Pokok ketumbar adalah antara tanaman yang wajib di tanam di halaman rumah. Ia merupakan bahan masakan yang sering digunakan untuk menjadikan hidangan menjadi lebih lazat. Malah aroma daripada tanaman ini menjadikan hidangan lebih ‘fresh’.
Jika asyik beli aje, apa salahnya kita cuba tanaman pokok ini. Umum mengetahui bahawa banyak teknik untuk tanam pokok ini.
Salah satunya boleh ikuti cara wanita ini. Beliau menggunakan cara rendaman biji ketumbar kemudian baru membuat semaian.
Hasil tanamannya memang subur!
Sebenarnya dah lama nak share cara saya tanam ketumbar. Saya pakai biji ketumbar yang kat dapur tu .
Ads
Ini cara nak tanam
-1 gengam biji ketumbar buat masak
-Rendam 5 jam
Ads
-Tabur atas tanah (tanah yang subur main peranan juga ye, pakai tanah hitam atau tanah compost kalau di Malaysia) -lepas buat batas, benih jangan tekan ke dalam tanah, just tabur -Ambik gengaman tanah lain tabur nipis je untuk tutup lapisan atas. then siram -terus letak dalam panas terik selepas semai, tak perlu letak tempat redup. Note: siram selalu ketumbar suka air, tapi jangan sampai air bertakung
Selamat mencuba! Senang dah, tak daun ketumbar petik je di halaman rumah.
Berapa kali dah panggil anak, tapi tak menyahut! Rupanya telinga kena ‘tutup’ dek earphone tengah dengar lagu!
Yang mana anak-anak suka sangat pakai earphone tidak kira waktu tu, tak kira la main game ke, dengar lagu atau tengok movie, mak ayah perlu tegur tau sebelum telinga mereka ada masalah! Nanti bila dah rosak, satu hal pula nak kena pergi ubati!
Nak tahu apa tanda seseorang itu megalami masalah pendengaran dan tip untuk elak jadi pekak di usia muda untuk anak-anak, jom tengok perkongsian dari Dr Ahmad Samhan ni!
“Doktor, telinga saya macam pekak la”
“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”
“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”
Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok movies. Stylo kan?
Lebih teruk ada yang guna sampai keesokkan paginya sambil tidur. Tahu tak penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh jadi pekak?
Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pernah melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi(alat audio, konsert & tempat kerja)
Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.
Tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah pendengaran bermula dengan beberapa tanda.
1️⃣ Bila berada di tempat yang banyak bunyi (background noise), misalannya stadium, pusat beli belah, kenduri kendara dan orang sebelah bercakap, kita susah menangkap butir kata-katanya.
2️⃣ bila orang menelefon kita tak dapat dengar dengan jelas dan terpaksa menukar telinga kanan ke kiri atau sebaliknya.
3️⃣ bunyi suara budak menangis biasa tapi kita dengar terlalu kuat sedangkan bunyi menangis tadi biasa-biasa sahaja.
4️⃣ Kita tak dapat menangkap bunyi datang dari arah mana, depan, belakang, kiri atau kanan.
Tip Elak Jadi Pekak Di Usia Muda
1️⃣ Elak penggunaan ‘earbud’
Earbud mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang mampu memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai di luar telinga. Gantikan penggunaan earbud kepada headphone.
2️⃣ Tetapkan setiap penggunaan earphone tidak lebih dari 90 minit
Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan earphone/headphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh mengganggu fungsi otak. Oleh itu, setiap 90 minit penggunaan earphone, kalian harus rehatkan telinga agar kesihatan telinga tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.
3️⃣ Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan
Telinga kita memerlukan 16 jam untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.
4️⃣ Tetapkan tahap bunyi tidak lebih dari separuh
Kekalkan penggunaan volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang darinya. Biasakan diri mendengar bunyi dengan volume yang rendah kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga mengalami rosak yang teruk.
5️⃣ Minimum Penggunaan Earphone
Bagi yang gemar memakai earphone 24 jam sehari, siang dan malam. Tabiat sebegini harus di buang, ingat telinga adalah salah satu anggota badan kita juga dan memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah menjadi trend di majlis-majlis perkahwinan, tetamu akan diberikan doorgift kahwin atau goodies kahwin oleh tuan rumah. Paling menarik terdapat pelbagai corak doorgift yang akan menjadi kenangan yang berharga buat tetamu yang hadir.
Malah, doorgift yang suatu ketika dahulu pemberian yang tidak wajib dan terhad kepada majlis perkahwinan, kini turut sesuai untuk majlis baby shower, sambutan hari jadi, kenduri doa selamat dan juga majlis korporat.
Biarpun dilihat sebagai perniagaan bermusim, usahawan perniagaan doorgift kian berkembang dan sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan.
Nurul Arifah Zolkapli merupakan salah seorang usahawan doorgift yang aktif dalam bidang usahawan ini secara secara online dan sistematik.
Dengan jenama Lunary Doorgift Empire, Nurul Arifah mula mencipta gayanya sendiri. Lebih manis turut dibantu suami tercinta iaitu Azreen bin Mohammad yang sentiasa memberi kata-kata semangat.
Doorgift Lunary menawarkan pelbagai produk pilihan seperti doorgift cookies, doorgift kopi, goodies chocolate premium, hand sanitizer, mini sejadah dan pewangi kereta.
Lebih menarik produk keluarannya adalah ‘Bajet Friendly’ sehingga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Biarpun harga yang ditawarkan pada kadar yang rendah namun masih mengekalkan kualiti dan konsep eksklusif buat pelanggannya.
PEMBABITAN AWAL
Anak kelahiran Selangor ini sememangnya tidak mudah berputus asa untuk membuktikan dia juga mampu mengecapi kejayaan sama seperti individu lain melalui perniagaan dijalankan.
Menceritakan pembabitan awalnya dalam bidang doorgift, Nurul Arifah berkata, semuanya bermula apabila membantu rakannya untuk membuat doorgift. Rentetan itu telah mendapat respon yang baik. Dengan itu, tercetus idea untuk mulakan perniagaan dalam bidang ini.
“Perniagaan ini bermula sejak tahun 2017. Saya bermula dengan doorgift kacang. Waktu itu doorgift kacang tengah in trend. Akan tetapi, saya berhenti kerana kekangan masa. Pada awal tahun 2022, saya cuba bangkit semula dengan doorgift hand sanitizer.”
CABARAN
Menurutnya, dia gemar berdepan dengan cabaran yang perlu dilalui hari demi hari dalam memastikan perniagaan diusahakan semakin berkembang maju
“Cabarannya untuk memperkenalkan Lunary Doorgift supaya dikenali ramai. Jadi untuk meraih kepercayaan daripada client agar sukar.
“Tetapi alhamdulillah, walaupun baru setahun, kami sudah memberikan terbaik untuk client yang telah memberikan kepercayaan kepada kami.
“Tipulah kalau kami rasa tak down, apabila hasil jualan dalam bulan tersebut tidak mencapai target. Tapi saya bersama suami sentiasa mencari alternatif bagaimana untuk doorgift kami dikenali ramai.
“Kami sentiasa perbaharui ilmu dan teruskan belajar dalam bidang ini. Malah kami sentiasa bertanyakan feedback dari client. Oleh itu, tahu dimana kami boleh memperbaiki dan memperhebatkan servis.”
Tambahanya lagi, cabaran yang datang memberikan adalah lumrah dalam dunia perniagaan. Mujur suami tersayang, keluarga dan rakan sentiasa menyokong usahanya.
“Semestinya suami saya yang mendorong sy untuk meneruskan dalam bidang doorgift ini. Tidak lupa doa dari keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi pendapat dan pandangan.”
PENCAPAIAN
Dengan keazaman dan kerja keras yang berterusan berjaya mempelopori perniagaan ini kepada pelanggan. Wanita bercita-cita tinggi ini meluahkan rasa syukur apabila perniagannya pernah mencapai jualan yang tinggi. Nyata usahanya berbaloi.
“Alhamdulillah, hasil jualan tertinggi pada tahun 2022 apabila mencecah RM50k setahun, dimana tahun pertama saya bangkit semula.
“Keistimewaan kami adalah pada kualiti dan keunikkan doorgift yang kami, dimana para client kami telah memberikan feedback yang baik.
“Perancangan kami adalah brand Lunary doorgift menjadi pilihan client pada masa akan datang. Impian kami untuk memperluaskan perniagaan kami dan membuka kedai dimana saya dan client boleh berbincang mengenai doorgift mereka minati,“ujarnya dengan penuh semangat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang sedap meniimati hidangan sate ini bila dimakan panas bersama seisi keluarga. Aromanya memang boleh buat kita terasa lapar.
Apatah lagi jika dibakar sendiri. Momen membakar sate pastinya menyeronokkan bila dilakukan dengan berkerjasama antara ahli keluarga.
Untuk yang ingin merasai sendiri pengalaman membuat sate, bolehlah sediakan dengan resipi yang dikongsikan ini. Mudah sahaja membuatnya.
Ini perkongsian daripada Noorlaili, melihat gambar sate yang dikongsikan olehnya ini sudah dapat dibayangkan keenakan rasanya.
Bila masih dalam #PKP sate pun buat sendiri na..kat bawah sis sertakan resepi sate simple..
RESEPI SATE
(Ayam seekor)
BAHAN-BAHAN:
*Ayam seekor (ambik isi saja potong dadu cuci & toskan)
BAHAN BLEND
*2 Labu bwg besar
*1 labu bwg putih
*2 inci halia
*4 batang serai
( Blend semua bahan di atas)
BAHAN PERAP
*2 Cawan gula
*2 sk garam
*4 sk kunyit
*3 sb jintan manis
CARA-CARA
*Dalam besen besar masukkan isi ayam, bahan blend dan bahan perap
* Gaul sebati/ perap
*bila dah perap baru cucuk
*Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dalam bekas dan sedikit minyak (untuk renjis masa bakar)
KUAH KACANG
*Segenggam cili kering
*2 labu bawang besar
*2 inci halia
(Blend bahan di atas)
*1 batang serai di ketuk
*2 cawan kacang tanah yg di blend
*2 keping gula melaka
*1/2 cawan gula
*Garam
*Air secukupnya
*Asam keping
Cara-cara
*Panaskan minyak
*tumiskan bahan blend masukkan serai (tumis sampai pecah minyak)
*Masukkan kacang tanah gaul sebati
*Masukkan air kacau dan biar mendidih(api slow)
*masukkan gula melaka, gula, garam dan asam keping
*masak hingga pekat, rasa dan tambah apa yg kurang.
Selamat mencuba
Sumber : Noorlaili Zainal via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.