banyak petua, tips dan cara hilangkan kerak kuali dan karat periuk yang semakin menebal itu. Dengan cara yang dikongsikan ini anda pasti berpuas hati apabila karat kuali anda yang hitam berkarat dan periuk anda itu akan berkilat seperti baru selepas mengikuti tips ini.
Before & after. Bajet Bawah RM5 je dah boleh bg kuali nampak baru balik. Span ni beli kat Mr. Diy harga RM4.
Ads
Ads
Ads
Sental dgn air sabun je bagi smooth. Buat ni tak sampai 10 minit. Dia senang gila tanggal. Takpayah pakai berus dawai besi dah.
Kredit: hsaytoc
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Detik yang cukup bermakna buat pereka fesyen terkenal Tanah Air, Rizman Nordin apabila isteri tersayang selamat melahirkan bayi sulung mereka. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Rizman usai isterinya Nurida Suraya selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Memuat naik gambar bayi perempuannya, Rizman memanjatkan rasa syukur diatas kelahiran puteri sulungnya yang diberi nama Princess Rizqaa.
Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa
Rizqaa: A blessing, gift from Almighty.
Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi..
Waktu PKP begini, ditambah pula anak-anak belajar di rumah, pasti ibu-ibu agak buntu nak sediakan hidangan apa kan. Asyik-asyik menu yang sama pasti anak-anak naik jemu. Boleh juga pelbagaikan menu tetapi masih dengan bajet yang rendah.
Jadi, hari ini admin kongsikan cara buat Mee Rebus yang simple tapi sedap. Pasti memikat hati seisi keluarga. Resipi ini dikongsikan oleh puan Ainn Mustafar. Selamat mencuba!
Mee Rebus Mama!! Menu special my mum ni! Iolls boleh ulang makan 5 kali sehari 😂😂😂😂
Resipi untuk 1kg Mee Kuning
Bahan kisar A:
Segenggam Cili Kering (rendam lembut)
2 Biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering
(Kisar halus semua diatas)
Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)
Daging hiris nipis
Udang buang kulit
Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)
Cara penyediaan:-
Tumis semua bahan kisar A. Agak2 dah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak2 lembut. Masukkan air udang and ubi kisar tadi.
Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi)
Garam, gula, aji secukup rasa. Kena balance masam, manis, masin ok! Lastt skali masuk udang. Agak2 menggelegak boleh tutup api. Udang jgn masak lama, nanti keras tak sodap 😬
Agak2 uolls ok pekat dia mcm mana. Tak cair sgt and tak pekat.
So uolls tabur tabur la dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng and limau!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah buntu nak masak apa? Yang pasti nak masak untuk tarik minat anak makan lagi lah susah!
Apa kata cuba resipi ayam goreng salut tepung yang sedap dan berkerak cantik ni! Sebijik rasanya macam ayam goreng kat kedai. Bezanya, nak makan tak payah pergi beratur nak beli, buat zupp zapp dah siap boleh makan! Dijamin puas hati jika dibuat ikut resipi di bawah ini.
Lagipun cara membuatnya sangat senang hanya menggunakan lima bahan termasuk ayam tanpa perlukan telur. Jom cuba!
Bahan-bahan:-
Ayam
Tepung Bestari (pedas)
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk cili
Cara-caranya :-
1) Ayam dicuci sehingga bersih dan di sejat atau tos kan dahulu
2) Campurkan tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan air (jangan pekat sangat/cair) – Bancuhan basah
3) Perapkan ayam bersama dengan bersama bancuhan tepung selama sejam dalam peti ais
4) Campurkan dengan sekata tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air.- Bancuhan kering
5) Gaulkan ayam yang diperap tadi bersama bancuhan tepung yang kering.
6) Minyak harus banyak dan dipanaskan terdahulu sebelum mengoreng. Goreng sehingga kelihatan kekuningan dan siap untuk dihidangkan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.