Geram juga asyik rosak aje pokok. Masalah daun bergulung dan kerinting, memang pokok susah nak jadi subur. Malah pokok juga kena serangan seranggan perosak.
Memang sedih tengok tanaman cili, kobis, sawi dan pokok-pokok yang ditanam di halaman habis rosak!
Antara serangan seranggan perosak seperti kutu thrip, hama, semut dan sebagainya adalah antara penyebab berlaku masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang lubang.
Nak tahu cara nak atasi masalah ini jom ikuti perkongsian puan Liyana Mohd Poad ini. Memang berguna untuk pencinta kebun!
Semburan Bawang Putih Atasi Masalah
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SEMBURAN ORGANIK GUNA BAWANG PUTIH
INI BAHAN-BAHANYA:
Cili padi 6 tangkai.* 5 ulas bawang putih.* Halia 3 hiris.* Sesudu minyak masak. Sesudu cecair pencuci pinggan. Air paip 250ml.*
CARA PENYEDIAAN:
*Kisar semua bahan bertanda*. *Tuang ke dlm bekas kedap udara,tutup dan biarkn 12 jam dlm suhu bilik. *Slps 12 jam, tapis bahan² yg tlh dikisar.
*Ambil 30ml pati + 1L air biasa dan masukkn ke dlm botol spray.Campur sesudu minyak masak & sesudu cecair pencuci pinggan.Goncang.Sedia utk digunakan. *Spray pd pokok pokok yg mmpunyai mslh kutu thrip,hama,semut dsb yg mnybbkn masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang lubang.
Lakukn pd sblh ptg shj slps siram pokok.Terpakai utk semua jenis tanaman berumur sebulan ¹/² ke atas.Lakukan seminggu dua kali.
*Pati semburan organik blh disimpan ke dlm peti sejuk dan tahan utk tempoh 3 bln. Selamat Mencuba.
Sawi jeruk homemade tidaklah susah hendak membuatnya. Hanya guna lima bahan sahaja. Bagi penggemar sawi jeruk, biasanya kita beli di pasar. Kadang-kala ragu-ragu juga mengenai status halal sawi jeruk ini, tahap kebersihan dan proses pembuatannya.
Sebenarnya anda boleh sahaja membuat sawi jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ija Honey ini. Pasti sedap!
RESIPI SAWI JERUK
Bahan-bahan:
1 kg sawi (Kai Choy)
Garam kasar secukupnya
Cara-cara membuat:
1.Potong sawi dan rendam sekejap untuk buang kotoran yang melekat pada sayur. Basuh dan toskan.
2. Lumur garam kasar pada seluruh kelopak sawi.
3. Bila semua kelopak sudah dilumur, letak sawi dalam bekas besar. Perap selama 4 jam.
4. Selepas 4 jam, basuh sawi dengan air bersih untuk membuang lebihan sisa garam kasar. Keringkan.
Bercakap tentang aiskrim Malaysia, memang ada macam-macam perasa. Setiap satunya ada rasa yang tersendiri. Contohnya dengan perkongsian resipi aiskrim Malaysia bercitarasa Bluemint Dynamite oleh Che Marlyah.
Aiskrim Malaysia. Aiskrim Bluemint Dynamite.
First time buat dan nak merasanya.. orang lain dah berzaman buat..Suami cakap aiskrim alien ke..Bila dia dah rasa, dia cakap sedap..
Selit jelah resepi.. kot ada yang baru, nak belajar buatkan..
Cara saya..
Resepi susu:
1tin susu cair.*
1tin susu pekat manis.*
4tin air.*
1/2sd kecil garam.*
5sd besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat.
(Di bancuh dengan air dahulu.)
Pewarna makanan (biru)
Gula-gula dynamite secukupnya.
🔹Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk.. kacau bagi sebati.
🔹Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
🔹Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
🔹Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
🔹Kacau-kacau bagi sebati dan mendidih jap.
🔹Tutup api.. sejukkan dan tapis ke dalam jug.
🔹Masukkan 2biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
🔹Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.
Sumber : Che Marlyah Ina Saad via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...