Klasiknya suara wanita ini. Dendangan lagu tahun 70an telah membangkitkan nostalgia yang mengundang sebak dikalangan wargamaya.
Menerusi akaun TikToknya, kiambang_ wanita ini tampil dengan konsep lagu klasik. Bagi yang mendengar suaranya tanpa melihat wajahnya sudah tentu membayangkan dirinya seorang wanita yang berusia.
Selain itu, keunikkan suaranya membuatkan wargamaya memuji suaranya yang dikatakan mengundang nostalgia. Malah golongan remaja juga dikatakan turut meminati suaranya.
Antara lagu yang mengamit memori adalah , ‘Siapa Yang Pernah Jatuh Cinta’, ‘Malam Ini Kita Berpisah’, ‘Aiya Cik Siti’. antara video tular dikongsikan dengan lebih sejuta tontonan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji suara wanita berkenaan yang dianggap begitu unik. Malah ada juga mengundang sebak apabila lagu yang dinyanyikan itu mengingatkan kepada yang telah tiada. Nyata suara wanita berkenaan menggamit kenangan lama.
Pernikahan menyatukan dua insan yang berbeza karekter namun boleh hidup bahagia di bawah satu bumbung. Semuanya sempurna dan aman andai saling memberi dan menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Namun, panas tidak berpanjangan, ada kalanya hujan di tengah hari. Ada kalanya perkahwinan di landa ribut . Itu termasuk jugalah dengan kehadiran orang ketiga yang boleh menyebabkan rumah tangga porak peranda.
Pelakon, Abby Abadi dalam satu perkongsian ada memuat naik nssihat buat para isteri di luar sana supaya menjaga suami dan suami adalah hak eksklusif buat isteri.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
S U A M I kita Hak exclusif kita Itu mahalnya bila dah sah Segalanya H A L A L ? Jangan bagi perempuan lain pegang suami kita Jangan bagi suami peluk perempuan lain Jangan bagi suami dukung perempuan lain Jangan bagi perempuan lain Pakaikan baju, makeup suami kita Jangan jangan jangan Itu ‘mengundang namanya ?
. Walaupun sekadar lakonan Atau sewaktu persembahan nyanyian Atau waktu bekerja Di pejabat outstation & sebagainya Syaiton tetap sukaaaaaa Nampak mcm2 takde pape Tapi sebenarnya sebesar2 maksiat Yang buat ALLAH murka Beringat sentiasa
Dalam sesebuah perkahwinan tidak dapat lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Namun, jangan jadikan sesuatu perkara itu penyebab rumah tangga anda bergolak. Kalau ada sebarang masalah cepat-cepat selesaikan, jangan bertangguh kerana ia boleh mengundang konflik kelak.
.
Bertoleransi, faham antara satu sama lain, bertolak ansur dan jalankan tanggung jawab dengan baik antara kaedah bagi membahagiakan sesebuah rumah tangga. Pusat Perubatan Islam Al mujahidin turut berkongsi petua kebahagiaan rumah tangga di samping mengelakkan sengketa antara suami isteri.
Kerap sangat berlaku akhir2 ini pesakit mempunyai masalah Rumahtangga.. Ada kata suami ada perempuan lain, ada juga kata isteri ada lelaki lain, masing2 dah buat haluan masing2 la.. Sebelum ini saya ada share, saya share kan semula cara2 pengerat kasih sayang suami isteri… Ambil kan Air suam letak kan Garam Secubit dalam minuman suami isteri.
.
Baca Al Fatihah 3x
Al Ikhlas 3x
Baca Surah Yusof ayat 1-6
Ya Latif 7x
Dan selawat 7x
.
Selepas itu bagi suami @isteri minum ,buat setiap hari inshaaAllah jika sebelum ni Suami@isteri baran ,akan kurang baran nya,Hubungan itu akan jadi lebih mesra Dan rapat.Sebaiknya buat setiap pagi Dan sebelum tidur ..Semua atas izin Allah…
Buat dengan yakin Ikhlas inshaa Allah pasti di permudahkan.Moga hubungan kita bersama Suami&Isteri bahagia Dunia dan Akhirat Aamin.
Pasangan mana yang tidak mahu cahaya mata. Malah kehadiran zuriat ini seakan mengikat lagi kasih sayang suami isteri.
Tidak kira, untuk kelahiran pertama atau seterusnya, keterujaan itu sangat dirasai. Setiap anak ada keistimewaan tersendiri.
Namun bagi pasangan ini, anak mereka Ayesha Nuha menjadi perhatian sejak kisahnya dikongsikan oleh ibunya. Ayesha Nuha adalah seorang bayi pramatang yang dilahirkan pramatang pada 9 Jun 2022.
Menurut ibu kepada bayi ini, Nor Faizah Ismail, dia dan suami Md Aidil Faat hanya mampu berdoa selepas doktor memberi bayangan bahawa si cilik itu mungkin tiada harapan untuk terus hidup.
“Sebelum bersalin, doktor pakar dah maklumkan bahawa baby akan meninggal. Tapi kuasa Allah yang maha hebat, baby Nuha berjaya membesar berkat doa orang sekeliling,” tulisnya pada kapsyen video di TikTok.
Faizah turut mengakui telah bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun terkejut anaknya terus bertahan.
“Sebelum ini saya pernah alami keguguran. Kali ini kelahiran pramatang. Anak saya lahir pada usia kandungan enam bulan. Doktor tak bagi kami harapan sebab organ pentingbaby sangat tak matang. Kami hanya mampu reda.
“Nuha dilahirkan secara normal walaupun dia berada dalam keadaan songsang. Keadaannya 50 – 50 masa tu, dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU). Doktor cuma minta kami bersedia dengan apa-apa kemungkinan.
“Dua bulan Nuha dalam NICU. Banyak komplikasi berlaku. Nuha juga jalani pembedahan saluran jantung selepas dua minggu dilahirkan. Pembedahan itu sangat berisiko. Kami suami isteri pasrah tapi yakin Nuha anak yang kuat,” ujarnya.
Menurut Faizah, dia dan suami tidak menyangka si comel itu mula menunjukkan reaksi positif selepas dua bulan dia ditahan di NICU.
Biarpun masih menjadi penghuni hospital, Nuha menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit sehinggalah dibenarkan untuk pulang ke rumah, pada bulan ini.
“Selepas pembedahan dan keluar NICU, Nuha dipindahkan ke wad bayi tapi dia masih perlu dipantau oleh doktor. Dari situ doktor nampak peluang Nuha untuk terus hidup adalah cerah. Kami memang lega sebab di NICU dia sangat kritikal.
“Lapan bulan lebih Nuha dalam hospital. Saya dan suami berulang alik sepanjang masa dari rumah kami di Pontian ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terletak di Johor Bahru. Akhirnya Nuha dibenarkan balik ke rumah pada bulan ni, kami bersyukur sangat,” ujarnya.
Pada Rabu, Nuha sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana paras oksigen yang tidak stabil, namun Faizah berharap situasi itu tidak berpanjangan dan besar harapannya dia dapat pulang sebelum Aidilfitri tidak lama lagi.
“Nuha baru keluar hospital bulan ni. Hari ini (Rabu) dia dimasukkan ke hospital semula kerana oksigen menurun sikit. Mungkin dia belum sesuai dengan keadaan di rumah, ada risiko balik rumah.
“Kali ini saya tak pasti berapa lama Nuha akan dipantau oleh doktor. Tapi saya berharap dia cepat sihat. Saya yakin Nuha kuat. Raya tahun ini kami tidak merancang untuk ke mana-mana, cuma kami harap dia ada bersama kami,” ujarnya lagi.
Menurut Faizah, dia bersyukur dengan sokongan orang ramai, malah kembali bersemangat selepas ramai insan senasib dengannya turut ‘hadir’ memberi sokongan secara dalam talian.
“Saya kongsi di TikTok sebab nak cari semangat. Masa tu Nuha belum keluar hospital. Saya cuma mahu cari member yang boleh bagi semangat, terutamanya yang senasib dengan saya. Komen-komen mereka membuatkan saya rasa tidak berkeseorangan.
“Video-video TikTok itu juga menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Selain mendoakan anak saya, ramai yang senasib turut berkongsi cerita yang mana ujian mereka jauh lebih hebat berbanding saya. Mereka sentiasa tanya perkembangan kesihatan Nuha.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang doakan kami. Saya juga nak berterima kasih kepada staff nurse NICU dan wad A4 di HSA,” ujar Faizah mengakhiri bicara.
Fedtri Yahya berkongsi peringatan mengenai bahaya sihir pemisah yang boleh merosakkan rumah tangga, memberi kesan kepada anak-anak serta menggugat keharmonian institusi keluarga.