Setelah seharian di tempat kerja ditambah pula dengan pelbagai masalah, tentu sahaja saat pulang ke rumah merupakan perkara yang dinantikan oleh suami. Rasa lelah suami itu pasti terlerai apabila isteri menyambut kepulangannya dengan penuh kasih sayang.

Bagi suri rumah tangga ataupun isteri yang sering pulang awal berbanding suaminya boleh mengamalkan tujuh cara ini. Selain meleburkan kepenatan dan suami inginkan penghargaan atas usaha kerasnya di tempat kerja, tip ini juga boleh membuatkan suami rasa teruja untuk pulang awal bertemu orang yang dicintainya.

Apatah lagi cara-cara yang dinyatakan ini bukanlah sesukar mana untuk anda lakukan. Jika dimulakan dari awal rumah tangga, pasti ia akan menjadi satu kebiasaan dalam diri anda dan suami.

Cara Nak Sambut Suami Pulang Dari Kerja Yang Isteri Kena Tahu.Buatlah Makin Sayang

1. Tunjukkan rasa simpati kepada suami
Saat kepulangan suami, tunjukkan rasa simpati isteri dengan kepenatan yang suami rasai setelah seharian di tempat kerja. Bukan itu sahaja, anda juga harus memahami pelbagai kemungkinan yang suami alami di tempat kerja misalnya dimarahi ketua, dibebani dengan pelbagai tugasan, bertengkar dengan rakan sekerja dan sebagainya.
Jika anda memahami tanggungjawab suami dalam mencari sumber rezeki untuk keluarganya, pasti anda akan lebih menghargai kepulangan suami dan tahu saat suami sedang bersedih, marah atau gembira.

2. Menyediakan keperluan suami
Setiap suami tentu sahaja inginkan istirahat yang cukup sekembalinya dari tempat kerja. Sebagai isteri, anda tentu sahaja tahu apa yang diperlukan oleh suami kerana setiap orang berbeza-beza.
Ada suami yang inginkan secawan kopi atau teh panas sekembalinya dari kerja, tak kurang juga cukup dengan segelas air kosong sebagai pembasah tekak dan penyejuk hati. Jika perlu, anda juga boleh mengurut suami untuk meregangkan otot-ototnya.

3. Menjaga penampilan dan pakaian
Perkara ini memang kurang diperhatikan oleh isteri. Percayalah dengan menunjukkan penampilan yang menarik boleh mengubah mood suami menjadi lebih bersemangat semula.
Sebenarnya anda tidak perlu untuk bersolek mampan tetapi berusahalah untuk tampil menarik dengan memakai pakaian yang kemas dan badan tidak berbau sekembalinya suami dari tempat kerja. Pastikan juga rambut anda diikat rapi dan jangan dibiarkan berserabai seperti hantu Mak Limah.
Namun bagi yang tidak bekerja ambil kesempatan anda berada di rumah dengan menyiapkan diri anda sebaiknya. Berhiaslah untuk menyambut kepulangan suami tercinta tanpa berlebih-lebihan.

Cara Nak Sambut Suami Pulang Dari Kerja Yang Isteri Kena Tahu.Buatlah Makin Sayang

4. Senyum
Berikan senyuman manis saat menyambut kepulangan suami kerana senyuman adalah senjata yang paling berkesan untuk membuatkan hati suami ceria. Sebanyak mana pun masalah suami di tempat kerja, rasa beban itu akan segera hilang apabila melihat senyuman manis orang yang dicintainya.
Walaupun isteri berdepan dengan masalah, usahakanlah untuk tidak menunjukkan wajah yang murung atau masam apabila suami balik dari kerja kerana ia akan menambahkan lagi bebanan suami yang dalam kepenatan.

5. Tunjukkan kasih sayang
Betapa bahagianya suami ketika pulang ke rumah apabila isteri menyambut suami dengan sebuah pelukan hangat dan ciuman yang penuh kasih sayang. Pelukan ini akan meringankan bebanan suami selain mengeratkan lagi kasih sayang antara anda berdua.

6. Keadaan rumah
Selain penampilan isteri, suasana rumah yang bersih dan tersusun rapi juga boleh mententeramkan jiwa suami apabila pulang dari kerja. Oleh itu usahakan untuk anda mengemas rumah sebelum suami pulang ke rumah.
Bukan sahaja suami, sesiapa pun akan pening kepala apabila melihat rumah bersepah seperti tongkang pecah. Ini kerana rumah yang bersepah akan mempengaruhi suasana hati suami kerana suami tidak dapat beristirahat dengan selesa dan tambah tertekan. Jadikan rumah yang bersih dan rapi sebagai syurga untuk memadu kasih dan menghibur suami.
Bukan sahaja suami, sesiapa pun akan pening kepala apabila melihat rumah bersepah seperti tongkang pecah. Ini kerana rumah yang bersepah akan mempengaruhi suasana hati suami kerana suami tidak dapat beristirahat dengan selesa dan tambah tertekan. Jadikan rumah yang bersih dan rapi sebagai syurga untuk memadu kasih dan menghibur suami.

7. Jaga hati dan perasaan suami

Sekembalinya suami dari kerja jangan sesekali isteri membebani suami dengan masalah. Berikan suami berehat seketika bagi melepaskan lelahnya. Jangan lontarkan pertanyaan demi pertanyaan ataupun masalah kepada suami yang dapat memancing berlakunya pertengkaran. Jika ada masalah yang anda ingin ceritakan kepada suami, pastikan suami sudah berada dalam keadaan yang tenang dan cukup rehat.

Sumber: pamapedia.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI