Anak-anak kecil terutamanya mudah terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di dapur. Antaranya melecur akibat tersiram minyak panas, air yang mendidih dan sebagainya.Oleh itu, adalah penting menjadikan dapur ‘baby-friendly’ supaya kemalangan ini dapat dielakkan.
Namun begitu, jika musibah ini terjadi ibu bapa harus bertindak pantas dan mempunyai pengetahuan asas untuk melakukan langkah rawatan asas yang betul bagi mengelakkan kecederaan anak bertambah teruk.
Melalui perkongsian seorang doktor perubatan Hana Hadzrami, beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang perkara asas yang perlu ibu bapa lakukan jika anak terkena minyak atau air panas. Sekaligus membantu meminimumkan kecederaan anak.
“Beberapa bulan dahulu saya menjaga seorang bayi berumur setahun yang dirawat PICU akibat melecur lebih 40% badan. Habis kepala, muka, dada, tangannya kehilangan kulit, hanya tinggal isi yang merah.
Satu badan berbalut dengan hanya menampakkan sebahagian muka (sebahagian lagi ditutup dengan lapisan kolagen) dan kedua-dua belah kaki.
Dia memerlukan bantuan pernafasan dengan mesin bantuan hayat kerana tak mampu bernafas dengan baik.
Anak itu memerlukan pembedahan buang lapisan tisu mati serta menukar balutan (dressing) pada badannya setiap selang sehari.
Tersiram air kopi
Setiap kali dressing dilakukan ianya perlu dibuat di dewan bedah dengan bius penuh. Ini kerana tisu kulit yang mati atau membusuk harus dikikis buang untuk mencegah jangkitan kuman.
Puncanya ialah bayi itu menaiki walker dan menarik alas meja makan. Di atas meja pula ada seteko air panas yang baru setengah jam siap dididih.
Ads
Air panas itu telah tersiram pada kepala dan sebahagian besar tubuhnya. Menggelupur anak itu menahan sakit.
Saya teringat anak saya dulu sewaktu berumur dalam 3-4 tahun pernah tersiram kopi panas yang baru dibancuh dengan air mendidih; belum 15 minit selepas didih pun.
Kopi itu saya letakkan di rak almari sebelah atas. Namun anak saya telah memanjat almari dan mencapainya. Lalu kopi panas tersiram daripada kepala sampai ke badannya. Anak tadi melecur teruk sampai masuk ICU. Manakala anak saya selamat tak jadi apa-apa. Syukur!!
Rawatan asas
Kenapa boleh berbeza hasilnya sedangkan mengalami kemalangan yang sama? Bezanya ialah saya mengetahui bantuan rawatan asas (first aid) dan dengan izin Tuhan, berjaya mengaplikasi pengetahuan tersebut kepada anak sendiri.
Sebaik saja tersiram kopi panas, segera saya bawa dia ke bilik air dan saya siramkan air paip secara berterusan. Dengan bajunya sekali saya siram (kerana bajunya tipis).
Siraman itu perlu berterusan sehinggalah dia tak lagi berasa sakit dan tiada lagi kesan merah pada badannya.
Ads
Manakala anak yang malang tadi; ibubapanya tiada pengetahuan first aid. Dalam keadaan panik, terus anak itu di bawa ke hospital. Kulit yang tersiram air panas terus ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana haba terus masuk kedalam kulit secara langsung.
Sampai di hospital, semua dah terlambat; lecur tadi dah jadi third degree burn. Kesian si anak perempuan tadi. Wajah dan tubuhnya takkan kembali seperti dulu!
Petua
Kerap saya terdengar cara merawat lecur dengan cara menyapu ubat gigi atau dengan merendam anggota melecur dalam guni tepung . Ada juga yang suruh sapu minyak masak. Bermacam jenis petua ada.
Petua-petua tersebut diturunkan oleh nenek moyang dengan niat baik. Namun ianya kurang tepat dan boleh memburukkan keadaan jika lecur itu serius dan melibatkan kawasan besar.
Jika tersiram minyak atau air panas, jangan panik. Segera bawa mangsa ke bilik air dan lalukan dengan air paip secara berterusan selama sekurang-kurangnya 20 minit atau hilang rasa sakit.
Ads
Jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal; tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’.
Percayalah, jika first aid dilakukan dengan segera; jangankan melecur, tanda merah pun tiada. Belajarlah asas rawatan seperti mengendalikan luka kecil dan pendarahan, memberi rawatan permulaan bagi luka melecur, kerana kemalangan kerap terjadi dalam rumah.
Dengan pengetahuan rawatan asas, anda boleh mencegah kecederaan yang lebih besar.
Simpan barang berbahaya
Paling baik jika ada anak kecil di rumah ialah menjadikan rumah anda baby-friendly supaya kemalangan dapat dicegah.
Simpan segala alas meja, perhiasan kaca atau kristal. Elakkan wayar elektrik berjuntai ke bawah. Simpan benda tajam dan berbahaya di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak kecil.
You can make a difference!
Hana Hadzrami
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dikongsikan buat Ibu bapa semua. Apa yang penting lebih berhati-hati dan membuat rawatan asas yang betul jika berlakunya kemalangan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua pelajar menginginkan kejayaan dalam kehidupan. Kejayaan yang diperoleh akan memudahkan seseorang pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Bagaimanapun untuk berjaya tentunya pelbagai kaedah pembelajaran diadaptasi untuk cemerlang dalam setiap pelajaran.
Ia termasuk nota ringkas dan padat. Tular di aplikasi TikTok, hyekalafq atau nama sebenar Mohammad Haikal Afiq Mohammad Hussin seorang pelajar berusia 16 tahun, berkongsi nota pelajaran yang dihasilkan dalam keadan yang cantik dan kemas serta warna-warni.
KREATIF!
Agar memastikan nota padat dan ringkas, pelajar bekenaan akan memahami sesuatu topik dahulu sebelum membuat nota. Dia akan mengambil masa selama satu jam untuk menghasilkan dua muka surat nota setiap hari.
Untuk menghasilkan nota cantik dan kemas sebegini, pelajar ini akan bangun awal pagi sebelum Subuh, sekitar pukul 4 pagi hingga 5 pagi. Terdahulu akan mebuat selepas selesai ulangkaji pelajaran, antara pukul 11 malam hingga 12 tengah malam.
MENGGUNAKAN PELBAGAI JENIS PEN
Rata-rata netizen memuji kesungguhan pelajar menyediakan nota cara yang kreatif. Malah ada yang bertanya jenis-jenis pen dan buku yang digunakan.
CEMERLANG DALAM PELAJARAN
Malah kesan daripada nota padat dan kemas ini, pelajar ini berkongsi keputusan peperiksaan yang cemerlang 7A hasil teknik nota yang kemas dan kreatif!
Semoga cara kreatif pelajar ini menjadi inspirasi kepada anak-anak remaja lain. Nota yang cantik dan kemas secara psikologinya mampu membantu mood belajar dengan baik.
Terkini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa kemunculan varian Covid-19 baharu yang digelar “deltacron” – strain hibrid yang menggabungkan kedua-dua varian delta dan omicron.
WHO memaklumkan berkaitan penularan Deltacron menerusi taklimat pada Rabu lalu. Menurutnya, varian itu merebak di Perancis, Belanda dan Denmark.
WHO tidak menolak kemungkinan varian baharu itu berisiko menjadi ‘masalah utama’ di Eropah dan AS, biarpun beberapa pakar berpendapat varian itu tidak perlu dibimbangkan.
Menurut Dr. Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal WHO untuk Covid-19 berkata, kes telah dilaporkan di Denmark, Perancis dan Belanda, tetapi menyatakan tahap pengesanan adalah “sangat rendah.
Dalam pada itu, Ketua Saintis di Helix, California, William Lee berkata, varian Deltacron yang dikesan belum mempunyai ‘maklumat terperinci’ yang membolehkan para saintis membuat kajian, namun masih perlu dipantau dari semasa ke semasa.
Katanya, jumlah kes Deltacron masih rendah, walaupun di beberapa negara yang jangkitannya ditularkan secara individu ke individu dan berharap varian baharu ini tidak lagi menjejaskan sistem kesihatan global.
Dalam pada itu, menurut laporan USA Today, William Hanage, ahli epidemiologi di Harvard T.H. Chan School of Public Health, memberitahu akhbar itu bahawa masih terlalu awal untuk mengambil berat tentang deltacron.
“Ia hanya satu varian jika ia menghasilkan sejumlah besar kes. Jika tidak ada banyak kes, orang ramai tidak perlu risau,”
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umumnya, kalau sorang anak demam pasti kemudiannya akan ada anak-anak yang lain pula demam. Seakan berjangkit pula jadinya, Lepas sorang, seorang.
Pun begitu, kejadian ini boleh dihindarkan bila kita boleh lakukan sepertimana yang disarankan oleh puan No Or ni.
Katanya, perlu bersihkan udara. Jadi bagaimana caranya? Ini perkongsiannya.
Musim demam, sakit tekak silih berganti. Cik No nak share satu petua ni. Petua Bersihkan Udara Tak Sihat dalam Rumah.
Cara yang paling jimat namun sangat efektif. Sakit tak berjangkit. Yang sakit tu pun jadi cepat baik.
Petua ni guna bawang merah je. Sangat jimat tau kalau nak compare dengan bil klinik tu haa.
Kita guna bawang merah je.. tapi since kat rumah Cik No cuma ada bawang besar je. Guna yang ni aje la.
Caranya :
1- Potong 2-3 ulas bawang besar. 2- Letak dalam 2,3 bekas kecil. 3- Bekas yang berisi bawang tu letak kat setiap ruang ataupun bilik. Wajib letak kat bilek orang yang sakit tu jugak la .
Bawang yang dah kering tu, nanti ganti yang baru. Buat sampai orang yang sakit tu sembuh.
Insha Allah tak lama pun, biasanya hari kedua dorang dah sihat.
Ramai yang impikan rumah besar, luas, dan mewah. Tapi tahukah anda, semakin besar rumah, semakin tinggi kos penjagaannya? Bukan sekadar bayar bil utiliti, tapi...