Bukan senang nak dapat peluang bersama dengan Raja Permaisuri Agong, namun tuah itu diperoleh Shuib. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, bapa kepada empat cahaya mata ini memuat naik satu video dan beberapa gambar yang memaparkan dia telah menyertai Challenge Golf bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah atas peluang yang diperoleh Shuib bermain golf bersama Tuanku Permaisuri. Tak kurang ada yang menyakat Shuib bakal mendapat gelaran Dato’ tidak lama lagi.
bellngasriofficial Geng raja2 da skrg.syukur bjaya da sahabat ni..tahniah..jauh sgt da ni
manisnyaaaaa40Bila Allah SWT mengizinkan sesuatu tiada siapa boleh menidakkan ☺️😊…semoga kita semua jugak dikurniakan oleh Allah SWT sesuatu yg tak pernah kita impikan ianya boleh terjadi, supaya semuanya yg baik²…aaminnn
princess_gyeMasyaAllah Tabarakallah 🤲🌹mabrook Ib… rezeki anak2 dr Sang Khaliq❤️
pejuangmySuka tengok bro shuib ni.. Cth orang biasa jadi luarbiasa.. Berkat usaha.. Kesabaran.. Dan ujian yg besar dalam hidup.. All. The Best for u bro in this life and hereafter
nagatujuhTak lama dapat DATO lah…. alhamdulillah..semoga dipermudahkan
sweetytinie85X lama lg dpt gelaran dato or tan sri ni…berkat doa arwah siti sarah…pernah dlm sepahtu siti sarah pghil suib tan sri…mana tau jd kenyataan…
Kita semua tahu kemudaratan garam. Ia akan meningkatkan tekanan darah dan akhirnya menyebabkan masalah kardiovaskular.
Namun kita tidak dapat mengelakkan pengambilannya dalam makanan yang kita makan setiap hari.
Kita meletakkan sedikit garam agar makanan kita menjadi sedap. Tetapi apakah manfaat yang dapat dari pemilihan garam yang terbaik?
Pengambilan makanan yang berproses (makanan yang dibungkus) yang biasa dijual di rak pasaraya besar selalunya mengandungi kandungan garam yang tinggi. Ia telah ada dalam makanan berproses tersebut. Pengambilan garam tambahan sudah tentu akan menyebabkan tahap pengambilan garam (terutamanya sodium) sangat tinggi.
Panduan Kesihatan Eropah dan Ametika Utara mencadangkan orang dewasa tidak mengambil lebih dari 1500 mg sodium setiap hari. Sodium adalah mineral yang menyebabkan rasa masin. Semakin banyak sodium di dalam garam tersebut, semakin masin rasanya.
Sumber garam yang biasa kita perolehi adalah garam laut. Ia dikenali sebagai garam laut (sea salt). Ia boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, kelabu atau merah jambu. Namun itu tidak penting. Yang penting kandungan dalam satu pek garam tersebut.
Garam laut yang terbaik adalah garam yang kurang diproses kerana semakin lama ia diproses semakin kurang kandungan garam-garam penting di dalamnya. Ia juga sebaiknya tidak dicampur dengan pewarna atau pengawet yang bertujuan untuk mewarnai dan mengekalkan bentuk hablurnya.
Setakat ini ramai yang mengatakan Pink Himalayan Salt adalah yang terbaik. Namun cuba perhatikan kandungan sodium, potassium dan magnesium yang tertulis pada label packagingnya.
Garam Bukit pula adalah garam yang diperolehi dari daratan apabila sumber air dari kawasan perbukitan menjadi kering dan meninggalkan garam pada dasar kolam.
Selalunya garam yang berproses sama ada dari laut atau bukit, akan mengalami kekurangan zat iodine. Iodine sangat penting bagi fungsi kelenjar tiroid dan perkembangan fungsi otak.
Namun begitu sumber iodine boleh diperolehi dari
sayur-sayuran hijau, rumpair laut (seaweed), susu, ikan dari lautan dan garam laut yang tidak berproses.
Secara kesimpulannya garam yang terbaik adalah garam yang mempunyai tahap sodium yang rendah, tetapi masih mengekalkan tahap potassium dan magnesium yang mencukupi.
Semoga bermanfaat.
sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anda pasti biasa dengar kan nada gurauan “I love cholesterol…” tatkala rakan atau anda sendiri mengambil makanan yang berpotensi sarat kolesterol.
Sebut pasal kolesterol, memang ramai mengetahui mengenainya. Ada yang prihatin, tidak kurang juga yang tidak ambil pusing tentang natijah pengabaiannya.
Acap kali juga golongan obes dikaitkan dengan kolesterol. Jangan pandang remeh, ‘si kedengkik’ (bertubuh kurus) pun berisiko kolesterol tinggi. Dengan kata lain, memiliki tubuh tidak gemuk bukanlah jaminan untuk terlepas daripada bahana kolesterol.
Pendapat kebanyakan pakar perubatan/kesihatan, kadar kolesterol tidak boleh diukur hanya dengan melihat tubuh secara fizikal. Kegemukan lebih melibatkan penyimpanan kolesterol pada bawah kulit. Manakala masalah berlebihan kolesterol lazimnya berkait rapat dengan pengumpulannya di dinding saluran.
Kadang-kadang pemeriksaan terhadap pesakit yang gemuk didapati tahap kolesterolnya adalah normal. Justeru, seseorang yang berasa dirinya kurus dan sihat tidak semestinya mempunyai kolesterol yang rendah.
Fenomena ini berkait rapat dengan pelbagai faktor. Meskipun begitu, tidak disangkal bahawa kegemukan boleh mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol berlebihan. Ini dikenali sebagai sindrom metabolik. Peningkatan usia dan faktor risiko penyakit kardiovaskular utama yang lain seperti diabetes dan darah tinggi turut berkait rapat dengan masalah ini.
Kandungan kolesterol yang tinggi juga ada kalanya bersangkut-paut dengan genetik individu. Namun ia bukan penyebab utama dan jarang berlaku.
Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang senaman dan pengambilan banyak makanan berkolesterol tinggi turut menjadi penyumbang.
Mati mengejut
Kolesterol merupakan suatu istilah saintifik. Ia merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dikategorikan di bawah kelompok lemak. Kandungannya yang melampau tahap normal berupaya mengakibatkan seseorang dilanda masalah kardiovaskular.
Namun kekurangannya juga meninggalkan impak pada tubuh. Acap kali dipandang negatif, kolesterol sebenarnya merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan pertumbuhan sel saraf badan.
Kolesterol boleh diperoleh daripada pelbagai sumber makanan. Antaranya kulit ayam, kuning telur, daging berlemak, santan dan makanan laut selain ikan.
Walau bagaimanapun, kolesterol dalam badan kebanyakannya dihasilkan sendiri oleh tubuh melalui proses sintesis di hati. Lantaran itu, pengambilan sumber kolesterol dari luar perlu dikawal melalui pengamalan diet yang seimbang agar arasnya tidak berlebihan.
Dalam badan manusia, kolesterol yang disintesiskan di hati akan dibawa ke dalam darah oleh lipoprotein. Kemudian lipoprotein akan membawanya ke sel-sel badan. Jika berlebihan, kolesterol ini akan mendap pada dinding arteri (salur darah). Ini akan menyebabkan berlaku penyempitan padanya dan akhirnya ia akan tersumbat.
Pemendapan kolesterol ini dikenali sebagai atheroma. Penyumbatan ini boleh berlaku pada salur darah di jantung, otak, buah pinggang, usus dan bahagian lain di seluruh tubuh. Proses penyempitan dan penyumbatan lazimnya memakan masa yang lama dan bukan cuma sehari dua. Komplikasi utama ialah penyakit jantung koronari dan strok. Keadaan ini boleh mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.
Kolesterol berlebihan dalam darah tidak banyak mempamerkan simptom. Namun, bagi segelintir individu, antara simptomnya adalah seperti kelihatan ada kumpulan lemak pada bahagian bawah kulit di sekitar kelopak mata dikenali sebagai xanthelasma.
Selain itu, ada juga yang memiliki bonjol lemak pada tempat lain di bawah kulit. Antaranya ialah di sendi tangan, siku dan pergelangan kaki. Namun, simptom ini lazimnya dialami oleh individu yang memiliki masalah kolesterol bertitik-tolak daripada faktor genetik.
Ujian paras kolesterol
Aras kolesterol boleh dikesan menerusi ujian darah sama ada disuntik pada pembuluh darah ataupun penghujung jari. Cara ini dianggap paling praktikal serta merupakan satu-satunya kaedah mengesan tahap kolesterol. Ia juga boleh dilaksanakan di mana-mana hospital mahupun klinik.
Melalui ujian darah, paras total kolesterol boleh diketahui. Pemeriksaan lebih teliti biasanya pada paras low density lipoprotein (LDL), high density lipoprotein (HDL) dan trglycerides (TG). Umumnya LDL dan TG merupakan kolesterol tidak baik. HDL pula adalah sebaliknya.
Menyentuh kaitan kolesterol dengan gaya hidup yang kurang sihat, setiap individu khususnya yang berhadapan dengan masalah ini perlu mengamalkan diet seimbang.
Senaman secara berkala juga perlu iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 hingga 40 minit. Kadar metabolisme badan akan menjadi tinggi apabila seseorang aktif dan membuat senaman. Ini membantu merendahkan kadar kolesterol khususnya dalam darah.
Selain itu, peringatan kepada si perokok, nikotin pada rokok pula bertindak sebagai pemangkin pembentukan atheroma di samping meningkatkan tekanan darah sehingga memudaratkan individu.
Kawal pemakanan
Untuk mengawal peningkatan kolesterol, . Nampak mudah, namun susah untuk diamalkan. Sesetengahnya malas untuk bersenam dan diet, sebaliknya lebih bergantung pada ubat sahaja, tetapi, perlu diketahui, ubat cuma untuk sementara waktu dan harganya pun agak mahal.
Menerusi penyelidikan, ubat memang terbukti bagus dan berkesan, namun apabila berhenti mengambilnya, potensi untuk kolesterol naik semula tidak mustahil. Justeru, beringat sebelum kena, mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Sumber: Majalah Keluarga Feb 2016
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebenarnya ada beberapa jenis kolesterol yang perlu kita fahami. Pertama, low density lipoprotein (LDL) yang disebut pula kolesterol jahat. LDL mengandung 75 persen kolesterol dan hanya sedikit protein. LDL berperanan untuk mengalirkan kolesterol ke seluruh tubuh. Kadar LDL yang berlebihan dapat menyebabkan penumpukan lemak di dinding arteri.
Jenis kolesterol berikutnya pula adalah high-density lipoprotein (HDL), dikenal sebagai kolesterol baik. HDL mengandung banyak protein dan mengalirkan 20-30% kolesterol ke seluruh tubuh.
Penyebab seseorang mengalami kolesterol tinggi
Kadar LDL dan HDL dalam tubuh boleh dipengaruhi oleh banyak perkara dan ini antaranya:-
Makanan yang dimakan
Contoh makanan yang mengandung lemak tinggi adalah, gorengan, ayam dengan kulit, daging berlemak, dan fast food.
Berat badan berlebih.
Orang yang obesitas cenderung mempunyai kadar LDL yang tinggi
Berumur
Semakin tua seseorang, maka semakin naik kadar LDL-nya. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh perubahan fungsi dan metabolisme tubuh yang semakin menurun. Jadi tidak hairanlah orang yang lanjut usianya akan memiliki jumlah LDL yang lebih besar daripada orang yang lebih muda. Kadar LDL akan mulai meningkat setelah anda memasuki usia 20 tahun.
Tidak aktif bersenam
Melakukan aktiviti bersenam atau olahraga ternyata boleh membantu meningkatkan kadar HDL dan juga membuat LDL menjadi kurang berbahaya, dengan cara meningkatkan ukuran partikel yang membentuk LDL.
Keturunan keluarga.
Sekiranya anggota keluarga anda ada yang memiliki kolesterol tinggi, anda mungkin akan mengalami hal yang sama. Orang kurus yang mempunyai keturunan kolesterol tinggi pun boleh jadi mempunyai kolesterol yang tinggi juga.
Oleh itu, bagi mencari cara untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan selain mengamalkan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor. Ada baiknya anda turut amalkan minuman ini yang telah dikongsikan oleh Ainasar Azizah yang menurutnya resipi minuman ini diperolehi daripada seorang ustaz.
Ini perkongsiannya
Masalah kolestrol degil dan dijauhi dari serangan jantung,..
“Alhamdulillah dpt petua dari seorang ustaz, dan saya ingin kongsi kan bersama sahabat FB semua…”–Ainasar Azizah
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih – buang kulit
3-5 biji kurma – buang biji
2 biji lemon – blend bersama2 kulit
1 biji timun
2 cawan air zam-zam /air mati (air mati – air panas yang dah sejuk)
CARA BUAT :
Semua bahan2 diatas diblend halus, diminum bersama2 hampas pada waktu pagi, tegah hari dan malam.
sumber : Ainasar Azizah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Bubur Asyura versi Utaqa yang manis, lemak dan mudah disediakan. Ikuti bahan, cara memasak serta tip menghasilkan bubur asyura yang pekat, licin dan sedap.