Cara Mudah Simpan Daun Ketumbar, Daun Kunyit & Daun Limau Purut Guna Plastik Aiskrim. Kekal Segar & Tahan Lama. Jimat!

Share

Daun herba atau sayur hijau sering digunakan namun jangka hayatnya tidak tahan lama. Jika beli dalam kuantiti yang banyak ia cepat rosak. Tetapi waktu masak, biasanya daun seperti ketumbar, daun kunyit dan limau purut bukanlah diguna banyak pun.

Hanya sedikit sahaja, jadi sayang lebihan itu kalau dibiarkan lama dalam peti mudah busuk dan tidak bertahan lama. Tapi ada cara jika ibu-ibu mahu sayuran ini tahan lebih lama.

Gambar hiasan

Jom ikut petua yang dikongsikan oleh Nik Hazifah jika mahu kekalkan kesegaran dedaun. Tak perlu lagi nak ke kedai beli yang baru jika mahu menggunakannya.


“Aiskrim” ketumbar, daun kunyit dan daun limau purut.
Guna plastik aiskrim, masukkan daun-daun tu, masukkan air paip dan ikat. Masukkan dalam freezer. Jimat space dalam freezer.

Gambar hiasan

Ni adalah cara untuk kekalkan kesegaran daun-daun ni.. Kadang beli nak pakai sikit, yang lain kering layu dalam peti sejuk.
Nak defrost pun kejap je..keluarkan dari plastik tu, Lalukan bawah air paip, setel.

Satu batang tu untuk sekali guna.

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍

 

IKLAN