Dah buntu nak masak apa? Yang pasti nak masak untuk tarik minat anak makan lagi lah susah!
Apa kata cuba resipi ayam goreng salut tepung yang sedap dan berkerak cantik ni! Sebijik rasanya macam ayam goreng kat kedai. Bezanya, nak makan tak payah pergi beratur nak beli, buat zupp zapp dah siap boleh makan! Dijamin puas hati jika dibuat ikut resipi di bawah ini.
Lagipun cara membuatnya sangat senang hanya menggunakan lima bahan termasuk ayam tanpa perlukan telur. Jom cuba!
Bahan-bahan:-
Ayam
Tepung Bestari (pedas)
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk cili
Cara-caranya :-
Ads
1) Ayam dicuci sehingga bersih dan di sejat atau tos kan dahulu
2) Campurkan tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan air (jangan pekat sangat/cair) – Bancuhan basah
3) Perapkan ayam bersama dengan bersama bancuhan tepung selama sejam dalam peti ais
Ads
4) Campurkan dengan sekata tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air.- Bancuhan kering
5) Gaulkan ayam yang diperap tadi bersama bancuhan tepung yang kering.
Ads
6) Minyak harus banyak dan dipanaskan terdahulu sebelum mengoreng. Goreng sehingga kelihatan kekuningan dan siap untuk dihidangkan.
Kalau ingin diimbau antara kek yang paling sedap rasanya dan yang selalu mak-mak kita buat terutamanya kalau ada perayaan, lain tak bukan kek belanglah jawapannya.
Kek belang ni bukan sahaja rasanya enak tapi bab menghasilkan corak belangnya itu juga satu seni yang ada teknik. Ia juga perlu dipelajari selain ketahui resipinya.
Untuk ketahui apa cara bagaimana mak-mak kita dulu buat, ikuti perkongsian bergambar daripada Encik Khairul Hakimin ini.
Okeh. Ini kek yang boleh bikin kau teringat memori masa kecil kau. Kek belang. Atau nama popularnya sekarang ialah kek marble. Hehe.
Kek ini wajib emak masak jika nak balik ke kampung abah di Kuala Lipis atau ke mana-mana majlis kenduri kendara kawan rapat atau saudara mara. Dulu emak jual dalam RM5 sahaja. Wakaka. Murah benar. Ha, ini juga merupakan resipi emak ya. Jika ada beza dengan resipi kalian, tak mengapa.
Nak buat, senang. Cuma nak kasi dia berbelang lawa itu yang mencabar. Hihi.
Kek Belang / Kek Marble
Bahan-bahannya:
350gm tepung naik sendiri,
250gm marjerin atau butter atau minyak masak,
250gm gula halus,
5 biji telur gred A,
2 sudu besar serbuk koko,
3-5 sudu besar air panas,
1 sudu kecil esen vanilla,
Puasa pun belum, mak-mak dah sibuk buat planning untuk raya. Mana ke persiapan baju, hiasan rumah dan kuih raya all in one lah dalam fikiran hari-hari! Ye la kan, 2 tahun tak raya sungguh-sungguh, kali ni nak all out lah katakan…
Yang mana ada rancang nak buat biskut raya sendiri tahun ni, boleh cuba buat tart cadbury ni. Mudah je rupanya! Paling penting… warna sebelum bakar dan selepas bakar maintain on point tau! Nak tahu macam mana cara buatnya? Boleh tengok caranya di bawah!
Tart Cadbury Purple Menyala
Coklat memang takkan cair lepas bakar. Warna nak cantik terang menyala guna jenis oilbased color. Rajin boleh la buat.
Bahan-bahan:
250gm buttercup (Nak lagi sedap guna pure butter)
2 tbsp gula Aising
1 telur kuning
1/2 tsp esen vanila
300gm tepung gandum
2 tbsp tepung kastard
2 tbsp tepung jagung (supaya tart rapuh, tak keras kejung bila sejuk)
Coklat Cadbury (minipack)
Pewarna ungu violet (kalau nak warna cantik pekat tak pudar lepas bakar, guna oilbased food colouring)
Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati. Gaul guna senduk saja.
2. Ayakkan kesemua tepung dan campurkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga menjadi doh. (boleh tambah atau kurangkan tepung sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan senang dibentuk)
3. Kalau keras boleh tambah mentega sikit demi sedikit.
4. Terap doh ke atas loyang dengan menggunakan acuan tart.
5. Letakkan coklat cadbury sebagai inti dan gulungkan. Susun atas loyang.
Panaskan oven 170°c selama 5 minit.
6. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160°c (bergantung oven masing2) sehingga masak atau sehingga biskut tak melekat dekat loyang.
Daging korban tak sesuai dimasak ‘steak’ ada sebabnya. Daging korban yang biasanya diperoleh semasa perayaan Aidiladha, sering kali digunakan dalam pelbagai jenis masakan tradisional. Namun, ia jarang sekali dijadikan ‘steak’.
Terdapat beberapa sebab mengapa daging korban tidak sesuai untuk tujuan ini.
Kenapa Daging Korban Tak Sesuai Dibuat Steak
1. Kualiti Daging
Daging korban biasanya berasal dari haiwan yang tidak diternak khusus untuk tujuan menghasilkan daging berkualiti tinggi. Sebaliknya, haiwan korban sering kali dipilih berdasarkan kesesuaian untuk dikorbankan dari segi umur dan kesihatan. Faktor ini menyebabkan kualiti dagingnya mungkin tidak setanding dengan daging yang diternak khusus untuk menghasilkan steak. Daging yang kurang lemak dan urat biasanya lebih sukar untuk menghasilkan steak yang lembut dan berjus.
2. Kaedah Penyembelihan
Proses penyembelihan korban yang mematuhi syariat Islam juga memberi kesan kepada kualiti daging. Penyembelihan yang dilakukan dengan cepat untuk memenuhi keperluan ibadah sering kali tidak menitikberatkan aspek-aspek yang diperlukan untuk menghasilkan daging berkualiti steak. Proses ini juga mungkin tidak memberi masa yang cukup untuk haiwan tersebut mengalami proses pendarahan yang sempurna, yang boleh menjejaskan tekstur daging.
3. Penyimpanan Dan Pengendalian
Daging korban biasanya dibahagi-bahagikan dan diedarkan kepada mereka yang memerlukan segera selepas penyembelihan. Proses ini kadang-kadang tidak memberi masa yang cukup untuk daging tersebut disimpan dengan betul. Daging yang tidak disimpan pada suhu yang sesuai atau tidak melalui proses penuaan (aging) yang betul akan menjadi keras dan tidak sesuai untuk dibuat steak.
4. Jenis Potongan Daging
Untuk menghasilkan steak yang enak, jenis potongan daging adalah sangat penting. Daging korban biasanya dipotong untuk penggunaan umum dan bukan spesifik untuk steak. Potongan seperti ribeye, sirloin, dan tenderloin adalah yang paling sesuai untuk steak, tetapi potongan ini mungkin tidak selalu ada dalam daging korban yang dibahagikan secara umum.
5. Tujuan Dan Niat Korban
Korban dilakukan dengan tujuan ibadah dan kebajikan, iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan membantu mereka yang memerlukan. Oleh itu, pengagihan daging korban biasanya tertumpu kepada golongan fakir miskin dan tidak terhad kepada penggunaan peribadi sahaja. Ini menjadikan penggunaan daging tersebut untuk hidangan mewah seperti steak bukanlah satu keutamaan.
Seorang pengguna laman X menjelaskan daging korban sebenarnya tidak sesuai dijadikan sebagai hidangan stik seperti yang terdapat di restoran terkemuka.
Sebagai tukang masak profesional, individu ini menjelaskan lembu akan mengalami fasa Rigor Mortis selepas disembelih sekaligus menyebabkan daging akan menjadi keras sehingga tidak boleh dimakan sebagai stik.
Rigor Mortis bermaksud kekakuan otot yang berlaku pada haiwan ternakan seperti lembu selepas proses penyembelihan.
“Pertama skali kita kena paham apa itu Rigor Mortis(RM) secara am. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati. Otot-otot akan kejang dan mengeras.
“Kalau biasa pancing, ikan dalam icebox tu bukan mengeras senget sebab beku. Tu contoh RM dalam binatang selain haiwan disembelih,” katanya.
Individu ini turut menjelaskan untuk menjadikan daging itu sebagai hidangan stik, ia melibatkan beberapa proses yang perlu dilaksanakan seperti gantung di dalam peti sejuk beku selama berminggu-minggu.
Ia dilakukan supaya daging menjadi lembut dan sesuai dimasak stik.
“Di barat, praktis selepas sembelih dan siat adalah gantung rangka itu minimum 2 minggu hingga ke sebulan untuk membenarkan otot-otok rileks secara semula jadi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum dilapah sebelum dijual. Suhu perlu dikawal rapi utk mencegah pencemaran bakteria.
“Proses gantung di dalam peti selama berminggu namanya Aging. Tanpa proses ni tak guna pun potong daging ikut bahagian mana mahal murah seperti praktis barat.
“Stik dimasak pada suhu yang tinggi dan masa yang singkat. Sebab itu proses aging penting untuk melembutkan daging,” jelasnya.
Sebaiknya, daging korban digunakan untuk masakan tradisional yang lebih sesuai dengan tekstur dan kualitinya, sambil mengekalkan semangat kebersamaan dan kebajikan yang diutamakan dalam ibadah korban.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.