Cikgu bukan Islam ajar tulisan Jawi buat ramai warga maya kagum. Seorang guru Kristian, Loren Fren, telah menarik perhatian warga maya apabila videonya mengajar tulisan Jawi menjadi tular di media sosial.
Cikgu Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi
Menerusi laman Facebook peribadinya, Loren, seorang guru sekolah rendah di Sabah, telah berkongsi video tersebut.
“Saya jarang-jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Loren turut menghasilkan nota Jawi sendiri sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tulisan Jawi Loren yang kemas dan tersusun rapi berjaya mencuri perhatian warga maya. Ramai yang memuji usaha guru wanita itu.
Ramai juga yang kagum melihat kesungguhan Loren dalam menguasai tulisan Jawi, yang sering dikaitkan dengan budaya Melayu-Islam.
Menurut Loren, tulisan Jawi mula diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 sejak tahun 2020, dan ia akan terus diajar hingga murid Tahun 6.
Ads
Langkah ini bertujuan memperkaya pemahaman murid terhadap aspek seni, warisan dan sejarah Melayu.
Buat Ramai Warga Maya Kagum
Bagaimanapun, sebagai seorang guru, Loren mengakui bahawa dirinya juga masih dalam proses pembelajaran.
Usaha Loren ini jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi bukan hanya sekadar sebahagian daripada kurikulum sekolah.
Tulisan jawi juga merupakan warisan seni dan budaya yang perlu dihargai oleh setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama.
Kisah Loren ini turut mendapat perhatian daripada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Ads
Beliau mengucapkan tahniah atas usaha dan dedikasi Loren dalam menyebarkan ilmu, serta menghormati dan mencintai budaya tempatan.
Apa yang dilakukan oleh Loren adalah contoh terbaik tentang semangat perpaduan dan toleransi di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, Loren membuktikan bahawa pendidikan berperanan besar dalam menyatukan rakyat, dan bukan memisahkan mereka.
Bilik tidur yang cantik dan kemas tentu akan memberikan ketenangan sekali gus, membawa aura postif dalam diri ketika berehat sebelum tidur. Boleh lah ‘pillow talk’ dengan pasangan sweet-sweet.
Siapa yang tidak suka berada di dalam bilik yang cantik bukan? Jika anda sedang mencari idea bagaimana untuk menjadikan bilik tidur anda cantik dan kemas tapi ringkas, ikuti cara wanita ini.
Menariknya, bilik tidurnya tidak memilik katil tapi cara hiasan sungguh inspirasi. Susun bilik tidur tidak sarat dengan barang perkakasan yang menjadikan bilik sesak pandangan mata.
Ikuti perkongsian ini.
“Decko tanpa katil..kite rumah sewa je.”
Lihat cara susun atur biliknya tanpa katil. Kemas dan ringkas!
Gaya santai bilik tidurchestdrawer beli di Ikea.Langsir beli di Kaison., Langsir putih di DIYNampak mewah
Susun atur yang kemas. Boleh cuba cara ini, bilik tanpa katil.
Baru sahaja Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang sebelum ini ditangguhkan berikutan cuaca panas. Namun semalam kita dikejutkan dengan berita yang ada seorang pelajar tingkatan tiga mengalami strok haba ketika menyertai aktiviti larian.
Hal ini mendapat pelbagai reaksi dan antaranya yang meninggalkan komen awal di facebook Sinar Harian berkenan berita tersebut adalah Cikgu Fadli Salleh yang tidak asing lagi buat kita semua.
“Aduh. Baru je KPM benarkan aktiviti luar. Murid-murid baru je gembira, dapat berita gini tak sedap hati nak buat aktiviti luar masa PJ ni. Main bawah bangunan je la sementara ni. Seram” Itu antara komen awal daripada Cikgu Fadli Salleh bila terbaca berkenaan paparan berita ada seorang pelajar mengalami strok haba ketika menyertai aktiviti larian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Ini sekali gus turut menarik perhatian ramai ibu ayah yang turut bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka yang dikatakan bakal terlibat dengan aktiviti merentas desa di beberapa sekolah.
Pelajar Alami Strok Haba, Gara-gara Aktiviti Larian
Memetik berita yang dikongsikan Sinar Harian, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pelajar lelaki berusia 15 tahun itu dibawa ke Hospital Pekan selepas mengalami simptom suhu badan terlampau melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat selain percakapan dan fungsi otak terjejas.
Menurutnya, pelajar tersebut diberi rawatan hidrasi dan sokongan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
“Pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) HTAA dan keadaannya semakin stabil,” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.
Dr Nor Azimi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengehadkan aktiviti di luar dalam cuaca panas.
“Gunakan pelindung diri dan sentiasa mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan.
“Sentiasa awasi gejala keletihan dan strok haba dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas,” katanya.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita di atas tragedi gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria.
Ucapan berkenaan dizahirkan kepada kerajaan dan seluruh rakyat kedua-dua negara terbabit termasuklah ucapan takziah buat semua keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah buruk itu hingga mengakibatkan kehilangan ratusan rakyat serta kerosakan harta benda.
Seri Paduka berdua berdukacita atas kehilangan ratusan nyawa dalam tragedi itu serta menzahirkan harapan seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Seri Paduka berdua turut mendoakan agar roh-roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.
Menurut kenyataan Istana Negara, semasa tempoh ini, Seri Paduka berdua dan Malaysia akan bersolidariti dengan rakyat Turkiye dan Syria serta mendoakan agar mangsa-mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan akibat tragedi itu dapat diselamatkan dengan segera, selain mereka yang tercedera dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
Di samping itu, Al-Sultan Abdullah turut menyeru agar semua masjid mahupun surau di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon keselamatan mangsa dan keluarga mereka. Bukan itu sahaja, para jemaah juga digesa mengadakan solat jenazah ghaib bagi mangsa yang telah kembali ke rahmatullah.
Untuk info, pasukan elit SMART seramai 70 orang yang terbabit dalam misi itu terdiri daripada pasukan perubatan dari Kor Perubatan Diraja, Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pasukan khas bahan kimia berbahaya.
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam bencana itu. Kesemua 13 rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas selamat, menurut kementerian itu.
Media Turki melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 yang lain cedera di 10 wilayah Türkiye setakat ini berikutan dua gempa bumi kuat yang menggegarkan wilayah selatan negara itu Isnin.
Gempa bumi kuat itu, dengan pusat gempa di daerah Pazarcik, turut memusnahkan negara jiran Syria dengan hampir 1,300 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 2,400 yang lain cedera.
GM Klang melangkah ke era baharu dengan pelanjutan waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya lebih daripada pusat borong – kini sebagai hab komuniti dan gaya hidup moden yang hidup siang dan malam di Klang.