“Check Sebiji-Sebiji Tak Ada Pecah & Telur Pun Bersih,” Kongsi Kisah Pakcik Ni Berniaga Telur Cantik & Murah, gadis Ni Ajak Support!

Share

virus COVID-19 ini menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan. Justeru, pelbagai cara dan usaha dilakukan untuk mencari sumber pendapatan.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @nawalhudaa ini, di mana seorang pakcik yang dijumpainya di Gombak berikhtiar dengan menjual telur ayam sebagai salah satu cara untuk mencari punca pendapatan.

Sebelum ini, lelaki tersebut menjual telur di pasar malam, namun dek kekangan civod-19 dia terpaksa mencari alternatif lain memandangkan pasar malam ditutup.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub

 

IKLAN