Untung ibu ayah kalau ada anak perempuan yang rajin dan pandai memasak.
Demikian antara pujian yang diberikan kepada Qadejah El Zahra, anak dara usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, anak kedua daripada enam beradik itu diminta ibunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memasak di dapur.
Menurut Shahida yang sedang hamil anak ketujuh, beliau teringin untuk makan maggi goreng yang dimasak bersama sambal.
Lantas, meminta bantuan anak perempuannya yang mesra di sapa Cess.
“Tengah tak berapa sihat ni lah nak minta tolong anak dara masakkan. Lepas itu, hujan pula. Petang-petang begini, terus teringin nak makan maggi goreng sambal onyet,” ujar Shahida menerusi kapsennya.
Biarpun baru berumur 12 tahun, namun Cess tidak kekok beraksi di dapur dan kemahiran memasaknya pun boleh tahan.
Ads
Lihat sahaja hasil masakan maggi goreng tersebut, bukan sahaja dipuji ibunya, bahkan warga maya turut berkongsi rasa teruja untuk mencuba resipi tersebut.
Pandai Didik Anak
Berikut antara komen yang dikongsikan warga maya:
“Anak dara sudah pandai masak. Makin lawa dan bijak pula tu. Untungnya datin.”
“Pandainya datin didik anak buat kerja rumah tak harapkan bibik.”
“Baguslah Cess, boleh diharap anak dara sudah besar memang kena bagi tunjuk ajar masak.”
Ads
“Alhamdulillah anak dara sudah besar, boleh diharap walaupun ada bibik di rumah.
“Cara kacau tu pun sudah tahu anak yang jenis prihatin atau tidak. Semoga jadi contoh terbaik untuk adik-adik dan menjadi anak solehah untuk ibu dan ayah.”
“Contoh yang baik. Walaupun kaya, anak-anak datin pandai buat kerja dapur dan sederhana. Moga Datin sihat selalu.”
“Pandai Cess masak. Nampak tidak kekok di dapur. Bagus didikan mama.”
“Kecur liur tengok maggie Qadejah buat. Nak kena cuba ni.”
Video yang dimuat naik tersebut menunjukkan Shahida berada di kerusi roda bagi menjaga kandungannya setelah doktor menasihatkan beliau berehat untuk tempoh 3-5 bulan.
Justeru, ramai yang menitipkan doa semoga dipermudahkan urusan Shahida sepanjang tempoh kehamilannya sehingga selamat bersalin kelak.
Bahkan, ada yang memintanya supaya menjaga pemakanan serta sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan yang dialaminya.
Sedar akan ketidakmampuan si ibu untuk memasak, membuatkan Qadejah mengambil alih tugas menguruskan kerja rumah, termasuklah menjaga ibunya yang memerlukan rehat yang panjang.
Membawa anak-anak bercuti di taman haiwan tentunya kita sebagai ibu ayah membayangkan betapa teruja dan gembiranya anak-anak sepanjang berada di sana. Kita percaya, peluang dapat melihat haiwan dengan lebih dekat, akan memberi pengalaman yang tersendiri buat anak-anak.
Pun begitu, pelakon Shakilla Khoriri baru-baru ini ada meluahkan rasa kecewa apabila percutian bersama anaknya berakhir tidak seperti yang diharapkan bila berkunjung di Zoo Negara.
Menurut katanya lagi, pusat rekreasi itu sangat mengecewakan dan seakan tiada pembaharuan yang dapat dibanggakan dan ini diluahkan di Instagram miliknya.
Ujarnya lagi, dia cuba untuk ‘support’ namun tiada aktiviti menarik selain kehadiran haiwan eksotik panda yang ada di sana.
“Banyak yang suruh datang and support ZOO NEGARA tapi how lah nak promote and ajak ramai-ramai datang. HOWWWWWW ???
“Dia ibarat kau ajak orang datang rumah ramai-ramai tapi takde hidangan makan minum. JUST datang. Cannot !,” luahnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Selain itu, Shakilla juga ada mencadangkan agar pihak pengurusan Zoo Negara buat sesuatu untuk melakukan kerja-kerja naik taraf tempat rekreasi yang lazimnya sering menjadi tumpuan pengunjung di musim cuti sekolah.
“Cuba lah nak share and support tapi end up hati kecil aku agak kecewa dengan tiada pembaharuan yang dibuat. Keadaan semua sangat menyedihkan. Cuba positive dan cari apa yang LAIN untuk aku bualkan pada anak-anak tapi takde.
“Ohhhh… ada PANDA je lah.
“I think zoo negara management dah boleh sit down and do something instead of ajak orang datang ramai-ramai tanpa ada apa yang mengairahkan disitu. Kesian parents.
Kesian anak-anak…
“Maafkan saya tapi siapa yang pernah datang dulu dan kini akan faham apa maksud saya.
Sekian,’ luahnya jujur dan ikhlas.
Kisah ini cukup menyentuh hati buat sesiapa pun yang membacanya, dikongsikan oleh Danial Hasif yang kebentulan ada di situ.
Kisah yang dimaksudkan ini adalah kisah seorang anak yang sanggup berjalan kaki di highway untuk pulang ke Kelantan demi ingin melihat ayahnya yang sakit. Bukan calang-calang jauhnya, nun hingga Ke Pantai Timur jauhnya. Pasti sesiapa pun tidak sanggup, memandu pun kita sudah berasa letih inikan pula berjalan kaki.
Namun semua itu tidak mematahkan semangat anak ini untuk pulang menziarahi ayah tercinta. Mujur ada insan yang membantu, mengetahui lanjut kisah ini jom baca sepenuhnya.
Assalamualaikum… Hari ni cerita sedih sikit .. Kisahnya hari ni aku ride nk pegi chenor .. Tujuannya nk pegi hantar moto. So aku sruh kawan aku bawak kereta sebijik follow blakang .. Jadi jumpa laa abg ni dekat tol gombak dia jalan kaki ..
Aku masatu tunggu kawan aku yg naik kereta ni kat BHP gombak.. Dia ni org kelantan lah. masa aku tengah tunggu kawan aku tuh dia tengok plat moto aku “D” jadi dia tahu la aku ni pun klantan so xmalu la dia nk tegur kan..
Dia nk pinjam fon nk call bini dia aku bgi laa tapi bini dia xangkat .. Lpastu dia mseg ..
Aku tnya dia nk pegi mana ? Dia ckp nk balik kelantan sbb ayah dia sakit .. Lpastu aku ckp la xkn jalan kaki kot bang? Dia ckp dia tawakal je mana thu boleh tumpang lori/bas yg nk ke kelantan jugk ..
Dia pun mula laa cerita kisah hidup dia ni . Dia dulu maritim . Tapi pencen awal sebb kena santau masa kerja dekat sarawak dulu .. Dia ade tunjuk ic/dengan kat pesara dia kat aku.. Sbb dia takut aku xpercaya ..
Aku ckp kat dia kenpa abe xnaik bas ? Dia ckp duit ada rm2 je sbb baru sebulan duk kl kerja pun xdapat lagi .. Masa dia nk teruskan jalan kaki tu aku sruh dia naik dengan kawan aku . Aku hntar dia sampai bentong je sbb aku nk pegi arah lain . Kami hulur sedikit sumbangan dapatlah buat makan dengan tumpang bas sampai kelantan . Dia ni orang lati pasir mas .. Dalam kita susah ade lagi yang susah ingt tu geng.
Dan setelah beberapa hari posting ini menjadi viral di media sosial, ini pula respon yang diberikan olehnya.
Assalmualaikum , saya nk ucapkan terima kasih kepada semua yng mendoakan saya dan kawan saya secara lansung dan xlansung .. Saya xmintak benda ni viral saya cuma post dalam fb saya sbb cerita abg tu menarik dan tersentuh perasaan itu sahaja ..
Saya bukan buat baik nak menunjuk .. Kebetulan saya di situ .. Apa salahnya kalau saya tolong mana yg saya boleh tolong.. Saya rase ramai masyarakat kita yang sangt prihatin kerana ramai yang mseg/call/messenger bertnya khabar, nak bagi sumbangan, tawaran kerja dan sebagainya ..
Kuasa viral sangat membntu abg tu. Dia dah lama lost contact dengan kawan2 lama dia semasa bertugas sebagai angota maritim . Saya xdan nk reply komen sorang2 tapi insya allah sya baca semuanya ..
Alhamdulillah semua komen baik2 saja walaupun ade segelintir yang kecam saya terima dengan hati terbuka .. Jutaan terima kasih sekali lagi. Hanya allah sahaja yang dapat membalas jasa2 kalian ..
Subuh adalah waktu yang sering kita ambil ringan, padahal ia menyimpan sejuta keajaiban yang tak ternilai harganya. Ketika ramai masih lena dibuai mimpi, mereka yang bangun dan menyempurnakan waktu ini mendapat ganjaran yang luar biasa daripada Allah SWT.
Bayangkan, hanya dengan dua rakaat solat sunat sebelum Subuh, Allah menjanjikan pahala yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Tidak cukup dengan itu, Rasulullah SAW mendoakan keberkatan umatnya di waktu pagi. Ini menjadikan waktu sebelum azan Subuh sebagai detik penuh rahmat untuk kita bermula.
Sebagaimana perkongsian Faridah Mohd Ali, ia sangat bermanfaat untuk dijadikan motivasi agar kita terus istiqomah dalam melaksanakan amalan harian.
Keajaiban Waktu Subuh
1. Betapa waktu Subuh itu terlalu banyak keajaibannya. Sangat rugi bagi mereka yang sering melewatkannya atau langsung tidak mengambil peduli akan keberkatan yang Allah kurniakan kepada kita. 2. Waktu sebelum azan Subuh itu mendatangkan keberkatan yang sangat luas dan besar oleh Allah SWT. Kata Allah, Aku berikan kepada orang yang solat sunat Subuh dua rakaat pahala yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Ganjarannya kita tidak nampak sekarang, tetapi di akhirat nanti berbondong-bondong ia datang kepada kita.
3. Keutamaan solat Subuh yang pertama adalah dapat mendatangkan keberkatan kerana solat Subuh merupakan satu aktiviti pagi hari yang Rasulullah SAW sendiri mendoakannya secara khusus. “Ya Allah berkatilah umat ku pada waktu pagi.” Hadis riwayat Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) Itulqh sebab kita wajib berlumba-lumba untuk bangun sebelum Subuh dan tidak menyia-nyiakan waktu sebelum Subuh ini. 4. Waktu Subuh dapat menghantarkam orang mukmin menuju pintu syurga. Rasulullah SAW bersabda.. “ Barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dan Asar, maka dia kan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.) 5. Seorang Muslim yang melaksanakan solat Subuh pun akan mendapat keutamaan lain iaitu terhindar daripada neraka. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW.. “Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari(solat Subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari(solat Asar).” Hadis Riwayat Muslim)
6. Selepas solat Subuh jangan sesekali meninggalkan zikir ini.., Subhanallah 33 kali Alhamdulillah 33 kali Allahuakbar 33 kali Nabi menyebutkan bahawa semua dosa kecil kita diampunkan oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di laut. 7. Pahalanya seumpama solat malam yang penuh bagi mereka yang bangun awal dan menunaikan solat dua rakaat. Mereka berada dalam jaminan Allah, keutamaan dan keajaiban waktu Subuh itu sangat luar biasa kerana orang mukmin yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah adalah orang yang berada dalam jaminan Allah. Keselamatannya dijamin, rezekinya dijamin, keadaannya dijamin, ketenangannya dijamin dan urusan hidupnya dijamin. 8. Mereka juga mendapat cahaya sempurna pada hari kiamat. Tidak hanya itu sahaja,mereja mendapat cahaya dan sinarbyang sempurna pada hari Kiamat nanti.
9. Waktu Subuh adalah penentu keberkatan hidup bagi seorang mukmin. Abdullah Bin Umar Bin Khattab berkata.. “Salah satu tanda Allah mencintai seorang hambaNya dan tanda dosanya diampunkan, semakin kuat dia menjaga waktu Subuhnya, semakin Allah memberi jaminan kecukupan untuknya. Kehidupan yang penuh keberkatan bermula dengan menjaga waktu Subuhnya.”
10. Ketika kita serius menjaga waktu bangkit kita sebelum azan Subuh, kemudian membersihkan diri untuk sujud kepadaNya, maka Allah memberi jaminan bahawa Allah membuka kesempatan seluas-luasnya kepada kita untuk memperbaiki diri dan menikmati ketenangan dalam sujud kita sehingga Allah menghapuskan benan hidup dengan menghapuskan semua dosa kita.
11. Sesiapa yang mahu memperbaiki hidupnya, maka hendaklah dia memulai dari memperbaiki waktu bangkitnya sebelum azan Subuh.
Sesiapa yang hendak dilancarkan rezekinya, maka hendaklah dia menjaga dengan baik-baik solat Subuhnya. Sesiapa yang ingin dikurnikaan kebahagiaan di dunia dan akhiratnya, maka hendaklah dia memperhatikan solat Subuhnya. Dan semua perubahan atau penambahbaikan seluruh hidupnya berawal daripada memperbaiki waktu bangkitnya sebelum masuk azan Subuh dan memperbaiki kualiti solat Subuh. Maka Allah akan memperbaiki seluruh hidup kita.
12. Solat Subuh itu baru disempurnakan dua rakaat sahaja, Allah akan mencukupkan semua keperluan dunianya, tidak diperdayakan oleh tipu daya dunia, rezekinya dicukupkan, hartanya diberkati, kariernya dibangunkan dengan baik dan sempurna oleh Allah, keluarganya nyaman, hidupnya tenang. Itulah rahsia bagi mereka yang konsisten menjaga waktu Subuhnya bermula bangkit sebelum azan Subuh. 13. Malahan itulah yang selalu disebutkan… “Rabbana atina fiddunia hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar.” Kitalah yang membangunkan hubungan direct dengan Allah yang mempunyai segalanya, kita mengerjakan perintah Allah dengan sempurna dan menuruti semua tuntunanNya, dunia dia dapatkan dan akhiratnya diraih dengan anugerah Allah. 14. Mari sama-sama kita berazam bersungguh-sungguh memperbaiki diri dengan memperbaiki waktu Subuh kita.