
Jemu asyik makan nasi aje, apa kata cuba masakan ini. Cara nak buat pun mudah. Hanya menggunakan mee dan sup perisa pedas memang membuatkan selera bertambah.
Ikuti perkongsian oleh Puan Zurina Zulkefli ada berkongsikan satu resipi Mi Sup Pedas Cina atau nama betul masakan ini adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup (Suan La Fen).
Katanya resipi itu apabila suami ingin makan macam dalam mukbang Cina. Cara membuatnya sangat mudah, biasanya bahan pun ada kat dapur saja.
Ikuti resipi ini.
Resipi Mi Sup pedas cina
Bahan utama:
Minyak cili
Air rebusan stok ayam
Mi kanji Ubi (sweet potato noodle)
Telur rebus
Cara-cara:
1. Untuk menyediakan minyak cili, sediakan satu mangkuk kecil. Masukkan 1 sudu cili flakes, 2 ulas bawang putih dicincang halus, 1 sudu kecil biji bijan, 4 sudu besar kicap cair dan sedikit garam. Gaulkan semua bahan tersebut.
2. Kemudian, panaskan 3 sudu besar minyak masak/minyak bungamatahari/ minyak bijan. Kemudian terus tuangkan minyak tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi. Kacau rata dan ketepikan.

3. Rebus mi kanji ubi selama 10 minit untuk dapatkan tekstur yang betul-betul lembut. Toskan dan letak dalam mangkuk.

4. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.

5. Tuangkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je.

6.Siap

7. Taburkan sedikit hirisan daun bawang.

9. Masukkan juga telur rebus.


Sumber: Zurina Zulkefli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mitos Kanser, Dr Ni Listkan Paling Popular & Jelaskan Faktanya Agar Ramai Yang Faham. Kena Ambil Tahu Untuk Kesihatan Keluarga!

Apabila terbaca tentang penyakit kanser di media sosial, macam-macam fakta yang kita dapat. Bahkan ada sesetengahnya boleh bercakap hal penyakit ini lagaknya mengalahkan seorang doktor, serba serbi tahu.
Pun begitu, hakikatnya tidak semua yang dikongsikan itu fakta dan senario ini telah memberi reaksi untuk Dr Hana Hadzrami memberi penerangan tepat sekali gus mengelakkan daripada salah faham antara kita tentang kanser berterusan.
Ini perkongsiannya:
SALAH FAHAM KANSER
Disebabkan banyak sangat salah faham mengenai penyebab kanser sampai tak larat nak jawab satu persatu; saya senaraikan di sini MITOS KANSER paling popular.

1. Adakah kanser suatu hukuman mati?
Jawapannya tidak. Di negara moden, kadar kematian disebabkan kanser semakin menurun. Hanya di Malaysia ia semakin bertambah. Bukan kerana kanser kita lebih ganas, tetapi rakyat kita kurang peka dengan saringan kanser, suka melambatkan rawatan dan percaya kepada rawatan tradisi dan alternatif.
2. Adakah saya akan dapat kanser sekiranya ahli keluarga saya ada sejarah kanser?
Tak semestinya. Kanser disebabkan mutasi sel bukan disebabkan keturunan. Hanya 5-10% mutasi genetik saja yang boleh diwarisi. 90-95% lagi berlaku secara spontan.
3. Jika keluarga saya tiada sejarah kanser, adakah saya bebas kanser?
Tidak. 38% peratus manusia akan mendapat kanser semasa hayat mereka.
4. Adakah kanser boleh berjangkit?
Tidak. Namun penyebab kanser seperti bakteria H.pylori dan virus HPV boleh berjangkit.

5. Adakah prosedur biopsi menyebabkan kanser bertambah besar?
Tidak. Jika bertambah besar, adalah disebabkan sifat kanser itu sendiri yang agresif.
6. Adakah gula menyebabkan kanser?
Tidak. Walaupun pengambilan gula yang tinggi menyebabkan masalah kesihatan, gula tidak menyebabkan kanser.
7. Adakah gula menyebabkan kanser bertambah teruk?
Tidak. Ambillah makanan seimbang seperti biasa.
8. Adakah pemanis makanan menyebabkan kanser?
Tidak.
9. Adakah radiasi dari telefon bimbit, televisyen dan ketuhar gelombang mikro menyebabkan kanser?
Tidak.
10. Adakah penggunaan deodoran menyebabkan kanser?
Tidak. Kanser tidak memilih ketiak wangi atau busuk.
11. Adakah penggunaan pewarna rambut dirumah menyebabkan kanser?
Tidak. Kanser tidak memilih rambut berwarna atau beruban.
12. Adakah tampalan gigi amalgam menyebabkan kanser?
Tidak. Jenis tampalan dan kuantiti yang digunakan dalam pergigian adalah selamat.
13. Adakah fluorida dalam air dan ubat gigi menyebabkan kanser?
Tidak.

14. Adakah bedak talkum menyebabkan kanser?
Tidak. Walaupun penggunaan bedak talkum pada lampin bayi tak digalakkan kerana mengundang bakteria, tiada bukti kukuh ia menyebabkan kanser.
Harap tiada lagilah mitos bertebaran di media sosial selepas ini.
sumber : Hana Hadzrami
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Bukan Sebab Orang Ketiga, Tapi Tiada Tolak Ansur & Saling Membantu.” Elak Cerai Kerana Isu Remeh, Ini Teguran Peguam Syarie Buat Suami Isteri .

Sejak dulu lagi, kita disogokkan dengan ingatan anak lelaki tidak perlu membuat kerja rumah. Sebaliknya segala urusan termasuklah memasak, mencuci, mengemas, menjaga anak, merapi dan sebagainya adalah kerja kerja orang perempuan.
Didikan tersebut terbawa-bawa sehingga anak lelaki meningkat dewasa dan mendirikan rumah tangga. Maka, segala tugasan rumah adalah di bawah tanggung jawab sang isteri. Sepatutnya segala urusan rumah tangga memerlukan kerjasama dua pihak. Lebih-lebih lagi jika sang isteri juga bekerja.

Justeru, didikan atau parenting oleh ibu bapa zaman sekarang perlu memastikan anak lelaki juga melakukan kerja ini dari kecil, bukan bertujuan untuk lepas tangan, tetapi dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran mereka akan bebanan ini untuk bakal isteri mereka di masa hadapan.
Ada ketikanya, akan berlaku perbalahan yang akhirnya membawa kepada perceraian. Lebih-lebih lagi jika masing-masing ego dan enggan bertolak ansur. Perkongsian Peguam Syarie bernama Azliana Adnan mungkin boleh membuka mata pada suami isteri supaya mengelakkan penceraian timbul hanya kerana hal yang remeh temeh.

Pagi ini salah satu berita utama ialah kes seorang peguam syarie mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya. Beliau telah memfailkan tuntutan kembali taat. Semasa prosiding, seperti yang dilaporkan oleh wartawan:
“Bukan sahaja baju dan seluar plaintif tidak diuruskan defendan, malah pakaian anak- anak dibiarkan berlonggok tanpa dilipat. Defendan juga tidak mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan dan dibiarkan di dalam sinki,” katanya.
Isu-isu seperti ini ditimbulkan. Sebenarnya sepanjang menjadi pengamal undang-undang, saya nampak banyak lagi alasan-alasan yang tidak munasabah, isu kecil dibesarkan yang dikemukakan oleh pihak suami atau isteri.

Dalam kes ini, Isteri beliau juga bekerja. Maknanya turut menyumbang kepada pendapatan keluarga. Isteri yang bekerja sudah tentu penat. Balik dari pejabat, di rumah kena lagi bekerja iaitu membasuh baju, mengosok baju, memasak, membasuh pinggan, menjaga anak dan menjaga suami yang memerlukan perhatian lebih dari anak.
Jadi bilakah masa isteri yang bekerja boleh rehat? Adakah membasuh baju mengosok baju memasak membasuh pinggan, vacuum rumah, menyapu, menukar lampin bayi, memandikan bayi dll hanya tugas seorang isteri? Dimanakah suami? Bekerja? Tapi isteri juga turut bekerja.
Perkahwinan adalah satu perkongsian untuk memperoleh Sakinah iaitu ketenangan, mawaddah iaitu kasih sayang dan warrahmah iaitu mesti ada belas ihsan. Jadi dalam perkahwinan harus ada persefahaman antara suami isteri terutama kepada isteri yang bekerja dan tidak mempunyai pembantu di rumah. Suami lah harus bantu isteri di rumah.
Kebanyakan masyarakat merasakan kerja rumah adalah tugas isteri. Rasulullah SAW juga kerap membantu isteri-isteri baginda didapur, pernah menjahit sendiri pakaian baginda yang koyak. Inilah contoh terbaik.

Jika isteri memasak, suami boleh membantu membasuh pinggan kotor. Jika isteri membasuh baju, suami boleh membantu mengosok baju. Jika isteri penat berjaga malam menjaga anak, suami boleh bangun pagi, siapkan anak-anak dan buat breakfast. Inilah konsep saling bantu membantu yang suami isteri perlu faham dan hadam.
Masalah rumahtangga melanda semua orang tidak kira miskin kaya tua muda, doktor, kerani, pilot, guru dan lain-lain. Peguam pun ada mempunyai masalah. Ini adalah salah satu dugaan dan ujian. Sebab itu dalam perkahwinan kena sentiasa bertolak ansur. Tapi jangan sampai menindas pasangan kita dari segi emosi dan fizikal. Punca utama perceraian bukan kerana orang ketiga, punca adalah sebab di atas iaitu tiada konsep bertolak ansur dan saling bantu-membantu. Dari situ baru muncul pihak ketiga.
Sumber: FB Azliana Adnan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak Santan Beku Cantik & Tak Berketul, Lepas Nyahbeku Letak Air Panas & Blend. Mudah & Jimat!

Pernah tak guna santan dalam kotak, tak habis digunakan pasti Kita simpan dalam peti sejuk terutama dibahagian beku kan.
Tapi sayangnya bila nak guna, nampak berketul- ketul bila dinyahbeku. Bukan itu je, kuah makanan juga nampak tak cantik. Seolah-olah santan tersebut sudah rosak.

Rupa-rupanya is bukanlah rosak malah boleh digunapakai dalam masakan selagi tidak masam, berbau atau basi.
Bagi mengatasi masalah ini, apa kata Cuba tip yang dikongsikan menerusi video TikTok Wan Norhasni Wan Han ini. Petua wanita ini membantu bagaimana nak pastikan supaya santan jadi elok cantik tak berketul-ketul.
Tip elak santan berketul:
1. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ia dinyahbeku seketika.

2.Kacau rata, bau dan pastikan ia masih elok tak masam atau basi.

3. Masukkan ke dalam bekas blender dan masukkan sedikit air panas.

4. Kisar halus seperti biasa.

5. Inilah hasilnya, sntan kembali cantik dan halus.

6. Bolehlah dimasukkan ke dalam kuah seperti biasa.


@one_niey1 Reply to @halimatunsadiah08 sayang kalau buang.. 🤭 senang je, nk guna blik, just ltk air pnas dn blend. #tipsdapur #masukberanda #fyp #myfoodie #tips ♬ original sound – Waw4nn_
Selamat mencuba!
Sumber: Wan Norhasni
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

