Musim raja buah telah pun tiba. Tentu ramai akan teruja apabila tibanya musim durian!
Bau durian yang menusuk hidung dengan rasa yang lemak manis gebu.
Tapi kena ingat, ada beberapa cara memilih durian yang sedap manis, isi tebal dan kuning pastinya berbaloi buat kita.
Untuk mengelakkan ditipu ketika membeli durian atau memilih durian yang elok dengan tepat, baca sedikit tips memilih durian ini.
Sebagaimana video yang dipaparkan di TikTok @mdizzuddinmohdshah ini menunjukkan bagaimana cara untuk mengenali warna dan ketebalan isi durian. Menurut beliau hanya melihat batang durian.
Perkongsian ini tular shingga cara-cara nak tahu warna dan ketebalan isi durian hanya tengok pada batang sahaja. Video ini mendapat lebih 400 ribu tontonan dan 37.2 ribu sukaan setakat ini.
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan, jam 10.20 pagi, semalam. Bayi itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.75 kilogram.
“Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.
“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya.
Berita gembira itu diumumkan Azrinaz menerusi perkongsian terbarunya di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
Menurut Azrinaz, dia bersyukur kerana proses bersalin berjalan dengan lancar serta kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.
“Syukur, Alhamdullilah, saya dengan suami dengan gembiranya ingin mengumumkan kehadiran puteri kami pada Ahad, 15 September 2019 pada jam 10.20 pagi, seberat 2.75 kilogram. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.
“Allah sebaik-baik perancang. Proses bersalin berjalan dengan lancar dan rasanya seperti berlalu dengan begitu cepat. Alhamdulillah.
“Kehadiran anak perempuan kami membuatkan kehidupan terasa lebih bermakna. Terima kasih atas doa, kata-kata semangat yang diberikan oleh keluarga dan juga rakan-rakan.
“Sekarang kami memerlukan sedikit masa untuk berehat dan akan mengemas kini perkembangan terbaru di masa akan datang,” tulisnya.
Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.
Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di sebuah stesyen penyiaran, namun mula rapat sejak lebih setahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Memiliki set pinggan mangkuk dengan pelbagai pilihan jenama seperti Corelle, Vintage, Luminarc, Duralex dan pelbagai lagi jenama lainnya seakan satu kepuasan bagi kaum ibu jika memilikinya.
Bukan sahaja kerana terpesona dengan rekaan pinggan mangkuk tersebut, malah tidak dinafikan dengan penggunaan pinggan mangkuk ini akan memberi gaya dan aura istimewa ketika di meja makan.
Pun begitu, tidak kurang hebatnya pula bila menggayakan set pinggan mangkuk legend masyarakat kita iaitu pinggan seramik bercorak bunga kangkung ini. Menghargai kecantikan dan keistimewaan pinggan mangkuk jenis ini, keluarga Puan Nora Sheka menggunakan pinggan mangkuk ini sebagai pinggan harian keluarganya. Jom kita baca perkongsiannya.
“Banyak orang guna pinggan mangkuk ikea, corelle, vantage dan sebagainya. Pilihan saya tetap pinggan bunga kangkung untuk kegunaan harian. Biarlah orang kata taste nenek-nenek makcik-makcik pun. Haha biarpun umur saya 34 tahun. Pinggan ni baru lepas dicuci area sinki.”-
Mengulas lanjut posting berkenaan idea untuk menggunakan pinggan mangkuk yang penuh nostalgia ini, nyata Puan Nora Sheka, ada cerita menariknya.
Mulanya saya saja suka tengok post-post di fb dan ig ada hidang makanan pakai pinggan tu. Macam menarik nampaknya. Jadi itu yang tiba-tiba timbul idea untuk memiliki pinggan-pinggan lama ni walaupun saya sebenarnya bukanlah collector barang-barang lama pun.
Jadi saya beli daripada orang kampung, semuanya baru ada ada 21 pcs dan saya beli dengan harga RM170 macam tu la….
Apa yang ingin saya kongsikan, bila kita menggunakan pinggan-pinggan lama dengan corak bunga kangkung ni, jujur saya katakan saya dapat rasakan seakan sedang makan di kampung. Terus teringat nostalgia dulu-dulu, kiranya lagi berselera lah saya makan guna pinggan tu. Komen anak dan suami pula, mereka suka lihat bila makanan dihidang dalam pinggan bercorak klasik seperti itu, katanya pinggan-pinggan tersebut nampak cantik di meja makan.
Lima tahun lalu, pasangan sama cantik sama padan ini hanya beraya berdua di pagi Syawal. Begitu rutin setiap tahun yang dilalui oleh pasangan usahawan berjaya, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim ini. Sunyi tanpa insan bergelar anak.
Tapi itu dulu. Kini Fizo dan Mawar mengakui berdebar menantikan Syawal nan mulia. Kehadiran Wan Maryam Binti Wan Hafizol, cinta hati yang baru berusia 5 bulan ini nyata menyempurnakan kehidupan pasangan ini.
Wan Maryam yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 ternyata merubah kehidupan Fizo dan Mawar. Sekaligus membawa status baru bagi mereka, bergelar mommy dan daddy.
Kata Fizo, raya kali ini cukup berbeza.
“Kalau cerita pasal raya, memang kali ni raya yang cukup bermakna buat saya dan Mawar kerana ada Maryam. Pun begitu yang jadi masalahnya kerana saya dan Mawar makin sukar nak buat keputusan beraya di mana pada pagi raya.
Kedua-dua keluarga, baik di Penang dan Kelantan minta untuk kami beraya bersama-sama mereka. Semuanya kerana Maryam. Mahu Maryam ada bersama-sama mereka di pagi raya. Pening juga dibuatnya.
Bagi saya dan Mawar, kami tidak kisah beraya di mana terlebih dahulu. Mungkin tahun ini kami akan beraya di Penang terlebih dahulu dan kemudian barulah pulang ke Kelantan.
Raya tanpa persalinan yang cantik dan baru memang tidak sah rasanya. Mawar pula teruja menyediakan beberapa persalinan buat keluarga kecilnya, lebih-lebih lagi semenjak Maryam hadir dalam hidup mereka.
“ Saya sudahpun mempersiapkan beberapa persalinan buat saya, suami dan anak. Memang teruja nak beraya bersama Maryam, lebih-lebih bila Maryam sudah ada koleksi sendiri iaitu Maryam Fareeda Kids. Jadi dapatlah melaram di hari raya nanti,” kata Mawar lagi.
Maryam Anak Yang Tak Meragam
Pengalaman mengandung dan melahirkan Maryam adalah satu anugerah terindah dalam hidup semua wanita. Begitu juga yang dilalui oleh Mawar.
Perjalanan kisahnya demi mendapatkan Maryam bukanlah mudah. Pernah melalui titik suram bilamana terpaksa berdepan dengan masalah Endometriosis dan cyst pada tahap 3 yang dihidapinya di awal perkahwinan.
Namun kini berkat usaha dan kesungguhan mereka, Allah kurniakan Maryam sebagai pelengkap pasangan ini. Kini Maryam membesar dengan sihat seperti anak-anak lain.
Darah campuran Penang dan Kelantan ini cukup sempurna buat Maryam. Walaupun masih kecil namun kecantikan Maryam sudah jelas terlihat. Alis matanya cantik, secantik ibunya.
Pengalaman lima bulan menjaga dan membesarkan Maryam pastinya mencatatkan memori indah buat Mawar dan Fizo. Kedua-duanya menyifatkan Maryam sebagai anak yang cukup baik malah tidak pernah meragam.
“ Boleh dikatakan sekarang saya jarang menghadap telefon. Betullah orang kata bila dah ada anak benda lain pun sudah semakin tidak fokus. Anak jadi keutamaan saya setiap masa. Kalau boleh saya hendak menghadap Maryam sahaja,” kata Mawar lagi.
Memilih untuk menyusukan badan secara eksklusif buat Maryam, Mawar bangga dapat melakukan sedemikian dan ini merupakan yang diidam-idamkannya sejak dulu.
“ Walaupun terpaksa berjaga setiap malam dan mengepam susu setiap dua jam namun saya puas hati malah rasa bangga dapat buat yang terbaik buat Maryam,” katanya lagi yang sudah pun mengeluarkan produk jenama Maryam Fareeda Kids.
Bagi Fizo pula, Maryam merupakan anak yang jarang meragam.
“ Kalau demam pun dia tak merengek dan meragam. Malah kalau tengah malam minta susu pun dia tak menangis. Cemas juga ketika Maryam pertama kali demam dan dimasukkan ke wad seminggu tapi alhamdulillah dia anak yang kuat dan makin pulih. Kini Maryam dan pandai ketawa dan sudahpun mula meniarap pada awal Mei lalu,” kata Fizo lagi berkongsi gembira.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malaysia mencipta sejarah di Olimpik Matematik Antarabangsa 2026 apabila menembusi kelompok 20 terbaik dunia dengan satu pingat emas, tiga perak, satu gangsa serta rekod baharu 142 mata.