Ayam antara bahan utama yang popular dalam masakan seharian.
Sebut sahaja di kedai makan atau restoran mana, pasti ada lauk berasaskan sumber protein ini dihidangkan.
Rasa ayam yang lembut kenyal sangat menepati citarasa ramai orang terutama kanak-kanak.
Menarik dengan perkongsian ini, boleh cuba resipi ini.
Penangan Ayam 0.99 sen di Maidin. Ubah menu rimau menangis kepada ayam menangis. Boleh la anak-anak makan drumstick dengan kepuasan yang nyata sini Zu share resepi ye. Mudah je. Janji rajin.
Bahan Perap -1 labu Bawang putih- ditumbuk -sekeping nisan (gula melaka)- di tumbuk -2 inci halia -3 sudu sos tiram -gula, garam secukupnya ..gaul kesemuanya pada ayam dan Perap beberapa jam * zu bakar dlm kuali leper dessini je…boleh try gune pemanggang ajaib,oven atau AF
Ads
Bahan Sos -4 ulas bawang putih-di tumbuk -5 biji cili Padi -di tumbuk -2 ulas bawang merah-di gurus -daun ketumbar -Sos Sotong -sepotong limau nipis -sedikit sos tiram -1/2 kpg nisan (gula melaka) -sedikit gula dan garam Satukan Kesemua bahan dlm bekas..kacau dan rasa mengikut selera. Siap. Selamat mencuba semua.
Ibu-ibu dah fikir ke menu apa untuk berbuka petang nanti. Kalau masih belum dapat idea mungkin boleh cuba resipi Ayam Kam Heong ini. Menu yang cukup popular kalau berkunjung ke Restoran Chinese Muslim dan sedap pula tu.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ameera ini. Pasti membuka selera seisi keluarga petang nanti.
Ayam masak Kam heong. Mudah dan sangat sedap. Tidak perlukan bahan yang banyak. Cara dan bahan ada disetiap gambar. Selamat mencuba korang. Sedap dan sungguh menyelerakan. Tambah 3 kali tanpa belas kasihan.
Bahan-bahan:
Ayam
2 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
5 Tangkai daun kari
3 Biji cili padi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
2 sudu Serbuk kari
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
gula, garam secukup rasa
Cara membuat:
Panaskan minyak, Ayam digoreng terlebih dahulu. Letak garam dan kunyit.
Pakai minyak goreng ayam tadi je. Jika banyak buang sikit, tumiskan bawang besar 2 biji, bawang putih 5 ulas, daun kari 5 tangkai, tumiskan semua bahan tu.
Dah agak masak bawang tu terus masukkan rempah ayam 2 sudu makan. Ibu pilih rempah kari adabi. Tumis sehingga pecah minyak.
Dah pecah minyak, ambil cili padi 3 biji belah 2. Nak pedas lagi letak lebih. Sukati kauorang ok!
Cili sos ibu tonggeng gitu je. Sukatan 2 sudu makan.
Sos tiram juga 2 sudu makan.
Kicap agak agak je. Tapi lebih tepat 1 sudu makan dah cukup. Kicap manis tau! Gaul rata. Api jangan kuat, api perlahan sahaja.
Last sekali masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata satukan mereka semua didalam satu team supaya mereka tidak lupa diri. Sungguh!
Kehidupan ini penuh cabaran sebelum menumpuh kejayaan yang diidamkan. Selain doa, keberkatan hidup juga mempengaruhi sesuatu pencapaian itu.
Begitu juga jika berbuat baik dengan ibu bapa, rajin bersedekah dan mengembirakan ahli keluarga tanpa berkira. Ini adalah antara penyebabkan rezeki itu melimpah ruah. Apa yang dibuat, pasti menjadi.
Begitulah yang dikongsi oleh wanita ini menerusi facebooknya, Siti Suryani Yaakop mengenai sikap adik iparnya yang bersikap tidak berkira dalam semua hal walaupun menghadapi dugaan dalam mengejar impainnya. Namun dia tidak pernah culas untuk berbakti kepada ahli keluarga.
Kisah ini bukan untuk mendabik dada, namun secara tersirat ia mendidik naluri bahawa memuliakan ahli keluarga itulah menjadikan segala urusan menjadi lebih mudah dan diberkati.
Ikuti perkongsian ini. Moga muhasabah diri.
Adik ipar saya. Dengan laki dia. Laki dia adik lelaki saya lah. Masa PKP ni dia struggle teruk sebab bisnes tadika dia tak boleh jalan. Mana nak bayar pengasuh. Mana nak bayar sewa. Mana nak bayar bil semua. Tapi tak pernah satu hari saya dengar dia merungut susah.
Dia mulakan langkah cari duit nak cover segala benda tu dengan buat live jual beg. Beg tangan. MasyaAllah. Banyak orang order. Saya ingat dulu kalau pergi rumah dia, nak tidur kena duduk. Penuh beg dalam rumah.
Oleh sebab banyak sangat post di JNT, dapat la jadi customer VIP. Dapat beg, plastik, resit, mesin. Dah asyik muka dia je post kat JNT tu, rezeki lain pulak datang.
Owner JNT tu ajak dia share. Bila nampak benda tu jadi, sekarang dia nak bukak dah JNT sendiri.
Saya belajar satu benda dari dia. Berani. Dan tak tunggu. Nak buat, buat je. Tapi sungguh. Apa yang dia buat sentiasa menjadi.
Nak kata pergi kursus motivasi jerit-jerit ‘Saya berjaya!’, Saya cemerlang!’. Takda. Nak kata pergi kursus kesedaran nangis-nangis dan tepuk bahu orang sebelah yang entah siapa kita pun tak kenal. Takda.
Nak kata pergi bayar 3-4 ribu panggil coach latih dia berniaga. Takda. Nak kata berkawan dengan circle-circle bisnes belaka. Takda. Kawan dia adik saya tu je lah ke mana-mana. Hari minggu tak saya ke sana, dia ke sini. Begitu je.
Tak Berkira rahsia rezeki melimpah ruah.
Tapi tiga benda saya lihat pada dia.
Pertama. Dia taat pada adik saya. Tak pernah tinggi suara. Tak pernah kata apa. Tak pernah minta apa. A adik saya kata, A lah kata dia. Sibuk buka JNT ni sorang-sorang sebab adik saya kena operasi, pun takda membebel apa.
Kedua. Dia sangat taat pada mak ayah. Mak ayah dia. Dan mak ayah saya. Mak saya sekarang tinggal di rumah dia. Mak nak makan apa. Sedia. Mak order apa. Ada. Tak banyak gaduh. Diam tak bunyi apa.
Ketiga. Dia suka belanja adik beradik. Belanja anak sedara. Kalau datang takda lauk udang, tak sah.”Ni Maya suka ni”, dia ingat. Sikit tak kedekut. Hari jadi siapa pun semua dia akan sibuk nak rai.
Saya kira begitulah hidup ni. Kadang bukan benda teknikal sangat yang buat kita berjaya. Buat ni jadi ni. Buat tu jadi tu. Tapi benda paling penting dalam hidup ialah…keberkatan. Suami. Mak ayah. Adik beradik.
Buat baik dan menyenangkan hati orang terutama kaum keluarga sendiri, sungguh Tuhan janji. DIA akan balas kembali. Lepas tu jangan merungut. Jangan salahkan apa-apa. Dan sesiapa. Jalan terus. Dia mengajar saya jadi kuat. Dan ikhlas.
Esok JNT dia dah nak launch. Saya doakan JNT dia boleh buka banyak cawangan. Dan diberikan dia seterusnya kejayaan. Dunia akhirat.
Cuti-cuti ni boleh lah cuba masakan baru untuk keluarga. Salah satunya boleh cuba resipi yang popular di kalangan orang pantai timur.
Resipi Laksam yang mudah dibuat ini hanya menggunakan sukatan cawan ajer. Kuah pun pekat. Tentu anak—anak dan suami suka. Boleh cuba resipi ni yang dikongsi oleh Wan Muhammad Hafiz Satar.
Ikuti perkongsian ini.
Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.
Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.
Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung.
Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.
Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.
Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.
Bahan Kuah
1 kg ikan – rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btg serai – ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula.
Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.