Biasanya mak-mak ni bila memerlukan kemahiran membuka dan memasang skrew berkaitan barangan mesin, jarang yang berani melakukannya. Bukan sebab apa, bimbang akhirnya bukan membaiki tetapi merosakkan pula. Tidak mahulah dikatakan orang sebagaimana peribahasa Melayu bagai tikus membaiki labu pula.
Tapi berbeza dengan seorang ibu ini yang dikenali sebagai Ana Marina diakaun fb, dia mampu lakukan sendiri proses membersihkan mesin basuh yang mana memerlukan sedikit kemahiran dan ianya dikongsikanbersama untuk info bersama.
“Semalam ada tengok orang post dalam FB cara nak bersihkan mesin basuh. Nak suruh En suami buat dia tiada di rumah, jadi saya buat sendirilah. Tak sangka senang saja rupanya.
Lama dah guna mesin basuh ni, patut pun bila basuh baju macam tak berapa nak bersih, sabun pun masih melekat di baju.”–Ana Mariana
Dan ini adalah langkah demi langkah yang perlu kita lakukan untuk membersihakan mesin basuh. Jom semak.
2. Buke klip tepi tepi.
3. Cabut klip tengah, buka dengan mudah dan kemudian buka skrewnya.
4. Cabut plastik yang warna biru ni. Nampak kotorkan?
5. Buka skrew bahagian ini pula. Ada 4 semuanya dan buka dengan penuh kasih sayang ye takut patah, biasanya skrew ni berkarat sebab selalu kena air.
6. Kemudian barulah boleh bawa keluar benda alah ni. Tengoklah betapa kotornya.
7. Cuci bersih dengan berus dan sabun.
8. Barulah bersih berkilat macam baru dan barulah boleh dipasang kembali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita adalah pelengkap dalam kehidupan seorang lelaki. Sanggup berkorban apa saja demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia.
Kerana itu, hargai mereka yang bergelar wanita, baik ibu mahupun isteri anda. Kerana mereka lah cahaya hidup kita. Semoga perkongsian dari saudara Ariff Ismail ini memberi manfaat pada semua.
WANITA TERAGUNG
“Di sebalik semua lelaki di dunia..Pastinya ..didukung seorang wanita..Dia berkorban untuk..Memberi yang mampu..Demi insan yang disanjung dalam hidup.. “
Kita tak boleh nafikan, dalam hidup kita sentiasa di bayangi dengan “wanita”. Dari hari pertama kejadian kita ada dalam rahim seorang wanita..menumpang selama 9 bulan 10 hari di sana.
Bila menerjah ke dunia, susu pertama kita dari seorang wanita. Wanita ini juga yang berkorban nyawa untuk lahirkan kita ke dunia. Bersengkang mata menjaga kita dari hari pertama kita lahir hingga kini.
Bila dah besar..sakit kita cari mak..happy kita cari gilrfriend/bini. Kita kecewa call mak..kita gembira kita call gilrfriend/bini. Tapi mak tetap setia ada untuk dengar segala rintihan kita.
Namun brother, hidup kita tetap dikelilingi seorang wanita, yang bergelar ibu, bergelar kakak, bergelar isteri, bergelar teman dan juga bergelar adik. Dalam kehidupan kita mesti ada wanita disisi.
Seorang lelaki tidak boleh menafikan yang kejayaan kita hari ini didokong oleh seorang wanita. Berjaya kita hari ini jasa seorang ibu yang berkorban segalanya membesar kan kita.
Tinggi nya kita sekarang atas sokongan tak henti henti seorang yang bergelar isteri. Berusaha kita hari ini atas semangat dari seorang kakak/adik perempuan kita.
Namun apa yang dipinta oleh seorang wanita dari seorang lelaki yang di hormati mereka? Adakah layanan bak sang Permaisuri? Atau layanan ibarat di dalam syurga? Hiasan emas berlian bak putri raja?
“Tenangkan hatinya bila resah…Setia didalam ceria dan gundah…Itulah saja balasan diminta Seorang wanita”
– Petikan lirik : KRU : Wanita –
Tidak wahai lelaki teragung sekalian, bukan itu yang dipinta seorang wanita dari kita. Mereka hanya dambakan kita ada disetiap saat duka gembira depa. Depa nak kita sentiasa menjadi penyejuk hati mereka dikala gundah.
Bukan layanan istimewa, bukan emas berjuta yang dipinta. Hanya secebis ruang dihati kita untuk mereka singgah dan bersemayam. Tunjuk kan lah kasih sayang kita pada mereka.
Wanita ni memang tak lari dari emosi, dari rajukan, dari keluhan. Namun bukan sengaja atau tanpa sebab mereka begitu. Selalunya, mungkin kita terlepas pandang apa yang di pinta oleh hati seorang wanita.
Macam kakak saya, ada masa mood dia swing, tiba tiba nak marah tiba tiba sedih tiba tiba emosi. Tapi saya tak kisah pon, dah nama pon wanita memang tak lari dari sifat tu. Tapi kita sakit ke, putus cinta ke, tgh bercinta ke, kecewa, dia tetap ada jadi pendengar terbaik.
Masih saya ingat kata kata arwah emak saya, ” mak bukan nak harta korang, mak dapat lihat korang berjaya pon dah cukup”. Kata kata ni membuatkan setiap kali saya merangkul kejayaan. Saya nampak wajah mak saya sedang tersenyum bangga melihat saya.
Selalu saya berkata dalam hati ” kan best kalau mak ada lagi “. Tapi hakikat nya dia telah tiada. Allah pinjam kan ibu saya sementara sahaja. Namun kenangan dan didikan dari “wanita” ini yang menjadikan siapa saya sekarang.
Jangan kecewakan setiap hati wanita yang ada dengan kita. Hargai mereka masa mereka masih bersama kita. Luangkan masa untuk meraikan mereka. Kerana kita bukan selamanya ada mereka di sisi kita.
Pada yang masih mempunyai emak, santuni mereka, belai lah mereka selama mereka bernyawa. Kerana bila tiada seorang yang bergelar ibu disisi, maka hilang lah satu keberkatan dunia yang Allah pinjamkan pada kita. ” DOA SEORANG IBU ” .
Hargai wanita, kerana mereka lah cahaya hidup kita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.
Untuk lebih perkongsian bermanfaat dan tips tips keluarga dan kewangan boleh sertai Telegram Channel Percuma : https://t.me/TipsPremierAriffIsmail
Ibu bapa mana tak teruja bila anak kecil-kecil lagi sudah pandai berenang. Kebanyakan ibu bapa muda hari ini, sudah mempunyai kesedaran tentang kelebihan menghantar anak mereka belajar berenang seawal usia bayi lagi.
Pelakon popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar tak terkecuali telah menghantar anak sulung mereka, Wan Khair Amir belajar berenang sejak usia lima bulan lagi di sebuah pusat renang terlatih.
Dalam hantaran di laman Instagram, Mira berkongsi gelagat Amir yang sedang mengikuti kelas renang bersama mama dan papanya.
Dalam kapsyen hantaran tersebut menjelaskan Amir semakin bagus dalam pelajaran kayuh dan tendangan di dalam kolam renang.
Hari ini, saya semakin bagus belajar tendangan dan kayuhan. Yeay! Oh oh saya juga sudah boleh masukkan kepala dalam air sekarang!
Wajah comel Amir yang berani dan berkeyakinan semasa belajar berenang membuktikan beberapa tip dikongsi jurulatih berenang yang mengesyorkan ibu bapa untuk mengajar anak berenang seawal usia bawah enam bulan kerana pada usia ini bayi masih mempunyai refleks untuk menutup mulut saat berada di bawah air.
Refleks ini dinamakan sebagai Bradycardic Effect. Akibat refleks ini, bayi akan secara semula jadi menahan nafas dan membuka mata ketika berada di dalam air.
Selain daripada itu ketika usia bayi enam bulan, dia juga sudah ada kemahiran untuk mengangkat kepala.
Antara kebaikan berenang bagi bayi iaitu membantu perkembangan otak mereka kerana berenang merangsang kelima-lima deria (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan bunyi).
1. Mulakan Dengan Tab Mandi
Ini cara mudah untuk membuatkan bayi anda terbiasa dengan air. Duduk sekali dengannya untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
2.Cari Masa Yang Tepat
Anda boleh mula memperkenalkan bayi anda kepada air seawal mungkin mengikut keselesaan anda, asalkan pusat perutnya atau kemaluannya (jika disunat), telah sembuh. Lebih awal anak anda bermula, lebih selesa dia berada dalam kolam renang.
3. Periksa Suhu Air
Bayi tidak dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa, jadi suhu kolam yang selesa diperlukan untuk memastikan suhu badan mereka tidak terjejas.
4. Bina Hubungan Dengan Bayi
Anda atau orang dewasa lain harus sentiasa berada dalam air, memegang bayi anda. Bukan sahaja untuk keselamatan, memegang bayi anda secara kulit ke kulit dan berinteraksi dengannya di dalam air akan menguatkan ikatan dengan bayi.
5. Elakkan Pelampung
Pelampung air memberikan rasa selamat yang salah. Selain itu, pelampung juga memastikan bayi dalam kedudukan menegak, sedangkan kedudukan mendatarlah yang lebih baik untuk berenang.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.