Tak ada ruang untuk tanam sayur, itu bukan masalah. Guna polybag pun boleh dapat sayur hijau yang sedap. Contohnya sayur bendi. Nak cuba tanam sendiri, nah ikut cara yang dikongsikan oleh Lebai Kudin ini.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polybag
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
Ads
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
5. Letak di tempat redup tapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Mudah je caranya, boleh dapat hasilnya dalam tempoh lima minggu, pokok mula berbuah. Tip berguna yang dikongsikan, kena pangkas pucuk masa ketinggian 0.6 meter supaya banyak cabang dan buah lebat.
Teh hijau mempunyai banyak khasiat, antaranya termasuklah membantu mengurangkan masalah jerawat dimana ia merupakan anti-radang. Selain itu, epal cider cuka pula membantu mengurangkan kulit berminyak pada kulit.
Jadi, untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak boleh mencuba menghasilkan toner sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Petua ini boleh membantu mengecilkan liang-liang besar dan mengurangkan juga jerawat pada kulit muka.
Bahan-bahan
1 uncang teh hijau
3/4 cawan air panas
¼ Cuka Epal Cider
Beberapa titik Minyak Pokok Tee
Beberapa titik Minyak Lavender
Caranya:
1. Rendam uncang teh hijau bersama 3.4 air panas dalam cawan.
2. Tuang air teh hijau dalam baling.
3. Kemudian, letak ¼ cawan cuka epal cider dalam balang dan kacau hingga sebati
Cara nak guna toner ni :
– Celup kapas dalam campuran itu dan guna pada wajah.
– Lakukan secara perlahan-lahan tau. Kalau taknak guna kapas, boleh guna dalam bentuk semburan pada muka.
– Tuang sahaja campuran itu dalam botol semburan lalu semburkan pada wajah.
– Selepas pakai toner ini jangan bilas dahulu. Biarkan ia kering.
– Untuk hasil yang berkesan, guna 2 kali sehari pada wajah muka.
– Toner ini boleh disimpan dalam peti sejuk selama 10 hari sahaja.
Tip:
– Pokok Teh membantu melawan jerawat, bintik hitam.
– Minyak lavender pula dapat memerangi jerawat serta keradangan kerana minyak ini mempunyai ciri-ciri anti-radang dan juga anti-bakteria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan pengacara, Nadya Syahera sekali lagi dimasukkan ke hospital berikutan berlakunya pendarahan pada kandungannya.
Lebih mencemaskan apabila doktor memaklumkan kepadanya supaya bersedia menjalani prosedur bersalin pada bila-bila masa sahaja.
Namun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini akhirnya menarik nafas lega setelah kandungannya kembali stabil dan tidak perlu dikeluarkan terlalu awal.
“Empat hari berdebar risau semua cukup. But Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang.
“Emergency ke hospital disebabkan bleeding teruk hari Ahad, doctor cakap kemungkinan boleh bersalin awal sebab bleeding dan ada contraction. Kena ready anytime je.
“Tapi tetap berdoa untukbaby terus kuat stay sampai dia betul-betul matang baru lah lahir.Alhamdulillah Allah makbul doaku. Syukur,” tulis Nadya menerusi kapsyennya.
Dia dibenarkan pulang ke rumah, namun dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja berat sepanjang tempoh hamil.
“Now baby 35 weeks, keadaan dia okay and takde simptom yang membahayakan. Kemungkinan False Labour lah haritu. Nervousss!
“Harini discaj dah and still kena monitor pergerakan baby dekat rumah. InsyaAllah doakan baby and I baik-baik saja tau. Baby kasi chance mama duduk relax dulu dekat rumah. Okay promise.
“No more kerja berat angkat sofa lagi ye. Harap baby nombor tiga terus sihat sampai betul-betul kuat untuk dilahirkan. Ameen. Thank you semua yang mendoakan kami,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Nadya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hafizul Nawi pada 25 September 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3 tahun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta Nadya menjaga kesihatan serta menitipkan doa semoga dipermudahkan segalanya sehingga selamat melahirkan kelak.
Apabila dimaklumkan penyanyi dan penghibur serba boleh, Kak Adibah Noor meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari tahap 4, sungguh berita ini cukup mengejutkan kita semua.Bersama kita doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah dari Majalah Keluarga untuk seluruh keluarga.
Menyentuh tentang kanser ovari, mungkin sebelum ini ada antara kita tidak ambil tahu berkenaan penyakit pembunuh senyap ini. Apatah lagi difahamkan pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda yang spesifik dan akan hanya nampak dalam tempuh yang agak lama hingga sedar-sedar sudah di tahap serius.
TANDA AWAL KANSER SERVIK
Kanser ovari atau kanser rahim sering dikaitkan sebagai pembunuh senyap. Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.
“Walaupun di Malaysia kanser rahim berlaku seawal usia 26 tahun, ia tidak berbahaya selagi pesakit mengetahui perubahan diri mereka dan mendapatkan rawatan awal. Semakin awal mereka mendapatkan rawatan, peratusan untuk pulih sepenuhnya sangat cerah,” katanya.
Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.
“Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma,” jelasnya.
Dalam bidang perubatan, terdapat tiga jenis kanser rahim iaitu selaput dinding rahim dinamakan kanser endometrium, kanser yang berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) dan kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan karsinosarkoma.
Bagaimana tanda-tanda seseorang mendapat “KANSER OVARI”??
1) PENDARAHAN SELEPAS MENOPAUS
2) HAID TIDAK TERATUR & BANYAK
3) PERUT TIDAK SELESA
4) MUDAH LETIH
5) KERAP MEMBUANG AIR KECIL
6) SAKIT SEAKAN SENGGUGUT
7) PERUBAHAN BERAT BADAN SECARA DRASTIK
Sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom di atas, dapatkanlah nasihat doktor. Semak semula sekiranya tedapat ahli keluarga terdekat ada yang menghidap kanser ovari.
Namun begitu, jangan terlalu panik jika anda menghadapi gejala-gejala di atas. Ada beberapa lagi penyakit yang menyerupai tanda kanser rahim seperti PCOS atau fibroid. Ujian saringan awal boleh dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Sumber :
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan. Public health
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.