jasmani kita boleh hilangkan dengan bantu kerja-kerja rumah dan jaga anak.
Letih rohani, kita kena bagi ruang untuk isteri kita masa yang selesa untuk dia ibadah dan dapat pengisian.
Kalau saya bila hujung minggu waktu jumpa anak isteri, saya akan bawa mereka ke surau atau masjid untuk solat magrib dan isyak.
Bila di masjid, lepas solat magrib saya akan jaga anak. Biasakan dia dengan suasana masjid.
Biar isteri dapat beriktikaf dengan tenang untuk buat amalan fardu dia seperti baca quran atau zikir.Dengan cara tu rohani dapat dirawat dan digilap.
Rohani yang letih dan tidak dirawat akan jadikan isteri kita tak tenang.Kerana isteri ni dia ada bom jangkanya sendiri. Jangan sampai meletup.
Kalau dah melatup tu yang kadang-kadang isteri tu jadi suka bercakap kasar dengan suami, marah-marah anak dan lain-lain.
Jadi para suami sekalian, bawalah anak dan isteri sekurang-kurang seminggu sekali ke masjid atau surau. Cari majlis-majlis ilmu.
Dengar kuliah ilmu kat tv atau radio tak sama dengan hadir dan duduk dalam majlis ilmu di masjid.
Kerana Allah mengutuskan malaikat rahmat bagi mereka yang berada dalam majlis ilmu. Sakinah (ketenangan) akan diisi dalam hati mereka yang hadir ke majlis ilmu.
Kepada para isteri yang membaca status ini, mintalah suami kalian bawa ke masjid.Jangan hanya asyik minta bawa pergi shopping bila stress kerana shopping hanya memberi kegembiraan tetapi tidak memberi ketenangan.
Ketenangan Allah akan bagi bila kita ingat kepada Dia (seperti banyak disebut banyak dalil dalam Al-Quran dan hadis).
Kepada para isteri yang membaca tulisan ini, kongsikan pada suami kalian supaya mereka tahu.
P/s: Ni tulisan saya tulis sebelum ni tapi set tidak public. Jadi rakan-rakan friendlist sahaja dapat baca. Kali ni saya post sekali lagi dan set public supaya ramai dapat manfaat. Harap tulisan ini dapat seimbangkan dengan tulisan saya baru ni. Kalau tak semua isteri asyik nak ajak suami pergi shopping sahaja. Kena ajak pergi masjid surau juga ya. Baru dua-dua jadi mithali.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.