Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai.
Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Ads
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Ads
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Ads
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah petugas hospital yang terpaksa menjahit sendiri peralatan perlindungan diri (PPE) selain ada yang menggunakan plastik serta beg sampah sebagai perlindungan diri menyebabkan ramai yang bersimpati dan membantu dalam mengatasi masalah tersebut.
Justeru, ramai yang tampil menghulurkan bantuan. Sebuah gerakan dilancarkan oleh sekumpulan anak yatim dan asnaf di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), Kajang, Selangor bagi memanfaatkan masa lapang susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 17 Mac lalu.
Inisiatif berkenaan menumpukan kepada pembuatan PPE seperti pelindung muka (visor), topeng muka (mask), coverall, gaun bedah, tudung kepala dan lain-lain untuk memenuhi permintaan yang amat tinggi oleh barisan hadapan negara yang sedang mendepani COVID-19.
Kira-kira 120 warga RPWP menyumbangkan tenaga dan masa mereka dengan sasaran menghasilkan sehingga 3,000 unit pelindung muka sehari.
“Projek ini bermula dengan panggilan seorang doktor perubatan dari sebuah NGO yang terlibat membantu tugas barisan hadapan pada jam 1 pagi. Bekalan PPE sudah amat meruncing.
“Para doktor sudah sampai ke tahap menggunakan plastik sampah dan apron pakai buang tukang masak untuk melindungi diri. Ramai juga barisan hadapan yang telah dijangkiti,” ujar Pengasas Bersama RPWP, Saiful Nang, dalam satu kenyataan.
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi dan mendesak rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh dunia, maka proses pengimportan barangan memakan masa yang lama.
“Malam itu juga gerakan ini dilancarkan dan alhamdulillah 2,000 unit yang diminta dapat disiapkan dalam masa dua hari namun habis diedarkan kepada barisan hadapan tidak sampai satu hari,” ujarnya.
Difahamkan, jumlah pengeluaran PPE telah melonjak kepada 3,000 unit sehari. Penghasilan dilakukan sepenuhnya di rumah kebajikan asnaf dan anak yatim RPWP di Sungai Ramal Baru tanpa melanggar PKP yang telah ditetapkan.
Proses pembuatan secara Do-It-Yourself (DIY) tidak semestinya secara sambil lewa sebaliknya ia menuruti kaedah pembuatan yang diperakui sebagai amalan pengeluaran yang baik (good manufacturing practice – GMP). Sehubungan itu, kebersihan dan pengawalan kualiti produk turut diutamakan.
Malah, bahan-bahan yang digunakan adalah dua kali ganda lebih tebal dan kukuh berbanding di pasaran yang ditempah khas dari kilang.
“Anak-anak RPWP sangat gembira dengan aktiviti begini. Di samping dapat mengisi masa lapang di rumah ini, kerja tangan mereka turut berperanan sebagai barisan sokongan kepada wira-wira negara di barisan hadapan.
“Lebih-lebih lagi, projek ini dapat memberikan pendedahan pendidikan dan pengalaman kepada mereka dalam bidang pembuatan dan pengilangan,” tambah Saiful.
Projek Pelangi PPE ini menyasarkan sejumlah minimum 100,000 unit. Kini mereka telahpun berjaya menghasilkan sebanyak 15,000 unit. Sumbangan dari orang awam mampu menggandakan lagi keluaran bagi mencukupkan keperluan bagi petugas kesihatan kita yang semakin mendesak.
Untuk rekod, Projek Pelangi yang dijalankan warga RPWP bermula pada tahun 2015, sewaktu inisiatif menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Untuk menyumbang boleh terus ke laman sesawang www.projekpelangi.com dan menyokong crowd funding Bantuan PPE (COVID-19) ataupun berhubung terus di talian 016-360 5047.
Wanita rata-rata memang suka bercakap berbanding lelaki. Ini memang fakta yang tidak boleh dinafikan.
Sehinggakan jika ada lelaki yang suka bercakap dan bergosip, orang akan segera menegurnya, ‘kau ni macam perempuanlah!’.
Mungkin ada segelintir yang jenis pendiam atau melihat situasi atau orang sebelum memulakan perbualan.
Wanita yang suka bercakap ini sebenarnya cenderung melepaskan beban masalahnya. Kadangkala dengan bercakap itu, beban masalah yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.
Namun, bukan selalu mereka bercakap Ada masa dan ketika nya mereka memilih untuk mendiamkan diri. Jika situasi ini berlaku, sebagai suami kena alert.
Wanita sememangnya lebih banyak ‘suara’ berbanding lelaki, dia akan bercakap tentang apa saja yang terlintas difikirannya…
Hampir pasti akan ada sesuatu yg akan menjadi modal atau point utk seorang wanita itu bercakap, berbicara, bersuara….susah untuk seorang wanita itu untuk kekal berdiam diri, sebab wanita yg normal akan bercakap puluhan ribu perkataan dalam masa sehari…
Berbeza dengan lelaki, ada lelaki hanya bercakap bila perlu sahaja dan kebiasaannya lelaki bercakap direct to the point…
Namun, sekiranya seorang wanita terutamanya seorang isteri memilih utk berdiam diri, maka itu BAHAYA…
Pasti ada sesuatu disebalik “diamnya” itu…dia mungkin sudah penat bercakap hal yang sama, perkara yang sama setiap hari, tapi masih tiada perubahan dari hari ke hari daripada insan yang mendengarinya, lalu dia memilih untuk berdiam diri setelah “suaranya” tidak didengari pasangannya…
Adakalanya juga seorang isteri memilih untuk berdiam disebabkan ingin menahan diri…jika disuruh bercakap, mungkin dia akan meletup dan dia tidak akan dapat mengawal diri lalu dia mungkin akan menyakiti hati orang lain dengan kata2 yang keluar dari mulutnya…
Diam seorang isteri tu sebenarnya dia sedang berusaha menenangkan dirinya sendiri…menjadikan dirinya sabar…
Fikirannya boleh jadi bercelaru, jiwanya boleh jadi berkecamuk…dia sedang cuba mengawal perasaannya untuk elokkan kembali mood dia…
Jangan biar seorang isteri berdiam diri untuk tempoh yang lama, sekiranya kita sedar dia tidak seperti kebiasaannya, maka terus dekati dia dan tanya, kenapa dan apa yang menyebabkan dia berdiam diri, lalu cubalah untuk perbaiki…sekiranya tiada usaha untuk mengetahui kenapa isteri memilih untuk berdiam diri, maka jangan hairan jika satu hari nanti dia “meletup” dan akan mengeluarkan kata2 yang bukan2…
Dia juga seorang manusia yang ada hati dan perasaan…jangan menidakkan kemahuannya untuk bersuara…kata2nya juga layak untuk didengari dan difahami…✌️
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...