Sebelum-sebelum ini pernah viral minuman atau menu pencuci mulut daripada negara Thailand, Cha Bang Ang. Jika dibeli harganya boleh tahan juga dan ada yang menjualnya RM15 untuk semangkuk kecil. Tapi jika anda menyediakan sendiri dengan bahan-bahan yang ringkas memang boleh berjimat sangat.
Disebabkan itu, bolehlah anda mencuba resipi yang dikongsikan oleh Maya Miera ini untuk kita dapat nikmati seisi keluarga.
Dessert Ala2 Cha Bang Ang.
Resepi:
1 cawan susu kotak full cream (Beli online di sini)
1 tin susu cair (Beli online di sini)
1 tin susu pekat (Beli online di sini)
1/2 peket biji selasih
1 tiub cincau
2 sudu besar air gula merah
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Ais kiub secukupnya
Cara-caranya:
1. Masak susu cair,susu pekat,esen vanilla dan secubit garam..masak sekejap ja bagi suam-suam dan sebati.
Menantikan detik kelahiran cahaya mata pastinya momen yang dinantikan oleh setiap suami isgeri.
Tak sabar menantikan si kecil menjengah dunia. Waktu inilah sokongan suami sangat diperlukan dalam membantu isteri dalam proses kelahiran.
Bagi suami yang berpeluang masuk menemani isteri bersalin, inilah masanya untuk anda menyaksikan sendiri pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata anda.
Perkongsian seorang doktor bernama Nur Hanisah akan gelaagat seorang suami yang patut dijadikan contoh oleh para suami lain.
ANUGERAH SUAMI CONTOH
Asyik bercerita tentang perangai mak-mak je dalam labour room kan. Apa kata sekali ni kita cerita pasal bapak pulak?
Kalau haritu ada cerita tentang doktor dan misi sebagai pasukan sorak ibu bersalin. Bila sebut pasal ayah ni, boleh kata mewakili coach agaknya.
Teringat satu kenangan menyambut kelahiran bayi pertama sepasang suami isteri.
Sang suami begitu proaktif sekali dalam membantu si isteri. Apa yang kami sebut, itulah yang dia ikut.
“Teran kuat, ayang! Panjang! Panjang!”
Terharu saya dibuatnya. Sungguh, suami seperti dia benar-benar membantu kerja doktor dan misi semua.
Bila isterinya tak teran kuat mana, dia ikut menegur kesalahan isteri pula.
“Eh, jangan bunyi gitu! Ketap gigi! Kuat lagi! Lagi!”
Tersenyum saya dibuatnya. Teruja dengan kesungguhannya.
Apabila doktor memanggil sang suami,
“Encik, cuba tengok sini kepala anak dah sampai mana. Suruh isteri encik teran kuat lagi.”
Maka, dia encourage lagi dengan bersungguh-sungguh.
“Sambung! Sambung!”
Hampir tergelak saya dibuatnya.
Semangat betul dia!
Di saat kepala bayi kelihatan sudah mula mahu keluar, dia membuka kaki luas bagi tujuan merendahkan badan. Memastikan bisikan benar-benar sampai ke telinga isteri. Macam nak bersilat dah gaya dia waktu ni!
“Ok sayang! Last shoot! Last shoot!”
Allahu! Masa ni memang saya tak boleh tahan nak tergelak! Dia ingat agaknya dalam perlawanan bola sepak?
Akhirnya, si bayi selamat lahir.
Apabila doktor mengangkat bayi sambil bertanya, “Puan, sebut anak lelaki ke perempuan?”
Sang suami terlebih dahulu memberi respon teruja. Dia menekup muka dengan mata terbeliak. Antara terharu dan gembira.
“Doktor, saya dah boleh keluar, kan?”
Saya sangka, pasti dia mahu sujud syukur atas kegembiraan dikurniakan anak pertama mereka.
Memanglah dia boleh dapat Anugerah Suami Paling Proaktif dalam labor room ni!
So, nak share sikit tips untuk para suami yang teman isteri bersalin.
1. Pastikan isteri ikut arahan doktor/misi.
Maksudnya kat sini, para suami kena peka! Dengar apa yang doktor/misi sebut. Ikut je ulang semula kepada isteri. Macam contoh suami dalam cerita tadi. Sampai doktor dan misi pun puji sebab dia telah membantu memudahkan urusan kami. Terbaik!
2. Jaga aurat isteri
Ini boleh dilakukan semampunya. Di ambang masa kemuncak isteri untuk mula bersalin, selalunya si isteri akan tak senang duduk melawan sakit kontraksi. Bergolek ke kanan. Bergolek ke kiri.
Tak kena cara, boleh terdedah aurat mereka. Begitu juga tentang tudung. Selagi tidak memudaratkan isteri, jagalah bab ini. Si isteri memang tak mampu nak jaga aurat sendiri dah waktu ni. Kesakitan menguasai diri. Maka, tolonglah ‘jaga’ mereka ya, para suami mithali.
3. Baca zikir ke telinga isteri
Terharu bila tengok ramai suami berbuat begini. Teruskan ya! Semoga isteri sentiasa dalam keadaan mengingati Tuhan Yang Esa. Dia jua yang Maha Memudahkan Segalanya.
4. Jaga solat isteri
Tolonglah para suami. Cakna hal yang satu ini. Ikut mazhab Syafie, selagi tak keluar bayi, selagi itu wajib solat. Maka perlu cakna waktu solat dan arah kiblat ya. Belajar juga cara ambil wudhu guna spray.
Boleh dalami lagi ilmu tentang ni daripada ustaz ustazah. Islam itu mudah. Tetapi bukan untuk diambil mudah.
5. Berterima kasih kepada isteri
Fuh! Sendiri tengok orang bersalin pun dah dapat rasa penat dia macam mana. Struggle tahap tinggi punya!
Para suami, ringankan mulut. Ucapkan terima kasih kepada isteri. Kucup dahi isteri tanda penuh menghargai. Ada saya tengok, suami lebih excited tengok bayi yang baru dilahirkan daripada isteri yang baru habis menang ‘berlawan’.
Memanglah si isteri dah tak kisah pun sebab lebih nak berasa lega daripada penat yang amat sangat. Tetapi alangkah sejuknya hati bila dapat lihat suami yang sudi layan isteri macam bidadari.
Oh ya! Apa salahnya berterima kasih juga kepada pasukan sorak (doktor dan misi) yang turut menyumbang jasa. Hormatilah mereka dengan tutur kata yang baik dan riak wajah yang manis. In syaa Allah, semua gembira!
Sekian sahaja.
Selamat menjadi seorang bapa yang penyayang kepada ibu dan anaknya!
.
.
Nur Hanisah
Yang Memerhati
.
P/s: Kongsikan tips ini kepada pasangan sendiri, adik-beradik, mahupun rakan-rakan yang bakal melalui perjalanan yang sama nanti!
Jemput Follow dan set See First Nur Hanisah supaya dapat selalu baca post santai dan bermanfaat tentang dunia #HospitalTarbiah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh perihal menyediakan hidangan yang menyihatkan untuk keluarga,adalah salah satunya dengan menyediakan nasi yang dimasak daripada beras basmathi. Sebagai mana semua kita mengetahui, beras basmathi adalah kurang berkanji berbanding beras putih biasa. Selain itu, rasanya juga lebih enak dan mempunyai tekstur beras yang lebih panjang dan akan kelihatan cantik setelah dimasak.
Pun begitu, jika tidak tahu cara atau petua memasak beras basmathi ini bimbang juga beras yang panjang akan patah dan tidak menarik bentuknya. Oleh itu ketahui dahulu tip penting untuk memasak beras basmathi ini. Barulah hasil masakan kita nampak macam seorang chef pakar yang menyediakannya. Jom semak!
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
4. Gunakan sudip
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan sudip seperti garpu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Antara juadah minum petang atau sarapan yang menjadi permintaan ramai sudah semestinya, cekodok pisang. Bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak malah orang dewasa pun boleh habiskan berpinggan-pinggan cekodok pisang ini. Namun, apakah ‘rahsia’ cara buat cekodok pisang rangup dan kurang berminyak?
Ada orang cakap kalau kurang berminyak, cekodok pisang akan jadi keras, tetapi tidak apabila anda menggunakan petua yang dikongsikan ini. Jom kita cuba!
CARA BUAT CEKODOK PISANG RANGUP, JIMAT MINYAK
Bahan-bahan
-5 biji pisang besar-besar
-2 sudu besar majerin
-5 sudu besar gula pasir (boleh kurangkan ikut citarasa)
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil garam
*Semua bahan-bahan ni dilenyek sebati
Tujuan letak majerin untuk merangupkan tekstur luaran kulitnya bila digoreng dan dia merupakan guard supaya minyak tak diserap ke dalam isi dan pastinya akan ada kelainan rasa dalam jemput-jemput pisang tu…
Dah lenyek dengan sebati, masukkan:
-2 cawan tepung gandum
-Gaul saja bagi sebati dengan pisang yang dilenyek
-TAK PERLU LETAK AIR
-Rehatkan dia kejap dalam 10-15 minit
Lepas tu boleh la goreng macam goreng cokodok biasa dengan api sedang-sedang slow ya. Kalau guna api kuat, confirm hangit dan tak masak dalamnya.
*Terliur bukan tengok kegebuan cekodok pisang ini? Lagi puas makan sebab kurang berminyak!
Sumber: Cik Pooja
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di