Tak dinafikan ada diantara kita yang mempunyai masalah keputihan melampau tanpa dijangka. Sebenarnya untuk merawat masalah keputihan ini tidaklah sukar, hanya dengan pengambilan makanan tertentu, keputihan akan jadi semakin baik.
Jangan dibiarkan berlarutan. Salah satu caranya adalah dengan pengambilan bahan semulajadi. Makanan apa? Senarai jenis makanan ini boleh anda cuba.
1.Buah Delima
Akar, buah, kulit dan bunga delima mengandungi saponin dan flavonoid. Akar delima juga mengandungi polifenol, dan kulit, bunga dan buah juga mengandungi tanin. Inilah sebabnya mengapa buah delima digunakan secara meluas untuk mengurangkan keputihan secara semulajadi kerana bahannya berkesan sebagai pembunuh bakteria.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Rebus 30 gram kulit delima dengan 1 liter air hingga tinggal separuh air. Minum ketika air masih suam. Lakukan dua kali sehari.
2.Yogurt
Yogurt biasa tanpa perisa mengandungi kepekatan bakteria lactobacillus yang tinggi. Oleh itu, pengambilan yogurt boleh membantu mengekalkan pH yang seimbang di kawasan intim wanita. Selain itu, bakteria baik ini boleh memulihkan kawasan yang dijangkiti kulat atau bakteria yang menyebabkan keputihan, dan menjadikan persekitaran faraj “tidak mesra” kepada patogen.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Cuba pilih yogurt tanpa gula, terutamanya yogurt Greek. Ambil secara teratur setiap pagi.
Ads
3. Bawang putih
Bukan sahaja menjadi penambah aroma makanan, bawang putih juga boleh digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan keputihan secara semulajadi. Menurut kajian, kapsul suplemen bawang putih boleh digunakan sebagai pilihan untuk merawat keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Ambil suplemen bawang putih atau makan hidangan dengan perasa bawang putih setiap hari.
4.Kunyit
Kunyit juga mengandungi minyak pati, protein, karbohidrat dan kanji. Inilah sebabnya mengapa kunyit dipercayai berkesan sebagai cara semula jadi untuk merawat keputihan, haid tidak teratur, dan sakit perut semasa haid. Terdapat beberapa kajian yang mengatakan bahawa kunyit boleh mencegah jangkitan kuman dan digunakan apabila ada keputihan disebabkan oleh bakteria.
Ads
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Untuk merawat vaginosis bakteria (BV) serta kekeringan faraj, campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit (5 gram) dengan segelas susu suam. Minum semasa suam dan lakukan sekali sehari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
5.Cuka epal
Apabila mengalami keputihan, sangat penting untuk mengimbangi pH faraj. Jadi, pengambilan cuka cider epal boleh menjadi pilihan kerana ia mengandungi antiseptik dan asid yang cukup. Cuak epal boleh mengurangkan atau menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, serta meningkatkan kualiti asid dalam faraj.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Campurkan cuka epal dengan air di dalam tab. Kemudian, anda boleh berendam dalam larutan cuka selama lebih kurang 20 minit.
Anda boleh lihat keputihan semakin berkurangan apabila mengamalkan bahan-bahan ini secara konsisten!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Perkongsian yang cukup menarik dari DrRizal Abu Bakar untuk bacaan kaum wanita khususnya ibu-ibu yang memasak kat rumah tu dalam memilih peralatan dapur yang kita guna.
Hari ni seronok lain macam. Wok granite coated with ceramic dah sampai. Lama dok cari akhirnya bertemu juga di dunia online.
Kita mungkin tak perasan antara penyumbang toksid kepada makanan ialah peralatan dapur yang kita guna. Kita punyalah jaga bab makan minum. Tetapi terlepas bab kuali, periuk dan wok yang kita guna setiap hari.
Selalunya tradisional cookware macam wok, periuk dan kuali diletak teflon coating. Tujuan dia tak nak kasi melekat. Ada jenis cookware dari aluminium dan copper. Semua ini dedahkan kita pada bahaya sebab kemampuannya lepaskan bahan kimia yang dapat mengubah hormon kita.
Gambar sekadar hiasan
Saya ni bila nak beli peralatan cookware baharu mesti pening. Yang dijual selalunya non stick cookware. Saya memang akan elak beli non stick cookware sebab bahan kimia macam PFOA dan PTFE.
PFOA ni ialah “perfluorooctanoic acid”, sintetik ciptaan yang juga diguna untuk fabrik dan karpet kalis kotor. PFOA akan diserap ke dalam tubuh dan persekitaran kita. Itu yang bahayanya.
PFOA dikaitkan dengan gangguan kepada sistem endokrin dan risiko kepada kanser. Bukan itu sahaja. Ada penyakit lain lagi macam tinggi cholesterol, gangguan pada pundi kencing, kerosakan pada buah pinggang, kanser testicular pada lelaki, kerosakan liver dan darah tinggi.
Itu yang menakutkan. Macam silent killer tengah bekerja secara senyap. Kita ingat kita sihat. Tiba tiba diberitahu ada penyakit.
PTFE pula ialah for “polytetrafluoroethylene”, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan fluorine. Dia nilah bagi non stick tu. Bahayanya tidak jauh dari PFOA.
Gambar sekadar hiasan
Ada yang pilih guna copper cookware. Bahaya pada otak sebab copper toxicity.
Jadi nak selamat carilah cookware batu, berlian (haha kalau mampu), marble, Seramic, titanium, dan porcelain. Jenis jenis ini lebih selamat sebab selamat dari coating toksid dari teflon.
Granite cookware lebih selamat sebab dibuat dari batu dan disalut dengan seramik. Jadi bebas dari teflon, PFOA dan PFTE.
Untuk keselamatan kita kena tahu cara guna. Kena pastikan:
1. Kita panaskan pada api medium dan tinggi. Kaedah ini pastikan jangka hayatnya lebih panjang.
2. Sekiranya guna minyak, pastikan minyak yang sama diguna pada suhu medium dan tinggi ini. Jangan panaskan tanpa minyak.
3. Guna spatula kayu. Elakkan yang besi atau aluminium.
Kalau dah tercalar atas apa sebabkan pastikan wok kita campakkan dalam tong sampah. Memang mahal. Tapi kesihatan kita lebih mahal. Dan Cukai kesakitan itu lebih tinggi dan mahal lagi.
#DrRizal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang masalah atau penyakit kulit seperti kegatalan, dan lebih-lebih pada mereka yang mempunyai kulit sensetif, pasti kerap sahaja mengalami kegatalan kulit dan menyebabkan rasa tidak selesa.
Selain ada sapuan krim dan ubatan yang boleh diambil untuk redakan kegatalan tersebut, petua orang dulu-dulu juga tidak kurang hebatnya dalam meredakan kegatalan.
Bahkan, melihat pada penggunaan bahan alami dalam merawat kegatalan kulit tersebut juga amat mudah untuk diperolehi.
Nak tahu detail, ini petkongsiannya. Jom semak.
Petua Berkesan Hilangkan Penyakit Kulit Secara Tradisional
1. Gambir
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal.
2. Garam kasar
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang gatal. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi.
3. Tepung sagu & cuka
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal hilang dari tubuh anda.
4. Aloe vera
Pelbagai khasiatnya ditemui. Aloe vera kaya dengan bahan anti-keradangan dan penyembuhan selain dari memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal. Sekiranya anda mempunyai penyakit kulit dan kegatalan, sapukan gel aloe vera untuk kelegaan.
5. Kunyit
Mampu memulihkan pelbagai jenis masalah kulit dan salah satunya adalah psoriasis. Curcumin, sejenis bahan antioksida yang terdapat dalam kunyit, didapati boleh melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal serta mempercepatkan proses penyembuhan luka & gatal.
Ambil sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sireh serta air. Panaskan ramuan tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian gatal. InshaAllah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.
6. Daun kunyit, daun asam jawa & daun semalu
Ambil daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok semalu. Tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam. Kemudian disapu pada tempat gatal. InshaAllah.
7. Baking Soda
Campurkan 1 1/2 cawan baking soda ke dalam 12 liter air. Gunakan kain kapas yang bersih untuk menyapu campuran baking soda itu pada kulit yang gatal untuk kelegaan yang cepat.
Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula prang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.
Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.
Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.
Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.
Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan.
Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok , dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di