Bila dengar muflis atau bankrup ini memang ramai yang takut. Muflis ini boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya penggunaan kad kreadit, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pelbagai lagi  yang akhirnya tidak mampu untuk membayar balik pada bank.

Umumnya, muflis boleh diisytiharkan bila anda tak boleh bayar hutang lebih RM50,000 selama 6 bulan berturut-turut!

Tapi, kadang-kadang ramai orang menjadi muflis bukan disebabkan tak nak bayar. Cuma telah menjadi mangsa akibat terlalu baik membantu ahli keluarga sendiri dengan membuat pelbagai jenis pinjaman dengan harapan ahli keluarga yang dibantu akan membayar balik wang yang diberikan.

Ini sebagaimana menurut perkongsian daripada Dr. Azizul Azli Ahmad, telah banyak kes yang ditemuinya ada yang membantu keluarga hingga jadi susah.

Yang beri pinjam niatnya sangat luhur nak bantu keluarga dan ibubapa. Tak semua orang berfikir baik seperti kita.

Yang meminjam tahu, kalau tak bayar pun dia ‘tetap kakak dan abang aku’. Peduli apa. Lebih pedih yang beri pinjam dituduh anak derhaka bila mintak hutang lama, “anak tak kenang budi dan bantu keluarga”

“Ayat ayat pedih, “Dengan adik pun nak berkira”, “Sikit saja pun”, “Alah dah senang bukan boleh tumpang”, “Semua orang buat loan ok saja”.

JANGAN JADI BAIK HINGGA MUFLIS?

“Bantu Keluarga Jangan Sampai Jadi Muflis…”- Dr Ni Beri Pesan Agar Beringat Sebab Banyak Dah Berlaku!
Gambar hiasan

Mereka tak tahu siksa membayar hutang ini dan malunya meminta. Cadangan saya, jangan sesekali buat hutang untuk bantu orang. Bantu ikut duit yang ada dalam tangan.

Jika segan dan malu dengan keluarga sendiri, belajar kata TIDAK dan cipta alasan. Orang belum kena mereka tak ada perasaan.

IKLAN

Bab duit tiada istilah ihsan dan kesian. Jika nak beri juga anggaplah sedekah dan jumlah yang kita rasa jika tak bayar kita boleh halalkan sahaja.

“Bantu Keluarga Jangan Sampai Jadi Muflis…”- Dr Ni Beri Pesan Agar Beringat Sebab Banyak Dah Berlaku!

Mak, ayah, keluarga dan saudara mara, janganlah ambil kesempatan atas kebaikan anak anak kita. Mereka teruja nak berbakti, kita tekan buat hutang agar mereka cepat ‘mati’. Zalimnya kita ibubapa.

Jangan mudah simpati, belajar lindungi diri. Bila dah jadi nak menangis tak guna lagi. Biar orang kata derhaka, kedekut, keras hati janji tak ada hutang peribadi

Abah Qilah
Pesan buat adik adik kita

Sumber : Azizul Azli Ahmad

IKLAN

ARTIKEL MENARIK:Cara Mudah Menabung Di Maybank2U, Sampai Masa ‘Matang’ Sedar-Sedar Duit Sudah Banyak Dalam Akaun!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

“Bantu Keluarga Jangan Sampai Jadi Muflis…”- Dr Ni Beri Pesan Agar Beringat Sebab Banyak Dah Berlaku!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN

“Bantu Keluarga Jangan Sampai Jadi Muflis…”- Dr Ni Beri Pesan Agar Beringat Sebab Banyak Dah Berlaku!

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI