Cerah & Cantikkan Kulit Cara Pantas Tapi Berkesan. Wanita Ini Kongsikan Petua Guna Skrub Beras Homemade. Wajib Cuba!

Share

Memiliki kulit yang mulus dan bebas dari sebarang masalah adalah idaman setiap wanita. Kerana itu, pelbagai produk kecantikan ditawarkan dipasaran menjadi kegilaan kaum wanita untuk mencubanya.

Tanpa sedar penggunaan bahan kimia di dalamnya boleh menyebabkan kesan buruk pada kulit.

Tapi tahu tak kalau kita buat skrub sendiri, terutama skrub beras, hasilnya memang berbaloi dan kesannya boleh dibezakan waktu itu juga. Kulit memang rasa lebih lembut dan cerah.

Kalau hasilnya semacam itu, rajin-rajinkanlah diri buat sendiri di rumah. Ikut cara yang dipraktikan oleh Nurul Ashikin Johari  yang memilih untuk membuat skrub sendiri untuk kegunaan hariannya. Senang saja!


“Hari minggu macam ni anak anak semua ke rumah grandma. Mummy pun apa lagi start projek macam kebiasaan lah kan.

“Masa untuk manja kan diri pulak,Korang boleh follow jugak. Mudah je, jimat masa, yang penting jimat duit. Tak perlu beratus nak pi spa. Boleh follow gamba kat bawah okay.

Bahan-bahan

  1. Beras Pulut
  2. Limau purut
  3. Sedikit air

Cara membuat:

  1. Kisar bahan-bahan tersebut hingga lumat/sebati.

2. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk atau bekas kecil.

3. Sapukan scrub yang siap dikisar ke tubuh anda. 

Sumber: Nurul Ashikin Johari

 

IKLAN