
Perjalanan mendapatkan zuriat bukanlah mudah buat setiap pasangan. Ada yang diuji dengan penantian panjang, ada pula yang perlu melalui pelbagai rawatan dan prosedur demi merealisasikan impian menimang cahaya mata.
Begitulah yang dilalui isteri kepada pelawak Achey, Nor Hasanah Yahaya atau mesra disapa Anne, apabila memaklumkan dirinya sekali lagi menjalani rawatan dalam usaha meneruskan impian mereka untuk menambah ahli keluarga.
IVF Anne Kembali Jadi Perhatian Ramai
Menerusi perkongsian di Instagram, Anne memuat naik video anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah, yang bertanyakan tentang bayi kepadanya selepas pulang dari sekolah.
View this post on Instagram
Pertanyaan polos Tiara itu nyata menyentuh hati Anne. Sebagai seorang ibu, dia mengakui bimbang sekiranya anak kesayangannya terlalu berharap untuk memiliki adik.
“Tiara balik sekolah terus tanya baby.
Mama takut sebenarnya, takut kakak terlalu berharap nak adik. Mama takut kecewakan kakak lagi,” luah Anne.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang memahami betapa besar harapan yang dipikul oleh pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Ramai yang turut mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan dan diberikan berita gembira yang dinanti-nantikan.
Kenangan Sukar Yang Masih Segar Dalam Ingatan
Lebih meruntun hati, Anne turut mengimbas kembali pengalaman pada tahun 2022 apabila rawatan IVF yang dijalani ketika itu tidak berjaya. Kegagalan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya dan Achey, malah Tiara juga begitu kecewa apabila impian untuk menerima kehadiran adik tidak menjadi kenyataan.
“Mama ingat lagi tahun 2022 awak sedih sampai tak nak makan sebab baby tak jadi,” kongsinya.
Harapan Yang Tidak Pernah Padam
Namun di sebalik rasa takut dan bimbang itu, Anne dan Achey tetap memilih untuk terus berusaha. Bagi pasangan ini, selagi masih diberi kemampuan, mereka akan terus berikhtiar demi melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga kecil mereka.
“Mama dan ayah usahakan selagi kami mampu ya sayang, kami sayang awak sangat-sangat.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” tulis Anne lagi.
View this post on Instagram
Sokongan Ramai Buat Perjalanan IVF Anne
Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai, terutama mereka yang pernah melalui perjalanan sama dalam usaha mendapatkan cahaya mata. Bukan mudah untuk mengulang semula proses rawatan yang pernah mengecewakan, namun kekuatan seorang ibu sering kali hadir daripada kasih sayang yang mendalam terhadap keluarga.
Ramai netizen meninggalkan komen berbentuk doa dan kata-kata semangat. Ada yang berkongsi pengalaman sendiri menjalani rawatan kesuburan, manakala ada juga yang mengakui sebak melihat hubungan erat antara Anne, Achey dan Tiara.
Perjalanan Rumah Tangga Achey Dan Anne
Untuk rekod, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Selepas beberapa tahun menanti kehadiran zuriat, pasangan ini mengambil seorang anak angkat, Nur Tiara Zinnirah, pada tahun 2018.
Kehadiran Tiara menjadi pelengkap kasih sayang Achey dan Anne selama ini. Anak kecil itu bukan sahaja membawa kebahagiaan dalam rumah tangga mereka, malah turut mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang dibina sejak sekian lama.
Walaupun begitu, impian untuk menambah cahaya mata tetap menjadi doa yang tidak pernah putus. Harapan tersebut terus disimpan kemas dalam hati pasangan ini sambil mereka berusaha dan bertawakal.
Doa Mengiringi Setiap Usaha
Semoga urusan IVF dipermudahkan Allah SWT dan diberi kekuatan buat Achey, Anne serta Tiara dalam menempuh perjalanan penuh harapan ini. Semoga segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang baik dan impian mereka untuk menambah cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan.
BACA LAGI : Madammu Kongsi Perjalanan IVF RM200,000, Kisah Inspirasi Menanti Zuriat Hampir 9 Tahun
Sumber: Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di




