Daun herba atau sayur hijau sering digunakan namun jangka hayatnya tidak tahan lama. Jika beli dalam kuantiti yang banyak ia cepat rosak. Tetapi waktu masak, biasanya daun seperti ketumbar, daun kunyit dan limau purut bukanlah diguna banyak pun.
Hanya sedikit sahaja, jadi sayang lebihan itu kalau dibiarkan lama dalam peti mudah busuk dan tidak bertahan lama. Tapi ada cara jika ibu-ibu mahu sayuran ini tahan lebih lama.
Gambar hiasan
Jom ikut petua yang dikongsikan oleh Nik Hazifah jika mahu kekalkan kesegaran dedaun. Tak perlu lagi nak ke kedai beli yang baru jika mahu menggunakannya.
“Aiskrim” ketumbar, daun kunyit dan daun limau purut. Guna plastik aiskrim, masukkan daun-daun tu, masukkan air paip dan ikat. Masukkan dalam freezer. Jimat space dalam freezer.
Ads
Gambar hiasan
Ni adalah cara untuk kekalkan kesegaran daun-daun ni.. Kadang beli nak pakai sikit, yang lain kering layu dalam peti sejuk. Nak defrost pun kejap je..keluarkan dari plastik tu, Lalukan bawah air paip, setel.
Buat yang sedang mencari kudapan yang ringkas dan mudah, boleh cuba resipi yang sedap ini.
Hidangan yang enak dimakan bersama keluarga.
Ikuti resipi ini.
Taugi ayam / ayam gulung .. benda nie klu jumpa org jual kat pasar mlm sllu nya mmg beli bercucuk2 .
Resepi
Fucuk – rendam ngan air biasa dlm 1/2jam
Note : nak tambah isi udang pun boleh ..hancurkan .. lagi sedap
2 mangkuk Isi ayam – kisar halus 1 biji telur 3 sudu penuh tepung ubi Segenggam cendawan telinga – cincang Sikit suhoon – rendam & potong kecik2 1/2 batang Carrot – potong dadu kecik2 1/2 bj bwg holland – potong dadu kecik2 3 ulas bwg putih – cincang Maggie ckup rasa Gula & garam Serbuk lada putih
Cara penyediaan:
* Campur semua bahan2 kat atas .. * Fucuk yg dah rendam td potong.. agak2 lah saiz yg korang suka bila nk gulung nnt . Lap sikit fucuk td * Gulung mcm dlm gambar tue * Hujung sapu ngan telur * Buat sampai habis . Br kukus dlm 15-20 minit * Sejukkan dulu br potong2 kecil * Goreng bila nk mkn .. sedap cicah ngan sos thai
Sumber: Ayie Baizura Man
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adakah anda menghadapi masalah liang roma atau pori-pori besar dan terbuka? Masalah ini adakala menggugat keyakinan diri wanita kerana secara fizikal, mereka kelihatan lebih tua , tidak seiring dengan usia yang sebenar.
Andai anda sedang mengalami masalah sebegini, usah khuatir kerana pori-pori yang besar bukanlah sesuatu yang sukar untuk diatasi. Selain melindunginya di sebalik solekan tebal atau mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan, ada cara yang lebih mudah dan murah untuk anda amalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati dari alam semula jadi.
TIP MUDAH & MURAH RAWAT PORI-PORI BESAR
Buah lemon kaya dengan vitamin C yang berupaya menyegarkan kembali wajah sekali gus mengecilkan masalah pori-pori. Caranya, potong lemon kepada dua bahagian. Perah dan ambil jusnya. Sapukan jus lemon tadi di seluruh bahagian muka setiap malam sebelum tidur. Anda juga boleh saja tampalkan hirisan nipis lemon di bahagian pori-pori yang terbuka luas. Selain membantu mengecilkan masalah berkenaan, wajah anda juga akan kelihatan lebih tegang!
Satu lagi buah enak yang kaya vitamin C adalah buah tomato. Buah tomato dapat digunakan untuk menyegarkan kulit wajah di samping mengecilkan pori-pori. Amalkan menyapu wajah dengan masker daripada buah tomato. Caranya mudah sahaja. Lumatkan buah tomato sehingga halus sebelum disapu pada wajah. Biarkan kering seketika dan bilas dengan menggunakan air yang dingin. Air dingin ini dapat menambah kesegaran wajah anda.
Selain enak dijadikan perasa dalam minuman atau makanan, madu juga terkenal dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Antara khasiat madu adalah membantu mengecilkan pori-pori wajah. Sapukan sahaja madu di sekitar wajah dan urut lembut. Biarkan kering seketika dan bilas dengan air dingin. Selain itu, anda boleh sahaja campurkan madu dengan sedikit jus lemon. Jus Lemon ini membantu memaksimumkan fungsi madu bagi mengecilkan pori-pori wajah anda. Amalkan dengan kerap sebagai masker sebelum tidur untuk hasil yang lebih baik.
Sayuran berwarna hijau ini sudah sekian lama terkenal dalam pembuatan masker semula jadi. Hal ini kerana timun amat berkhasiat, lebih-lebih lagi dalam penjagaan kecantikan. Fungsinya pelbagai, dari melembapkan kulit, menghaluskan wajah sehinggalah mengecilkan jerawat. Tak ketinggalan, ia juga membantu mengecilkan pori-pori wajah. Cara mudah membuat sendiri masker daripada timun adalah dengan menghaluskan timun menggunakan mesin pengisar. Kemudian, tambahkan sedikit tepung jagung dan kacau sebati. Gunakan ia sebagai masker dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air dingin.
Siapa kata ais tidak baik untuk diamalkan? Jika dalam penjagaan kecantikan, ais antara bahan yang amat bermanfaat. Menggunakan ais untuk mengecilkan pori-pori adalah satu langkah yang paling mudah dan cepat. Maksudnya, anda tidak perlu persediaan seperti memotong, memerah dan sebagainya. Hanya gosokkan ais pada wajah selama 15 hingga 30 minit sebelum tidur. Pastikan, anda telah membersihkan wajah terlebih dahulu sebelum menggosokkan ais. Hal ini bagi memastikan wajah bebas dari sebarang kotoran yang boleh menyumbatkan pori-pori wajah ketika proses menggosok ais. Ais ini akan membantu mengurangkan penghasilan minyak pada wajah.
Sungguhpun baunya kurang menyenangkan, tapi tahukah anda bahawa putih telur mengandungi asam amino dan enzim lain yang dapat menjadikan kulit wajah anda nampak lebih muda? Sapu putih telur ke seluruh wajah dan tutup dengan tisu ala-ala masker. Lepas putih telur benar-benar kering, tanggalkan tisu pada kulit wajah dan bersihkan kotoran yang melekat. Wow, kulit terasa tegang dan pori-pori juga lebih mengecil!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada yang kata, jaga anak perempuan lebih senang. Maklumlah biasanya anak perempuan lebih dilihat mendengar kata, tidak lasak dan baik.
Berbanding anak lelaki, ibu bapa sering merasakan anak lelaki lebih lasak dan buas sikapnya, kadang-kadang sukar untuk dikawal. Ini menjadikan ibu bapa terkadang hilang sabar dalam mendidik anak lelaki. Jika silap percaturan, bahaya padahnya!
Oleh itu dalam membesarkan anak lelaki, kita sebagai orang tua perlulah tahu caranya. Ini penting agar bila anak lelaki sudah besar tidak pula jadi besar kepala. Nak tahu apa caranya, jom semak catatan yang ditulis oleh Taufiq Razif di dalam fbnya.
Cara Didik Anak Lelaki
1. Kurangkan gajet
Daripada pengamatan saya kalau seorang anak tu terlampau dimanjakan dengan gajet, mereka akan jadi kurang sensitif dengan orang kat sekeliling mereka. Hormon dopamine yang keluar ketika mereka bermain gajet membuatkan si comel kita ni rasa kalau nak bahagia dan tenang, cukup dengan gajet! Gajet nombor 1. Bantu mak ayah kat rumah tu nombor 15 je lah!
2. Bagi tahu mereka pahala bantu mak ayah
Sekarang ni kalau anak saya tolong lap lantai ke sapu sampah ke mesti saya akan panggil mereka anak soleh. Biar mereka tahu kalau bantu mak ayah ni benda yang sangat mulia daripada segi agama dan moral. InsyaAllah habit tu akan melekat sampai ke tua kalau kita amal pujian ni.
3. Jangan larang kalau anak kita nak bantu.
Kadang-kadang tu saya pun khilaf. Kadang-kadang saya pun termarah anak saya kalau dia basahkan lantai. Bila saya selidik balik, Ya Allah! Rupanya anak saya tu berniat nak tolong saya cuci kotoran di lantai saja. Cuma budak kecik kan, mereka mana la reti cuci lantai ni jadi mereka buat la semampu mereka walaupun bagi kita nampak macam mereka tengah buat hal dan sengaja sepahkan rumah. Padahal niat mereka suci! Ya Allah! Maafkan saya!
4. Si ayah kena jadi idola terbaik anak
Sedalam mana pun kasih sayang anak pada ibunya, si ayah tetap menjadi idola utama si anak sebenarnya. Ayah pemalas biasanya akan menghasilkan anak yang malas. Ayah pemarah pun biasanya akan menghasilkan anak yang pemarah. Nak anak yang suka tolong mak ayah? Jadilah ayah yang suka tolong nenek dan emak di rumah ye.
5. Mula daripada sekarang juga
Jangan tunggu besok atau lusa untuk didik anak kita. Sampai masanya rebung yang lembut dan mudah lentur akan menjadi sebatang buluh yang keras dan kukuh. Anak di bawah umur 1 tahun pun dah boleh ajar perlahan lahan untuk buang sampah dalam tong sampah, lap air kalau mereka tumpahkan dan juga ajar mereka ambil baju masing-masing dalam rak yang disediakan. Kita bukan niat nak dera mereka. Kita cuma nak lahirkan ‘ perasaan taat ‘ dalam jiwa si comel kita.