Kebahagiaan sebuah rumah tangga bukan semata bersandarkan kepada harta benda tapi keikhlasan dan menghargai pasangan.
Sebuah video di TikTok akaun Nisaaasuhaila meraih perhatian netizen apabila memaparkan seorang isteri menerima kejutan daripada suami yang menghias bonet kereta dengan taburan bunga kertas yang disertakan sekuntum bunga ros.
Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah kereta yang digunakan sudah kelihatan lusuh namun keikhlasan suami itu membuktikan kasih sayangnya kepada isteri.
Ada juga netizen terkejut biarpun berkereta lama, namun isterinya memiliki barang kemas yang membuktikan bahawa lelaki itu pandai menghargai pasangannya.
Inilah yang dikatakan ‘bahagia cara kita’. Biar seadanya asalkan ia membahagiakan hubungan pasangan suami isteri hingga till jannah.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan adalah hubungan yang harmoni bagi pasangan suami isteri. Sikap saling melengkapi menjadi tunjang bagi memastikan kehidupan disirami kebahagiaan. Sinonim perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki, pasangan romantis Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan dan Muhammad Faizal Zakaria redha dengan ketentuan Ilahi apabila belum dikurniaan cahayamata sejak berkahwin tiga tahun yang lepas. Mujur suami begitu memahami nalurinya untuk mengambil anak angkat. Bermula daripada itulah, ramai yang DM menyatakan kesediaan untuk menyerahkan anak kepada Abby untuk dibuat anak angkat.
Pada masa yang sama, Abby juga mendapat DM daripada pelbagai pihak yang memintanya mencarikan anak angkat dan ada juga tidak inginkan anak yang dikandung. Abby bagaikan orang tengah untuk mencarikan keluarga angkat buat bayi berkenaan. Semuanya diuruskan oleh Abby dengan berhemah tanpa ada kepentingan peribadi. Sesungguhnya Abby dan suaminya adalah insan yang terpilih untuk melakukan kebaikkan ini. Ikuti temubual wartawan majalah Keluarga baru-baru ini dikediaman beliau.
“Gugur dua kali dalam tempoh tiga tahun perkahwinan. Sejujurnya saya jadi takut untuk hamil. Anak kedua saya hamil meninggal dalam perut pada usia lima bulan. Tapi ini saya tidak putus asa untuk mendapat anak. Jadi saya rasa Allah bagi rezeki anak dengan cara yang lain.
“Suami saya tidak menghalang apabila nyatakan hasrat untuk anak angkat kedua. Sebenarnya beberapa kali terdetik dalam hati untuk mengambil anak angkat. Akhirnya saya nekad! Lebih-lebih lagi saya baca banyak kes pembuangan bayi.
“Cuma saya sedih apabila ada yang bersikap terbuka apabila hasrat hati dipertikaikan. Bagi saya Allah telah bagi jalan penyelesaian iaitu ibu susuan juga perlu menyusukan anak angkat yang berusia tidak lebih daripada dua tahun sehingga sekurang-kurangnya lima kali kenyang, barulah boleh menjadi anak susuannya,” ujar Abby ketika ditemui dikediamanya baru-baru ini.
Bantu cari keluarga angkat
Naluri keibuannya terserlah apabila tidak sampai sebulan kehadiran anak angkat lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon Abby Abadi menerima pula bayi perempuan, Maisara Dayana Fathia. Kedua-dua bayi bertuah ini dianugerahkan kepadanya setelah menyuarkan hasrat untuk mencari bayi angkat di instagram.
“Anak pertama, Daiyan, setelah ada yang dm saya di instagram. Katanya dah dua hari bayi ni orang tak nak. Syukur rezeki saya. Selang sebulan pula, perasaan inginkan seorang bayi perempuan pula. Ikut gerak hati, Dayana pilihan saya dan suami. Dayana antara bayi perempuan terawal yang ada dalam senarai dm saya. Seterusnya, memang ramai yang dm. Semua nak suruh saya jaga. Sebaliknya saya cadangkan kepada keluarga yang mencari anak angkat.
“Sebenarnya sejak saya lalui semua ini. Saya dapati ramai rupanya yang mencari anak angkat dan sebaliknya. Ada yang bercerai dn tak mampu jaga anak ke empat, anak ramai sehingga 12 orang dan ada mak yang dm saya setelah anaknya terlanjur. Memang kisah ini tak dijangka di akal.
Bagi saya, semua ini cara saya bantu untuk mengelak kejadian yang tak dingini. Tetapi semua pengambilan anak angkat ini mengikut prosedur yang betul. Kebetulan rezeki saya sebagai orang tengah. Saya tidak kenakan sebarang bayaran pun.
“Malah ada yang nak ambil anak angkat, bertanya pelbagai soalan termasuk keturunan atau anak luar nikah atau tidak. Bagi saya, amat ralat apabila ada soalan-soalan seperti ini. Tidak perlu tahu semua itu. Pada saya bayi tidak salah. Kita yang mendidikanya untuk menjadi anak yang baik atau sebaliknya,” jelas Abby.
Momen indah
Pastinya kehidupan pasangan suami isteri berubah apabila mempunyai cahayamata. Begitu juga yang dilalui Abby dan suami.
“Terasa masa banyak terisi. Apabila ada bayi ini memang kena bangun awal. Mujur suami ringan tulang membantu. Bagi saya tak ada beban buat diri saya dan suami.
“Malah kami merasai keseronokkan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Memang ada yang cakap, perlukah ambil anak angkat sedangkan sudah mempunyai anak sendiri. Namun bagi saya semuanya cukup indah.
Dalam pada itu, Abby turut berkongsi kegembiraan menguruskan dua bayi tersayangnya tanpa perlu berpantang.
“Saya bersyukur, urusan menguruskan anak berjalan seperti biasa. Maklumlah saya ibu yang tak berpantang walapun ada bayi. Tiada masalah untuk bergerak dan menjaga bayi.
“Cuma apabila pergi bercuti, pastinya beg bertambah. Maklumlah ada bakul susu dan pakaian kena bawa lebih. Biasalah bayi ni ada perkara yang tidak dijangka seperti muntah.
“Tetapi semua urusan menguruskan anak, walaupun sudah 10 tahun tak uruskan bayi, tidak ada masalah bagi saya. Saya masih ingat pengalaman menguruskan anak-anak saya dulu. Dan tak ada beza pun anak sendiri atau angkat. Semuanya saya di hati saya. Saya juga berharap kedua-dua bayi ini, akan mengikut jejak abang dan kakaknya menghafal Al-Quran serta diberi didikan agama,” jelas Abby yang bersedia jika hamil pada waktu terdekat ini.
Sumber: Majalah Keluarga Isu November 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan hidangan bergoreng memang mudah dan boleh dikatakan hari-hari ada sahaja menu yang dimasak. Umumnya, bagi memastikan hidangan yang dimasak adalah hidangan yang sihat, kita akan pastikan hanya menggunakan minyak yang baharu sahaja setiap kali ingin menggoreng.
Namun bagaimana pula caranya untuk kita menguruskan setiap kali ada lebihan minyak setiap kali memasak? Pastinya tidak mungkin dibuang ke dalam singki, sebab kita tahu akan menjadi penyebab utama sinki tersumbat.
Jadi di sini dikongsikan tip yang boleh dipraktikkan untuk urus lebihan minyak masak. Jom semak.
Suri rumah selalu rasa kusut memikirkan nak buang kat mana minyak masak yang dah tak boleh pakai. Dahlah minyak tak boleh digunakan berulang kali. Sekali dua goreng je lepas tu kena buang. Tapi nak tuang dalam sinki, takut tersumbat. Nak kumpul dalam tong banyak-banyak, lepas tu nak buang kat mana ?
Kami berikan beberapa cadangan cara yang boleh anda lakukan terhadap minyak masak terpakai:
1. Serahkan kepada pihak yang ada menyediakan khidmat kitar semula minyak
– Apa kata daripada anda buang minyak masak terpakai di kawasan yang boleh menyebabkan pencemaran, lebih baiklah sekiranya anda jual kepada pihak berkenaan, bukan? Contohnya menjual kepada Akademi Tahfiz Al’ Hira dan Kelab Belia Sentosa di Batang Kali atau di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penghasilan biodisel.
Anda dapat duit, alam pun terjaga dari pencemaran.
2. Kitar semula sendiri
– Kalau anda jenis yang kreatif dan suka ber-DIY, bolehlah cuba lihat di internet cara penghasilan bahan berasaskan minyak. Sebenarnya dari minyak masak terpakai anda boleh hasilkan bahan yang paling mudah iaitu lilin.
Percaya tidak?
3. Kumpul dalam botol
– Kalau rasa malas nak menjual kembali minyak terpakai tersebut, anda boleh kumpul kembali minyak tersebut dalam botol-botol kosong dan buang di kawasan kitar semula. Nanti pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran akan uruskan sisa buangan tersebut.
Senang kan kerja?
Jadi selepas ini, bolehlah amalkan cara-cara di atas ini bagi menggantikan tabiat salah pembuangan minyak yang selalu anda lakukan itu. Bukan apa, alam ini kan tempat tinggal kita. Kalau tidak kita yang menjaganya, siapa lagi?
Sumber : BKKM,JKN Kedah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.