Bila diumumkan bermula 4 Mei, semua sektor ekonomi boleh menjalankan operasi seperti biasa memberi pelbagai reaksi antara kita.
Ada yang berlapang dada dan ramai juga berasa bimbang akan terjadinya penularan covid-19.
Pun begitu, bagi sektor sosial seperti sekolah ianya masih belum beroperasi dan ini bermakna anak-anak perlu disiplin dan terus kekal berada di dalam rumah untuk satu tempoh yang akan dimaklumkan.
Ini memetik laporan berita Sinar Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membuka semula sektor sosial termasuk sekolah selepas menilai situasi semasa dalam tempoh dua sehingga empat minggu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kementeriannya perlu melihat kepada situasi semasa apabila sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya bermula hari ini.
Ads
“Kita buka dahulu sektor ekonomi dan dalam masa yang sama kita harap dapat pantau situasi semasa.
“Dalam tempoh dua minggu atau empat minggu (sebelum tentukan sekolah dibuka) kita akan kemukakan cadangan kepada kerajaan untuk buka sektor sosial dan ekonomi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sekolah akan dibuka selari dengan kelonggaran yang diberikan kepada sektor ekonomi ketika ini.
Ads
Menurutnya, KKM perlu meneliti semua aspek sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memastikan rantai wabak koronavirus (Covid-19) dapat ditamatkan sepenuhnya.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan KKM juga sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi kelonggaran kepada aktiviti sukan.
Katanya, kelonggaran itu hanya tertumpu kepada aktiviti sukan yang tidak dilakukan secara berkumpulan seperti joging.
Ads
“SOP itu akan dibuat mengikut garis panduan KKM seperti perlu ada penjarakkan sosial, tiada perhimpunan ramai dan sebagainya.
“Jadi inilah sebahagian daripada tahap secara berperingkat yang sedang kita lihat dengan lebih teliti dan akan diumumkan nanti,” katanya.
Sering juga kita dengar kejadian adik beradik bergaduh dari zaman kanak-kanak hingga terbawa-bawa hingga dewasa. Lebih menyedihkan jika itu menyebabkan hubungan kekeluargaan akhirnya menjadi renggang hingga ada yang bermasam muka bertahun-tahun lamanya.
Tetapi bagi 16 beradik ini, semua itu tidak pernah terjadi. Ada satu istilah 'magis' yang dididik oleh orang tua mereka yang dipegang dari dulu hingga kini. Jom baca sterusnya perkongsian dari Mohd Yazid Ismial ini.
Kami 16 beradik seibu sebapa. Susunan posisi dalam gambar ikut umur. Nombor 1 hingga 11 semua lelaki, nombor 12 hingga 16 semua perempuan.
Alhamdulillah hidup bahagia walaupun melalui fasa kehidupan yang serba kekurangan. Ayah diuji dengan penyakit angin ahmar ketika Mak mengandung anak ke 16. Ayah lumpuh tak mampu bekerja.
Mak membesarkan kami dengan perit jerih. Tapi sangat bahagia, tiada sengketa, pertengkaran dan dendam. Mak dan ayah mendidik kami supaya sentiasa mengalah.
Bila selalu mengalah, pergaduhan dapat dielakkan, walaupun ada tersalah faham dan terasa hati. Itu normal.
"Mengalah" bunyi macam senang, tapi ia memerlukan kekuatan jiwa yang tinggi. Ibubapa perlu tunjuk jalan untuk membina kekuatan jiwa. Anak-anak memerhati dan meniru perangai ibubapa. Kalau ibubapa selalu tunjuk perangai keras kepala, anak-anak terikut."
Contoh buruk yang ibubapa selalu tunjuk ialah masa memandu di jalan raya. Marah sana marah sini, asyik nak salahkan orang lain. Jalan raya adalah sekolah kehidupan, anak-anak sedang belajar dalam kereta.
Satu lagi bila anak berselisih faham dengan kawan, jangan lah nak back up anak tu. Ajar anak bertenang dan maafkan orang, atau suruh dia minta maaf kalau anak yang buat salah.
Perangai selalu nak menangkan anak lah yang menyebabkan anak jadi keras kepala, ego tinggi dan jadi narcissistic. Banyak kali kita jumpa jenis ibubapa yang anggap anak dia malaikat. Makin kurang ego dalam diri, makin harmoni hidup kita. Sifat rendah diri adalah antara foktor penting dalam mencapai kebahagiaan.
Selain daripada kisah menarik tentang kasih sayang sesama adik-beradik seperti ini, perkongsian daripada Dato’ Dr. Hussamuddin Haji Yaacob, Pengasas Warisan Ummah Ikhlas juga menarik untuk difahami apa yang tersurat dan tersirat tentang kasih sayang dan sebaiknya dielakkan daripada berlakunya persengketaan sesama kita.
Saat dan ketika ini, cubalah tatap seorang demi seorang anak-anak kita yang masih kecil dengan penuh rasa kasih sayang. In kerana sama ada kita sedar atau tidak, hakikatnya anak-anak ini ada ‘melekat’ dengan kita hanyalah 12 tahun sahaja.
Selepas usia anak mencecah remaja, lumrahnya kawan-kawan lebih diutamakan dan mereka seronok untuk bersama kawan berbanding ibu dan ayah. Ya, dan akhirnya akan wujud ‘jarak’ tanpa kita perasan jika tiada langkah-langkah awal dilakukan untuk memastikan jambatan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak terbina kukuh.
Hal ini dijelaskan lagi melalui posting daripada seorang penulis, Puan Adlil Rajiah di akaun fbnya. Nyata setiap baris kata-katanya, ada kebenarannya.
Jadi dengan adanya waktu yang berbaki ini, ayuh kita gunakan sebaik mungkin untuk berusaha membina ‘jambatan’ bagi menghubungkan kasih sayang yang utuh antara kita anak beranak.
Hakikat yang kita selalu lupa, anak-anak “ada” dengan kita 12 tahun je.
Lepas 12 tahun, mereka mula lebih fokus kepada kawan-kawan.
Lepas tu dah sibuk menjaga hati pasangan dan rakan sekerja.
Tak lama lepas tu, sibuk fokus keluarga dan anak-anak mereka sendiri pula.
Semakin lama, ranking kita dalam hati mereka semakin rendah.
Tak percaya?
Tengok diri kita sendiri sebagai anak.
Tengok kat mana keutamaan ibu bapa kita dalam urusan hidup kita hari ini.
Macam mana “jarak” kita dengan ibu bapa kita bila kita semakin dewasa.
Of course, we never hate them.
We still love them unconditionally.
They’re still the king and the queen of our life.
Of course.
Tapi secara hakikatnya kita tak lagi letakkan mereka nombor 1 dalam banyak perkara.
Why?
Circumstances.
Life cycle.
Work demands.
Bla bla bla.
Ini lah lumrah yang kita sedang lupa.
Bila dah ada anak sendiri, kita lupa–
mereka juga akan “tinggalkan” kita satu hari nanti.
12 tahun itu tak lama, tuan puan. Sebelum keadaan memaksa anak-anak untuk lebih mengutamakan kawan-kawan, pasangan, keluarga, kerja, instead of kita ibu bapa mereka-
adakah kita dah sehabis baik memanfaatkan masa yang ada bersama mereka sekarang ni?
Kita cepat sangat marah anak, lempang anak, maki anak, rotan anak, abaikan anak–
sebab kita sangka mereka akan ada dengan kita sampai bila-bila. Rupanya tak. In fact, mereka tak pernah pun jadi milik kita.
Walau macam mana besar pun peranan kita dalam membentuk anak-anak–
mereka tetap tertakluk kepada percaturan dan perancangan Allah.
Soon–they’ll surely leave.
Sepanjang 12 tahun anak-anak letakkan kita nombor 1 dalam hati mereka, adakah kita juga letakkan mereka nombor 1 dalam hati kita?
Satu hari nanti, bila anak-anak dah dewasa, dah sibuk kejar cita-cita, dah kawen, kita akan bangun tidur tanpa mereka di sisi. Dan masa tu kita akan bertanya sendiri–
Have i played with them enough?
Have I enjoyed the opportunity to be a part of their lives?
Itu sebab penting untuk kita bina jambatan yang kuat dengan anak pada 12 tahun pertama. Because research shows that anak-anak yang rapat dengan ibu bapa sepanjang 12 tahun pertama akan sentiasa rapat dengan ibu bapa mereka sampai bila-bila– walau sejauh mana pun mereka terbang.
I always admire parents yang very close to their children walaupun dah besar panjang.
Bila mereka berjumpa, macam best friends!
In fact, Rasulullah saw pun suruh ibu bapa layan anak seperti kawan baik bila anak mencecah 14 tahun kan.
I observe some senior parents that i know yang rapat dengan anak-anak, dan tanya apa yang diorang buat sampai jadi rapat sangat dengan anak-anak walaupun dah dewasa. Most of them jawab–
“It’s in the routine. Good relationship tak dibina dalam sehari dua. Tapi dibina setiap hari since day 1.”
Even David Beckam & Victoria Beckam pun cakap benda yang sama bila ditanya tentang hubungan rapat diorang dengan anak-anak.
So let’s learn from these parents yang dah berjaya bina jambatan kukuh dengan anak-anak.
According to Dr Laura Makham, these are some routines we can do to build a closer relationship with our child:
? Peluk anak for 5 minutes setiap pagi bila dia bangun tidur.
? Ambik masa 2-3 minit setiap pagi untuk berbual dengan anak tentang apa plan dia hari ni.
? Kurangkan menjerit dan marah2 di waktu pagi. Your temper will ruin your child’s emotion throughout the day.
?Tulis nota cinta, contohnya “Mama love you so much, sayang.” dan selitkan dalam beg sekolah atau bekal anak.
? Bila hantar anak ke sekolah, instead of reminding your child to be a good boy, beritahu dia: “Mama tak sabar nak jumpa Haikal petang ni. Have fun at school ok!”
? Tinggalkan kerja di tempat kerja. Balik rumah dengan hati yang “penuh” untuk jumpa anak-anak.
? Bila naik kereta dengan anak, tutup radio bila anak ingin berbual. Beri perhatian dan encourage them to talk.
? Bila anak gaduh dengan kawan/adik beradik. Cari penyelesaian instead of cari siapa salah.
? Bila anak tantrums atau mengamuk, PELUK dia.
? Bila anak buat lawak, GELAK. Walaupun kadang-kadang tak paham atau tak lawak langsung.
?Spend alone time berdua dengan setiap anak, at least 15-20mins every other day. Buat aktiviti kegemaran anak, dan biar dia rasa kita sentiasa ADA.
? Bila anak bercerita, LISTEN. Try to not mencelah, disagree atau nasihat sebelum dia habis bercerita.
? Cium dahi anak sebelum tidur. Ambil masa 5 minit untuk peluk dia dan beritahu dia, “Mama bersyukur sangat Allah pinjamkan Haikal untuk mama.”
Haa ada banyak cara kan.
Nampak leceh kalau tak biasa buat. Tapi once dah jadi habit, banyak benda akan jadi lebih mudah dan hubungan dengan anak akan jadi lebih manis. InsyaAllah.
And hopefully dengan usaha keras kita sepanjang 12 tahun pertama ni, bila anak dah mencecah usia remaja, kita akan tetap relevan di hati mereka dan mereka masih sudi rujuk pada kita dalam apa jua hal.
Haikal sekarang dah 7 tahun. Saya ada 5 tahun je lagi sebelum dia mula letakkan kawan-kawan, pasangan, kerja, keluarga on top of kami ibu bapanya.
Semoga sempat untuk saya gunakan waktu yang ada sebaiknya. Dan semoga Haikal tetap sudi peluk cium mama walaupun kau dah berbini nanti.
Penggunaan pinggan mangkuk yang berwarna putih apabila kerap kali digunakan atau disimpan dalam tempoh yang lama memang mudah untuk kelihatan seperti berkarat dan berwarna kekuningan.
Lebih-lebih lagi mug yang digunakan untuk minum kopi atau teh. Bila terjadi seperti itu, ada sesetengah antara kita apabila hendak menggunakan cawan tersebut akan rasa tidak selesa pula. Seakan minum di dalam cawan atau gelas yang kotor walhal telah dicuci bersih!
Untuk itu, ketahui cara terbaik untuk membersihkan cawan tersebut agar kembali bersinar seperti baharu. Umumnya, penggunaan soda bikarbonat adalah yang terbaik dan berkesan. Pun begitu ada dua cara yang boleh anda praktikkan, pilih sahaja yang memudahkan anda dan pastinya tidak akan menghampakan anda.
Oleh itu, ayuh teliti dahulu kedua-dua cara ini sebelum memulakan ‘operasi’!
CARA 1
“Hari ni rajin sikit. Jadi ada masa nak kasi cuci bersih set cawan putih arcopal mak. Tindakan perlu dilakukan kerana mak dah serik sental teko dengan pencuci pingggan biasa tapi tak keluar kesan warna yang ditinggalkan oleh kopi.”
Jadi inilah hasilnya dan lihat perbezaan sebelum dan selepas dicuci dengan soda bikarbonat. Memang berkilau jadinya.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Soda bikarbonat
kitchen towel (kalau pakai tisu biasa hancur pula nanti)
sedikit air
Cara:
sumber : Azhani Mazmi
CARA 2
Ini pula lain sedikit caranya namun tetap menggunakan soda bikarbonat sebagai bahan utama berserta penambahan bahan lain. Kesannya juga boleh menjadikan cawan atau mangkuk kembali bersinar.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 sudu soda bikarbonat
2 sudu cuka
Sedikit pencuci pinggan mangkuk
Cara-cara:
1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas yang kotor.
2. Tuang cuka ke dalam bekas yang kotor.
3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.
4. Tambahkan dengan air panas.
5. Kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
6. Cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan anda.
sumber : Petua Emak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.