Komuni kasi satu hala boleh menyebabkan anak-anak tidak mendengar apa yang cuba kita sampaikan; begitu juga sebaliknya sehinggakan memberi kesan dalam hubungan antara ayah dan anak.
Jika tidak mahu anak tersalah langkah, waktu kecil lagi mereka perlu dididik dengan baik. Dan disitulah peranan si ayah yang cukup penting.
Peranan komunikasi di dalam sesebuah keluarga penting terutama dalam mencorak emosi dan juga tingkah laku anak-anak. Perkongsian lelaki ini sangat bermanfaat untuk semua!
Menarik sungguh perkongsian Ahmad Luqman Bukharitentang skil komunikasi ayah dan anak dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Rupanya ramai yang tak sedar betapa komunikasi antara anak dan ayah itu cukup penting. Terutama sekali dalam memberi kesan kepada emosi serta tingkah laku anak-anak.
Mengambil teknik dan kaedah yang dipraktikkan oleh Nabi Ibrahim dalam membesarkan anaknya Nabi Ismail.
Ads
Pendekatan yang digunakan oleh Nabi Ibrahim patut dicontohi. Bagaimana setiap kali menasihati anaknya, nabi Ibrahim menggunakan perkataan yang penuh dengan ungkapan kasih sayang.
Malah ada kajian yang mengatakan, ayah yang supportive, penyayang dan caring memberi kesan pada emosi, pencapaian anak-anak
Ads
Menggunakan panggilan yang baik-baik serta eye contact bila bercakap dengan anak-anak antara kaeadh terbaik dalam komunikasi antara ayah dan anak.
Luangkan masa untuk anak-anak meluahkan dan memberi pendapat mereka. Skill kunikasi yang baik adalah secara face to face membolehkan anak-anak belajar skil bertutur dengan lebih baik.
Saya juga berkongsi ilmu kekeluargaan dan kesihatan kanak-kanak di Channel Telegram 👉🏻 https://t.me/NotaRedzaZainol
Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi sepotong video yang memperlihatkan dia berada di kota Paris.
Semuanya untuk membeli barangan keperluan bayi bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.
Tambah Intan lagi, kunjungannya ke Paris merupakan persiapan akhir buat bayinya yang merupakan seorang bayi perempuan.
“It’s a hot chocolate and shopping day for my baby girl.
Menerusi video pendek yang dikongsikan itu, dapat dilihat, Intan bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman berada di sebuah pusat beli belah dan sedang memilih pakaian buat bayi perempuan yang bakal dilahirkan kelak.
Intan turut memilih sehelai baju berwarna merah jambu yang cukup cantik serta beberapa aksesori dan mainan buat bayinya nanti.
Intan sebelum itu dilihat menghabiskan masa dan bersantai bersama suami bagi menikmati secawan air coklat. Memang mengujakan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menumpang gembira melihat kehidupan Intan bersama suami malah tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung mereka.
Warganet turut mendoakan kelahiran cahaya mata yang dinantikan semua itu dipermudahkan sehingga melahirkan kelak.
Terdahulu, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah yang terletak di Johor.
Di dalam hidup ini Allah sayangkan kita, jadi apa yang berlaku kerana Allah sayang. Masing-masing punya ujian yang berat. Namun di sebalik semua itu, jawapannya hanya satu, kerana Allah sayang.
Demikian dengan apa yang berlaku kepada dua pasangan ini. Pernah terpalit kontroversi suatu ketika dahulu, namun aturan Allah tiada siapa boleh menduga. Kini mereka bersatu dan hidup dalam suasana harmoni.
Malah, dua buah keluarga ini juga cukup dikagumi akan hubungan baik antara mereka. Biarpun Norman Hakim dan Abby Abadi suatu ketika dahulu bergelar suami isteri dan kemudiannya berpisah. Lalu masing-masing bertemu dengan pasangan baru, namun hubungan mereka masih baik.
Tidak hairanlah banyak aktiviti dan program yang mereka lakukan bersama baik menonton wayang, menyambut kelahiran anak dan semalam keluarga besar ini telah bercuti bersama.
Ukhwah antara mereka sangat kukuh dan keharmonian hubungan cukup manis dan sejuk mata memandang.
Usah dikenang
Melihat keakraban Abby dan Memey bagaikan adik beradik, pastinya hubungan istimewa ini sungguh istimewa hubungan ini tanpa ada rasa prejudis kisah lalu. Gelak ketawa yang dipaparkan sudah jelas memaparkan hubungan mesra tanpa sempadan.
“Yang berlalu biarkan berlalu. Dah habis dah episod tu. Rasanya lama sangat dah berlalu. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Menuju masa depan depan yang lebih baik untuk kami dan anak-anak. Banyak perkara lain yang harus difikirkan daripada perasaan,” jelas Abby sambil ketawa.
Suami role model
Mengulas mengenai jalinan hubungan baik antara mereka, Memey Suhaiza mengakui mereka semua memainkan peranan masing-masing. Paling utama adalah demi kebaikan anak-anak.
“Semua yang berlaku ada hikmah dan dalam apa yang kami lakukan semuanya adalah demi pembesaran anak-anak memandangkan mereka masih kecil waktu itu. Saya sendiri memang dibesarkan dalam keluarga yang penuh penuh kasih sayang. Jadi, saya mahu perkara sama untuk anak-anak. Tak sangka ukhwah antara kami makin berkembang dan walaupun anak-anak sudah besar, hubungan kami makin erat. Semuanya berjalan lancar selain komunikasi antara kami juga baik.
“Yang kami titikberatkan adalah mahu bahagia sama-sama dan sebab itu kami sepakat. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini nikmat yang saya peroleh dan berpeluang berada di dalam keluarga yang banyak sangat kasih sayang.
“Saya tahu orang diluar sana tahu kisah kami dan ramai yang tanya macam mana boleh baik dan bahagia macam ni. Semua yang berlaku sudah ditentukan oleh Allah dan kerana itu, bila orang tanya macam mana kami boleh serapat seperti sekarang, saya tak tahu nak cakap macam mana.
“Saya masih ingat satu momen, ketika itu kami tidak sebaik ini, kak Abby jumpa dan dia cakap kalau sayangkan suami pakai tudung. Waktu itu kami jumpa, bersalaman dan kak Abby peluk saya. Waktu itu kami tak pernah bertegur dan membawa haluan masing-masing. Teguran itu memberi kesan kerana suami saya sendiri sebelum itu beri kelonggaran dan tak memaksa. Sementelah ketika itu saya hanya fikir soal nak berlakon.
“Selepas ingatan kak Abby itu dan tak sangka ia beri kesan. Ditambah pula dengan suami juga selalu beri tunjuk ajar dan jadi role model buat saya. Bila tengok suami selalu solat awal waktu, malah solat dhuha dan tahajud jadi amalannya yang tidak pernah tinggal. Daripada situ jadi contoh dan buat saya sangat bersyukur kerana ini satu rahmat yang cukup besar untuk diri saya,” Ujar Memey yang membuka biacara awal tentang hubungan baik antara mereka sekeluarga.
Setiap orang ada ujian berbeza-beza, jadi dalam situasinya, akui isteri kesayangan Norman Hakim ini, dia sangat bersyukur kerana Allah sangat baik dengannya.
“Kak Abby sangat baik dan saya tak tahu nak cakap macam mana. Anugerah ini cukup indah buat saya. Malah, anak-anak tiri saya, Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 pun baik sangat,”ungkap ibu kepada Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim, 3 bulan.
Aktiviti bersama
Ditanya mengenai aktiviti yang selalu dilakukan bersama, akui Memey itu antara rutin yang dilakukan jika berkelapangan.
“Kalau sibuk akan buat haluan sendiri. Tetapi kami selalu berkomunikasi dan berjumpa. Jika ada masa kami akan berkunjung ke rumah masing-masing. Biasa kalau berkumpul memang kami akan makan-makan atau berborak dan ada masa pergi bercuti bersama. Itu sudah menjadi rutin dan rancang untuk bercuti hujung tahun nanti selepas anak-anak cuti sekolah nanti.
“Yang paling teruja dan gembira pastinya anak-anak apabila tahu kami rancang macam-macam untuk percutian ini. Selain itu, saya dan Kak Abby selalu bantu antara satu sama lain terutama dalam hal anak,” jelas Memey yang mengakui rindu dunia lakonan dan bakal muncul dalam drama bersiri tidak lama lagi.
Sumber: Majalah Keluarga November 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
1. Rebus air + halia dan daun pandan
2. Setelah mendidih tutup api. Masukkan air panas tadi ke dalam Jug or cawan..letak gula + uncang tea (seperti bancuh tea biasa).