Ada orang kata makan nasi lemak rahsia kesedapannya terletak pada lemaknya rasa nasi tersebut, ada juga yang beranggapan nasi lemak paling sedap terletak pada rasa sambalnya.
Tapi tak kurang juga mengatakan makan nasi lemak tak sempurna kalau tidak dihidangkan bersama ikan bilis yang digoreng rangup.
Oleh itu, di sini dikongsikan petua untuk dapatkan hasil gorengan ikan bilis yang rangup malah boleh tahan lama.
Jom semak!
Petua Ikan Bilis Goreng Lebih Rangup
Ikan bilis yang digoreng garing memang sedap dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah uols cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Cuka makan
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis uols akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.
Jemu asyik makan nasi aje, apa kata cuba masakan ini. Cara nak buat pun mudah. Hanya menggunakan mee dan sup perisa pedas memang membuatkan selera bertambah.
Ikuti perkongsian oleh Puan Zurina Zulkefli ada berkongsikan satu resipi Mi Sup Pedas Cina atau nama betul masakan ini adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup (Suan La Fen).
Katanya resipi itu apabila suami ingin makan macam dalam mukbang Cina. Cara membuatnya sangat mudah, biasanya bahan pun ada kat dapur saja.
Ikuti resipi ini.
Resipi Mi Sup pedas cina
Bahan utama:
Minyak cili
Air rebusan stok ayam
Mi kanji Ubi (sweet potato noodle)
Telur rebus
Cara-cara:
1. Untuk menyediakan minyak cili, sediakan satu mangkuk kecil. Masukkan 1 sudu cili flakes, 2 ulas bawang putih dicincang halus, 1 sudu kecil biji bijan, 4 sudu besar kicap cair dan sedikit garam. Gaulkan semua bahan tersebut.
2. Kemudian, panaskan 3 sudu besar minyak masak/minyak bungamatahari/ minyak bijan. Kemudian terus tuangkan minyak tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi. Kacau rata dan ketepikan.
3. Rebus mi kanji ubi selama 10 minit untuk dapatkan tekstur yang betul-betul lembut. Toskan dan letak dalam mangkuk.
4. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.
5. Tuangkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je.
Menikmati keenakan masakan berasaskan daging korban tentunya pelbagai menu boleh disediakan. Salah satunya yang menjadi kegemaran ramai dan sangat istimewa untuk dinikmati di Hari Raya Haji ini tentulah Rendang Daging.
Jadi tidak salah kiranya kita sediakan menu rendang power ni yang dikongsikan oleh Puan Zaimah.
Menu yang disediakan nampak begitu menyelerakan dan ini dikongsikan resipi untuk menyediakannya.
Rendang Daging Power
Bahan
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.. api slow je
-kisar kering sampai halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bawang merah kecik*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 batang serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)
Cara Penyediaan:
-kisar bahan-bahan bertanda *
-tumis bahan-bahan kisar sampai garing@pecah minyak
-masukkan rempah yang dikisar halus tadi..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan masak sampai pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dengan garam.. saya tak suka rendang yang manis, kalau suka manis nak letak gula pun boleh
-saya buat banyak rendang ni.. boleh frozen kan.. in case ada tetamu datang mengejut boleh pergi cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan?
*rendang saya tak ada lengkuas.. kalau nak tambah boleh jer, selera masing-masing.