Umumnya group whatApps sekolah anak-anak kita diwujudkan oleh guru-guru untuk memudahkan komunikasi dan penyebaran maklumat kepada ibu bapa.

Namun apa yang sering terjadi, sebaliknya pula hingga membuatkan macam-macam perkara dan benda yang tidak sepatutnya ada dalam group whatapps tersebut.

Hal ini membuatkan seorang guru menyenaraikan antara tindakan atau benda-benda yang sering terjadi di dalam group whatapps sekolah anak-anak. Diharapkan hal tersebut tidak berulang lagi.

Nak tahu apakah itu, ini listnya.
​​​​​
8 BENDA JANGAN BUAT DALAM GROUP WASAP SEKOLAH ANAK.

1. Jangan tanya soalan bodoh. Serius, banyak soalan sebenarnya tidak layak ditanya.

“Cikgu, dalam jadual esok ada PJK. Jadi anak saya kena pakai baju PJ?”

Geram je aku nak jawab, “Tak lah. Pakai baju raya.”

“Cikgu, esok ada Seni. Kena bawa pensel warna la kan?”

“Cikgu, mana nak beli seluar track sekolah?”

Allahu, soalan-soalan begini penuh dalam group wasap kelas. Soalan yang tak perlu pun ditanya, guna logik akal cukup lah.

Takkan nak beli seluar track sekolah anak kena pergi kantin?

2. Soalan berulang-ulang.

“Cikgu, anak saya kata esok ada sambutan hari kemerdekaan. Kena pakai baju Melayu tapi kasut sekolah. Betul ke?”

“Betul. Dah bagi pun surat edaran. So, esok pakai baju Kebangsaan tapi kasut sekolah ya semua.”

IKLAN

Lepas je cikgu jawab, soalan yang sama dan hampir sama berderet masuk dari 34 parent lain.

Baca la juga diskusi yang orang tengah bincang bang. Kau main terjah je tanya benda sama. Sakit jiwa cikgu nak menjawabnya.

3. Memaksa cikgu menjawab segera.

“Cikgu, bla… Bla… Bla…”

Dua minit belum reply, dia terus memanggil-manggil dalam group.

“Cikguuuuu! Jawab lah”

Paling geram, dia akan misscall berkali-kali. Lepas tu wasap suruh jawab soalan dia dalam group. Memang geram betul. Kena kat aku tobat aku block orang gini. Jenis nak orang layan dia je. Annoying betul.

Cikgu Ni Pesan, Tak Perlu Begini Dalam Group WhatsApp Sekolah Anak!
.

4. Sejenis yang suka forward mesej dan video tak berkaitan.

IKLAN

Yang ni pun cukup menjengkelkan. Setiap hari berpuluh post nasihat, hadis, politik, video kelakar, gambar yang tak berkaitan dengan kelas anak dia hantar.

Habis tenggelam info yang cikgu beri. Orang gini sound je sekali, buat lagi block je.

5. Jenis bersembang sesama dia dalam group wasap.

Ni mak mak suka buat. Mulanya tanya pasal sekolah. Lepas tu melalut,

“Eh, you tau tak driver van sekolah tu anak saudara kita.”

“Oh yeke. Dulu dia bawa kereta kebal kan?”li Salleh

Hah tu dia. Wasap personal la mak cik nak sembang benda lain.

6. Menjual barangan.

Hat ni sejenis juga. Dalam group wasap kelas dia pergi jual insuran, jual Coway, jual tudung. Aduh la, seksa betul nak lihat semua barangan tu lalu kat situ. Tolonglah, nak menjual bukan dalam group wasap rasmi kelas.

IKLAN

7. Kalau anak tak sihat dan tak boleh hadir ke sekolah sebab atuk meninggal ke apa, wasap personal cikgu. Bukan dalam group.

“Cikgu, anak saya demam. Cuti dua hari.”

Berpuluh reply dari parent,

“Get well soon sayang.”

Ada yang tempek doa sihat cepat. Ada yang forwardkan tips nak bagi anak cepat sembuh. Berpuluh-puluh lagi gambar anak dalam wad dan tengah tunggu turn jumpa doktor dia tempek. Adoihhh! ‍

8. Menyindir dan tidak hormat orang lain.

Hat ni makin lama makin menjadi-jadi dalam group wasap. Anak dia hilang buku, dia pergi tuduh anak kawan tu curi. Bergaduh dalam group wasap.

Ada kes, bukan hebahkan secara umum. Wasap cikgu suruh cikgu selesaikan. Tapi paling tak tahan, dengan cikgu dalam tu pun dia tak hormat. Bahkan ramai cikgu dah kena sindir dengan sinis oleh parent dalam group wasap terbuka tu pula.

Tapi tu lah. Mereka baik sangat. Kalau kena kat aku, aku maki sebakul kemudian remove dari group tu. Puas hati.

Kita buat group kelas nak memudahkan, dia datang nak tunjuk hebat kerja doktor kerja peguam nak marah-marah cikgu dan sindir sinis pula. Pooodahh. Bawa bijak dan pangkat tu masuk kubur sana. Orang nak bincang pasal kelas la dalam group tu.

Hah, cukup 8 point malam ni. Sebenarnya banyak lagi nak cakap ni. Tapi penat dah nak tulis.

Okey, jumpa lagi di lain masa dan ketika. #SHARElah benda ni agar adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan kita TAK buat perangai gini dalam group wasap kelas anak mereka.

sumber : Mohd Fadli Salleh

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI