Cara Tanam Sawi Kingkong Guna Botol Minyak Masak Terpakai Je . Mudah, Idea Bernas Jimat Ruang!

Share

Bukan main segar dan besar lagi sawi yang ditanam saudara Mohd Farhan Razali. Geram tengok kan, lebih-lebih lagi cara tanam pun mudah. Hanya guna botol terpakai sebagai bekas tanaman. Jimat ruang pula tu.

Bagi yang nak belajar tanam sayur sawi sendiri, jom cuba cara yang dikongsikan ini. Cara yang mudah, malah hasilnya dapat sawi yang segar, cantik, bersih dan selamat.

Jom cuba tanam sawi dengan kaedah yang dikongsikan ini. Moga bermanfaat!

Assalamualaikum..sedikit perkongsian dr sy utk sahabat yg baru mula bercucuk tnm.gmbr lama hasil tanaman sy menggunakan botol minyak masak sbg bekas tanaman.mgkn ada yg pernah melihat gmbr² ni dlm group yg lain.

Tip tanam guna botol:

  • Botol yang  ada penutup tu biar ja tebuk 1 lubang untuk lebihan air keluar.
  • Dalam satu botol, letakkan 1-3 pokok.
  • Siram 2x sehari, jika cocopeat masih lembab tak perlu siram
  • Benih dah bercambah terus bagi kena panas pagi
buat macam ni kat botol guna dawai keras.kat tiang ikat tali untuk sangkut..

Sawi kingkong..

Medium👉100% cocopeat

Baja👉AB

Cara tanam👉Semai pindah&semai terus dalam bekas tanam.

 

 

 

IKLAN