Pempengaruh media sosial, Cik Epal mendapat hak penuh penjagaan ke atas dua anaknya, Han dan Yuki di dalam jagaannya.
Menerusi Instagramnya, Cik Epal berkongsi mengenal hal itu kepada pengikutnya di Instagram malah bersedia mengutamakan anak-anaknya dalam apa jua perkara.
“Hak ibu sebagai penjaga termaktub dalam undang-undang. Alhamdulillah hak jagaan penuh Han dan Yuki dapat dekat aku.
Ads
“Namun kes hari ini aku telah bersedia berbincang dan demi kepentingan anak-anak, aku ketepikan bahawa duda aku burukkan aku depan anak, aku ketepikan hal aku diburuk-burukkan dan aku ketepikan fakta dia curang,” luahnya.
Tidak mahu dua anaknya terkurang kasih sayang seorang bapa, usahawan berjaya ini juga turut mencari kediaman baru berdekatan rumah suaminya bagi membolehkan dua anaknya terus berjumpa bapa mereka.
Ads
“Dia bapa yang baik. Demi anak-anak, aku cari rumah dekat supaya duda aku boleh jumpa dan boleh gilir-gilir jaga.
“Boleh jumpa anak anak selalu. Sebab aku sayangkan anak-anak aku. Aku harap lepas ni duda aku tak buruk-buruk kan aku lagi. Kalau tak, aku memang akan fight semula.
Ads
“Mengalah demi anak. Asalkan anak gembira dan punya ayah walaupun aku dibuang. Mama sentiasa sayang Han & Yuki,” luahnya lagi.
Terdahulu Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam sah bercerai selepas kemelut rumah tangga mereka membabitkan pekerja Jofliam sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali menjelang waktu sahur, ramai yang mengambil peluang untuk mengisi perut sebelum memulakan ibadah puasa.
Walaupun bukan satu kewajipan, bersahur adalah amalan sunat yang sangat digalakkan kerana ia membawa keberkatan dan memberi tenaga sepanjang hari.
Namun, ada juga yang kurang berselera untuk makan di waktu sahur dan sekadar minum air kosong, dengan anggapan ia sudah mencukupi untuk berpuasa.
Seorang doktor, Dr Hakim, menasihatkan agar tidak bersahur dengan hanya minum air kosong sahaja.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, beliau menjelaskan bahawa bersahur tanpa makanan yang mencukupi boleh menyebabkan badan menjadi lemah, lesu, dan cepat mengalami dehidrasi sepanjang hari berpuasa.
“Jangan minum air kosong sahaja semasa bersahurt. Ramai yang tidak tahu hanya minum air kosong sahaja boleh buat badan kita lemau, rasa lesu, cepat dehidrasi. Rasa tak larat sepanjang berpuasa.”
“Sebenarnya air kosong je tak cukup, badan kita sebenarnya memerlukan elektrolit untuk kekal bertenaga dan elak pening kepala, sakit badan dan lemah semasa bulan puasa terutama waktu pagi,” ujarnya.
Letak sedikit ‘celtic salt’ dalam minuman
Menurut Dr Hakim, solusi bagi perkara itu sangat lah mudah iaitu dengan hanya menambah sedikit ‘celtic salt’ ke dalam air kosong.
Jelasnya, celtic salt mempunyai garam mineral yang lebih tinggi membolehkan badan menyerap air dengan lebih ‘efficient’ (cekap).
“Apa-apa pun, jangan percaya mitos, bukan semua garam sebabkan darah tinggi. Garam celtic ini berbeza, ia membantu untuk seimbangkan mineral dalam badan kita dan elakkan kekejangan otot walaupun kita tak senaman di bulan puasa,” katanya lagi.
Seorang bayi perempuan ditemui depan rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, di sini, pagi tadi.
Menurut seorang pengguna akaun Tik Tok @eyyraidora yang memuat naik video di TikTok, bayi yang diletakkan dalam beg plastik ditemui di atas meja sebuah rumah.
“Pagi tadi gamak la awak buang bayi letak dalam beg plastik eco, letak atas meja.
“Kejadian di Sanglang, Perlis dekat rumah kami. Yang jumpa budak lelaki,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Berdasarkan hantaran tersebut, dia turut menyertakan wajah bayi perempuan berkenaan termasuk individu yang menemuinya.
Seorang pengguna Facebook dikenali Shazwany Zamri meluahkan kerisauan seadandainya bayi berkenaan dibawa lari oleh anjing liar di kawasan berkenaan.
“Gamaknya awak buang, letak dalam beg, letak atas meja begitu sahaja.
“Tak boleh fikirlah. Kalau beg tu jatuh ke bawah, anjing bawa lari la. Ish, la kesian tengok baby tu,”luahnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Yusop berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga pemilik rumah berkenaan memaklumkan penemuan bayi itu pada pukul 8.35 pagi.
“Sepasukan anggota dari Balai Polis Simpang Empat telah dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan awal dan bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), untuk pemeriksaan kesihatan,”katanya, hari ini.
Beliau berkata, setakat ini, usia sebenar bayi berkenaan masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab meninggalkannya.
Sumber: TikTok @eyyraidora, FB ShaZwany Zamri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak syurganya didera tanpa sekelumit rasa belas kasihan. Lebih menyedihkan, pusat jagaan yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan dan kasih sayang bagi anak istimewanya, Anaqi, didakwa menjadi punca penderitaan tersebut.
Munirah Salamat berkongsi pengalaman pahit yang terpaksa dilaluinya apabila anak yang dikasihi menjadi mangsa pengabaian dan penderaan di tempat yang seharusnya menjadi ruang paling selamat buat mereka.
Keadilan buat Anak Syurga. Bismillahirrahmanirrahim.
Siapa tak kecewa, marah, sedih bila orang yang kita harapkan membela nasib anak-anak Syurga memperlakukan anak² ini. Bukan seorang yang jadi mangsa mereka dan bukan seorang pelakunya.
Pada awalnya kami cuba berbaik sangka bila berlaku kecederaan sekali dua. Setiap kali terjadi sesuatu yang mencurigakan, saya akan ambil dan simpan gambar Anaqi. Ada 2 kejadian lagi saya lupa rakam
1) Kejadian jatuh monkey Bar (Anaqi yang tiada upaya disuruh panjat & dibiarkan) agak mustahil di sini sebab keadaan Anaqi. Ibarat orang strok disuruh memanjat & dilepaskan. Wallahua’lam..
2) Kejadian garisan di muka,tangan (pelatih lain dikatakan mencederakan Anaqi) Hanya kesan parut yang tinggal.
Kenapa saya bersangka baik? Sebab salah seorang penjaga mempunyai anak sindrom down juga. Tapi seperti kata pepatah, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.. Alasan demi alasan setiap kali terjadi sesuatu. CCTV? Bak kata pengurusan, tidak berfungsi. Semudah itu..
Lagi kami kecewa sebab pengurusan adalah dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down. Mereka memilih untuk berpihak kepada pelaku daripada membela nasib anak-anak ini.Mereka berselindung di sebalik Persatuan.
Jadi siapa yang membela nasib mereka? Saat kami tiada tempat untuk dirujuk, kami bertanya kepada YB Senator OKU.
Langkah diambil dengan membawa Anaqi ke OSCC PPUM. Pakar paediatric meminta kami membuat laporan polis.Selepas laporan polis dibuat, kami diarahkan oleh IO untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di OSCC Hospital Putrajaya sekali lagi kerana laporan polis dibuat di situ. Hasil pemeriksaan pakar adalah sama seperti di PPUM suspek #childabuse.
Dan di sini lah bermulanya perjuangan kami demi keadilan anak-anak syurga. Terima kasih YB Senator Isaiah D Jacob dan SU Puan Zulinah A Johari yang menyokong kuat perjuangan ini. Beliau ada bersama kami saat nasib anak-anak ini dipermainkan nasibnya.
Terima kasih juga team #justiceforbella Firdaus Ashaj Mona Din Dan kak MM Hairun Nizah dari BBS sebagai parent support group dan berpengalaman kes penderaan anak beliau, menyokong kes Anaqi dan Adam.
Kita akan fight demi keadilan anak-anak Syurga ini.Pelaku telah mengaku bersalah atas kesalahan pengabaian. Tetapi perjuangan tidak terhenti di sini, kami akan teruskan.Terlalu banyak yang diselindungkan.Persoalannya Agressive kah anak ini??? Anak yang tiada upaya berjalan & bercakap.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.