Mendapatkan kulit wajah yang berseri dan terlihat muda sebenarnya boleh dimiliki bila seseorang itu rajin amalkan penjagaan wajah.
Dan di sini dikongsikan cara untuk anda hasilkan masker dengan menggunakan bahan natural.
Menurut Iryani, dengan menggunakan hanya 3 bahan sahaja, impaknya cukup berkesan. Wajah terlihat berseri dan awet muda!
PETUA KULIT AWET MUDA DAN CÊRAH BERSERI DENGAN 3 BAHAN
Makin meningkat umur, makin berkedut muka kan. Yani nak kongsi petua awet muda dan cerah berseri hanya gunakan 3 bahan sahaja.
Ads
Bahan
– 2 sudu makan mayonis
– 1 sudu makan oatmeal
– 1 sudu perahan air lemon.
Cara-cara
1. Perah air lemon dan campur bersama oatmeal dan mayonis
2. Gaul sebati
3. Bersihkan muka dengan air dan oles kan masker pada muka biar sekata.
4. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.
Ads
Dah siap. Boleh lakukan 2 atau 3 kali seminggu. Mayonis kaya dengan telur membantu menganjalkan dan flawless pada kulit. Oatmeal bantu serap minyak dan menanggalkan sel mati. Lemon bantu cerahkan kulit wajah.
Senangkan nak awet mudah cerah berseri. Follow je step ni. Jom kongsi supaya wanita semua cantik berseri dengan beauty natural.
Cara bagaimana hendak dipilih sama ada menggunakan kaedah moden atau mengamalkan cara tradisional sekali pun, kedua-duanya dapat memberi kesan yang diharapkan.
Untuk itu, bagi yang ingin mencuba kaedah menggunakan bahan alami, di sini dihimpunkan untuk memudahkan anda mencubanya. Jom semak.
UNTUK RAMBUT
Bahan semula jadi rawat rambut gugur. Ia bukan hanya boleh dilakukan golongan berusia, namun juga sesuai dibuat golongan remaja sekerap yang mungkin kerana semua kaedah ini tidak mempunyai kesan sampingan memudaratkan.
Lidah buaya
Penjagaan rambut menggunakan pati lidah buaya sebagai bahan utama.
Ambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya. Lumur pada rambut hingga rata. Urut kulit kepala dan biarkan lima minit. Cuci rambut hingga bersih.
Minyak kelapa
Minyak kelapa adalah perapi semula jadi yang dapat mencegah pertumbuhan rambut rosak.
Untuk mengatasi rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas. Mengurut juga membantu peredaran darah menjadi lebih lancar.
Minyak zaitun
Mengurangkan kerosakan akibat penggunaan produk perapi atau pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.
Sebaiknya gunakan minyak zaitun asli. Caranya campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur.
Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu yang lembut.
Avokado
Membaiki kerosakan rambut. Ia bukan sekadar mengembalikan kilauan, memperkuat dan membaiki tekstur helaian rambut, malah mengubah rambut kusam menjadi lebih segar, beralun.
Caranya, lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.
Daun inai
Khususnya dalam merawat masalah rambut serta kulit kepala. Cuba kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes.
Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.
CUBA INI: Selain dijadikan minuman, daun teh juga boleh diaplikasikan dalam kamus cantik untuk menghaluskan kulit serta mencantikkan rambut.
Caranya; cuci bersih daun teh, masukkan ke dalam gelas berisi air putih. Tutup gelas dan biarkan semalaman. Keesokan harinya, campurkan air rendaman daun teh yang sudah ditapis dengan perahan limau nipis. Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali selepas bersyampu. Hasil rambut sihat bermaya pasti jadi milik anda.
CUBA INI: Pandan sering digunakan dalam masakan bagi mencipta aroma harum pada setiap hidangan. Selain itu, ia juga digunakan untuk tujuan kecantikan. Bagi yang ingin menghitamkan rambut, hiris halus daun pandan muda, rebus sehingga air berwarna hijau, lalu diembunkan semalaman.
Pada keesokan hari, campurkan air rebusan daun pandan tadi bersama perahan biji buah mengkudu. Sapu air tersebut pada rambut dan ramas perlahan-lahan selama 10 – 15 minit, kemudian bilas. Lakukan tiga atau empat kali seminggu.
Sumber : Ana Mahabu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati mana yang tak pilu, jiwa mana yang tak galau, buat pertama kalinya sambutan ramadan tanpa insan tersayang di sisi cukup dirasai oleh isteri Arwah Abam Bocey. Dalam satu perkongsian di laman instagram milik arwah, Nur Hidayah meluahkan isi hatinya.
“Tahun lepas puasa balik Sabak Bernam, mesti pergi bazar Ramadan beli juadah berbuka bersama arwah abang. Beli murtabak, ayam panggang, ayam golek dan macam-macam lagi.’
“Adik-beradik pun semua balik berkumpul berbuka sama-sama. Ramadan tahun ni terasa sangat berpuasa tanpa arwah abang di sisi sayang. Semoga abang tenang di sana,” luahnya.
Dalam posting tersebut, Hidayah berkongsi sebuah video kenangan yang memaparkan arwah Abam dan ahli keluarga yang lain pulang daripada bazar membeli juadah.
“Kenangan kekal abadi hingga ke syurga. Al-Fatihah untuk Allahyarham suamiku sayang. Syed Umar Mokhtar,” tulisnya dengan nada sayu.
Video yang memaparkan kenangannya bersama arwah Abam di bulan Ramadan itu mencatatkan lebih 145,000 tontonan di Instagram miliknya.
Susu antara sumber kalsium dan vitamin D yang diperlukan oleh tulang untuk kekal sihat dan kuat. Setiap orang sama ada kanak-kanak mahupun dewasa, memerlukan susu untuk penjagaan kesihatan tulang yang optimum.
Berkongsi tentang pilihan susu untuk seisi keluarga, Dr Syah Musafir ada cerita menarik di akaun facebooknya. Semoga memberi manfaat untuk semua ibu ayah dan ini perkongsiannya;
“Banyaknya beli susu?” tanya staf Mydin yang bantu saya angkatkan kotak susu ke dalam troli.
“Anak-anak minum susu ni… Beli banyak lebih jimat,” jawab saya sebelum mengucapkan terima kasih kepadanya.
Anak-anak minum susu segar UHT
Selepas ‘lepas susu’ pada usia 2 tahun, anak-anak kami dibiasakan minum susu segar UHT. Daripada 4 orang anak, hanya 1 orang sahaja yang minum susu formula. Jadi saya terbiasa mencari/survey harga susu.
Jika di Australia dulu, 1L susu Devondale dijual dengan harga AUD$1 ada masanya 90sen saja, di Malaysia ini harga RM6 dikira murah. Di Shopee pun biasa dijual dengan harga begini juga. Kedai runcit tak jual pula jenama ni.
Kebanyakan masa saya kena beli susu Dutch Lady yang paling mudah dijumpai di kedai atau pasaraya, biasa dijual pada harga lebih kurang RM5.80 sekotak jika beli sedozen. Kalau beli di kedai runcit atau mart, biasa lebih RM6.30 harganya.
Hari ini di Mydin, ada jualan susu Devondale penuh krim dengan harga RM4.79 apabila dibeli sedozen. Dibandingkan dengan Dutch Lady hari ini RM5.73 jika beli sedozen, saya jimat 94sen X 12 kotak = RM11.28
Untuk 3 dozen, saya save RM33.84 Alhamdulillah.
Elok ke beri anak-anak minum susu segar/UHT ni?
Ya, sangat elok. Tiada gula tambahan sepertimana susu formula tu. Dan disebabkan anak-anak minum menerusi gelas, bukan dengan botol susu/puting, gigi jadi elok. Alhamdulillah.
Khasiat?
Ya, berkhasiat. Semulajadi. Kenyang pun kenyang. Syaratnya beli penuh krim (full cream) ye. Saja share. Saya kalau buat kopi, teh atau minuman coklat, saya guna susu segar UHT ni. Tak guna susu pekat manis. Cubalah.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.