Kita dulu pun macam tu jugak. Main mintak ikut dan ja.
“Ayah, nak makan sotong.”
“Ayah, nak pi jalan-jalan.”
Ads
Biasanya ayah diam ja. ‘Haaa’ dak, ‘huuu’ pun dak. Paling responsif pun, dia angguk gitu gitu ja. Kadang tu dok heran, ayah ni dengaq ke tak? Paham ke tak? Kalau tak boleh, habaq la tak boleh. Tadak la kita nak berharap sangat.
Sampai satu masa, kita pun lupa apa benda yang kita mintak. Kita rasa permintaan kita tu tak mustahak bagi ayah. Ayah macam tak peduli. Apa yang kita mintak tu, bagi ayah tak penting dan tak boleh pakai. Buat perabih duit. Kita pun merajuk, tarik muka. Mintak benda sikit pun ayah tak boleh bagi.
Selang tak lama kemudian, kita nak keluaq rumah dah ada kasut baru. Buka almari dah ada baju baru, angkat tudung saji dah ada sotong goreng kunyit. Selongkaq beg sekolah dah ada buku baru siap dengan pensel, rubber dengan gurmit. Duduk tak duduk ayah ajak pi jalan jalan.
Masa tu, baru kita sedaq. Ayah tak pernah lupa pun. Ayah tak pernah berasa tak penting. Masa kita mintak tu, otak ayah tengah proses dan simpan. Dia diam bukan sebab dia buat tak tau, tapi dia sedang buat kira kira. Berapa duit nak guna, berapa banyak nak beli dan bila nak dapat gaji. Baru kita faham, ayah letak diri kita lebih penting dari diri dia sendiri. Ayah penuhkan hajat kita dulu, hajat diri sendiri dia letak ke tepi. Ayah kenyangkan kita dulu, dia hanya makan yang saki baki.
Sekarang bila kita dah ada anak, barulah kita rasa apa yang ayah kita pernah rasa. Anak mintak itu mintak ini, kita jadi pening. Tapi pening macam mana pun kita cuba untuk penuhi. Tidak hari ni, tidak esok, mungkin sepurnama atau seberapa lama pun waktunya, pasti akan ada rezeki.
Ads
Itulah ayah, kita nampak macam dia tak peduli, padahal dia simpan dalam dalam ke lubuk hati. Kepada yang masih ada ayah, sayangilah dan hargailah. Kerana waktu ini tidak mungkin berulang lagi.
Kepada yang ada anak, kasihilah, penuhilah selagi ada daya dan qudrat, selagi tidak merosakkan jiwa dan syariat. Kerana kita tidak tahu, sampai bila anak itu akan ada dengan kita. Yang pasti, bukan selama lamanya.
Menyambut kelahiran cahaya mata adalah kegembiraan buat semua ibu bapa. Segala kelengkapan dilakukan untuk meraikan anak.
Dalam Islam, terdapat beberapa amalan yang sunat dilakukan setelah kelahiran anak. Begitu juga yang dilakukan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal apabila anak keempatnya.
Pada hari ini iaitu hari yang ke 7, menerusi facebooknya beliau mengumumkan nama bayi barunya. Dalam pada itu, turut berkongsi amalan isterinya dalam tempoh kehamilan.
Semoga perkongsian beliau menjadi manfaat bersama.
(Bagi anak lelaki, jika tak mampu 2 ekor, 1 ekor pun boleh. Sah sunat Aqiqah cuma xdpat pahala sunat 2 ekor.)
Ok.. Masanya sudah tiba. Jeng jeng jeng!
.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم
Saya Don Daniyal Bin Don Biyajid mengkhabarkan kepada semua bahawa anak lelaki saya yang lahir pada 11/02/2021 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1442h, kami namakan nya DON YUNUS BIN DON DANIYAL. Jadi, nama penuh beliau ialah DON YUNUS BIN DON DANIYAL BIN DON BIYAJID BIN MUSTAFA BIN HAMIDON BIN ABDUL QAHHAR BIN SULAIMAN.
Saya memohon dengan keberkatan pada hari ke 7 anak ini, agar tuan tuan semua tolong doakan untuk dia agar menjadi anak yg soleh, penyejuk mata hati Ibu Bapak nya, beri dia ilmu yg bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya atas jalan Ahli Sunnah Wal Jama’ah asy-Sya’irah Maturidiyyah, rezeki yang luas dan halal dan lahir dari dia, zuriat keturunan yang memperjuangkan kalimah لَا إلٰهَ إلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُول الله Serta pengakhirannya adalah husnul khatimah. آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Terima kasih kepada semua yang sudi melalui hari hari bahagia kami sekeluarga. Menelusuri bersama-sama. Happy n seronok sama-sama dengan kami. Tak dak apa dari diri kami yang kerdil ni, melainkan kami doakan semua doa yang tuan tuan pohon untuk anak kami, doa itu semua dikembalikan kepada anak-anak zuriat tuan tuan jugak. آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
AMALAN KAMI SEPANJANG ISTERI MENGANDUNG
Esk 17/02/2021 (hari ni) adalah hari ke 7 anak kami. Oleh ituuuu, esk إنْ شَآء الله kami akan share nama anak kami kepada semua dengan memohon dan mengharapkan doa dari semua untuk anak-anak kita semua supaya menjadi anak-anak husnul khotimah dan menjadi penyejuk mata kita. إنْ شَآء الله إنْ شَآء الله إنْ شَآء الله.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Boleh dak if, hari ni saya share apa play list yang keluarga kami dengaq setiap hari, dan bertambah kekerapan play bila mengandung? Boleh na?
Ok sebelom tu, saya ni tahap ‘cap ayam’ saja. Bukan level orang alim atau orang padu padu. Jadi ada la playlist ni. Kalau orang yang power2, tak pasai la nak ada playlist ni kan? Hahahhha.. Jadiiii~ perkongsian ‘cheq’ ni untuk level biasa-biasa ja. Sapa yang dh level tinggi terpulang la, sebab tuan tuan dh maqam tinggi. Ok. Disclaimer siap-siap.
Seperti dalam gambaq2 ataih ni kan, mai saya cerita satu satu pasai apa dengaq hat ni semua. Ada sebab…. ada sebab cheeeeqq…
.
Kenapa al-Quran xdak??
Al-Quran memang baca dalam rumah. Abati la kena baca. Takkan play pulak. Setiap hari. Paling kurang setiap malam. Haaaa… ni nanti saya share. Tapi kalau nak donlod dulu boleh. Free saja. Bacaan Dendangan Tidoq di @mazoudpodcast . Tang sini —> https://www.buzzsprout.com/1159988/5344273
Lagi 1, kalau Quran, bila dengaq, nak menyembang ka, nak melawak anak beranak rasa segan. Hahahahha… kan.. biasa la… setan kan. Time time kita dok nak buat baik, time tu la dia nak mai bg ada idea nak menyembang. Tak guna punya setan. Jadi kita tipu dia balik. Biaq padan muka dia. Dia ingat kita tak mau dengaq quran. Kita nak dengaq lagu, tau tau silap aaaa. kita dengaq Qasidah. Puji Allah n puji Nabi Muhammad ﷺ. Hahahhahah padan muka kau setan.
1. Ok, dalam list tu, ada Ya Badratim. Ini lenggok dia, anak anak suka. Kita pun layan. Puji Nabi Muhammad ﷺ pun ada, rentak pun layan. Ok onz.
2. Lps tu ada Medley ni sebagai pembuka selera kepada qasidah lain. Kan bila balun skali sampai 4 5 qasidah dalam 1 rentak, jadi kita alert. Anak-anak pun akan sedaq. aiihh mcm biasa dengaq la. haaaa.
Alaaah, mcm dalam cerita Mujhse Dosti Karoge. Kan ada 11 lagi dia medley skali semua. Sedap pun sedap, layan pun layan, alert pn alert. Sekali arung…
3. Lps tu kan ada Ya Hanana. Hat ni kalau orang Malaysia tapi x dengaq, kacau laaa… kan?? Puji Nabi Muhammad ﷺ tahap padu ni… Nak habaq kat anak-anak bahawa untung jadi umat Nabi Muhammad ﷺ. Untung ada Nabi Muhammad ﷺ dalam hidup kita.
4. Ada al-Madad. Hati ni hangpa kena dengaq yg versi ni. Syempoii.. layan. Anak kami menari teruih.
5. Ya Habibi ni padu.. isteri kami dengaq, sekali ja, teruih dia lalu kat mulut. Nakhaaaaiiii~ melekat teruih.
6. Lepaih tu ada اني احب محمدا, hat ni kami pasang setiap pagi sebagai lagu roll-call anak anak nak bangun. Rancak n puji Nabi Muhammad ﷺ . Mmg style teroks.. Dengaq ni kira bangun2 teruih snap snap jari cerita dia. Yang Sulaiman siap beat box kot…hahahahah.. layan…
7. Ingat tau, ni level level kita ja. Bukan level wali. Ok. Jangan dok buat warak sangat. Warak kalau tak layan la IG… hahahhahah… kita ni level bawah.. mengaku ja. Sebab kita level bawah la kena ada hat jenih jenih lagu ni. Supaya walau teruk level iman kita, tapi still nak puji Nabi Muhammad ﷺ jugak. Kan?
8. Ya Asyiqal hat brader ni, syempoi.. sora dia level kita boleh tiru. Jadi kalau lps ni nak buat Ya Asyiqal boleh. Jangan la level Nisa Sibyan nu… tinggi… sora pecah kalau kita bawak.. hahahahha.. malu kat anak-anak kalau buat tak jadi… hahahahha cover baik punya.
9. Alfa SolaLLAH ni syempoi. Memang skali dengaq, teruih lekat. Padu piang punya.
10. Natawasa bil Hubaba ni lagu puji siti Khadijah RA tau. Jangan dok buat tak tau. Org pertama terima Islam dari mulut Nabi Muhammad ﷺ. Hat ni pun menyaghiitt!!! Syempoi baq hang… kena dengaq. Nnt nak p Mekah, nk p Ma’la, kena tau nak puji tuan dia. Kan?
11. Ok. Yang tajuk Barzanji ni, hat ni kompilasi ada 3 kitab maulid BARZANJI, MAULID AD-DAIBA’I dan SIMTUD DURAR. Dari anak no 3 sampai anak no 4, mmg masa dok dalam bilik masa menunggu kelahiran tu masa bukaan 3cm 4cm, mmg dengaq yang ni. Ulang ulang ulang tak berenti. Dia 2jam 1/2 kan skali baca semua. Ha, bayang la sehari sampai 12x pasang. Sbb nak sambut kelahiran. Mohon dengan keberkatan Nabi Muhammad ﷺ.
Ok habis…. selamat mendengaq. Jenuh Penat tulih kot handphone ni.hahahha Semoga ada barakah. Berkat Nabi Muhammad ﷺ. Ya Rasulullah ﷺ kami cinta Kamu.
Sumber: Don Daniyal Don Biyajid
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan suami isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain sentiasa berusaha untuk menbahagiakan pasangannya.
Biarpun ‘struggle’ dalam kehidupan, namun hati tetap untuk memberikan kegembiraan buat pasangan.
Begitulah yang digambarkan dengan pasangan suami isteri ini. Menerusi perkongsian video di Tik Tik akaun kiedaamy97_ melihat bagaimana ikhlasnya seorang suami memberikan hadiah istimewa buat isteri tersayang.
Demi menghargai isterinya, suaminya menyimpan duit selama setahun tanpa pengetahuannya untuk membelikan hadiah.
Malah kata-kata suaminya ketika memakaikan gelang di tangannya mengundang sebak.
“Happy birthday ibu. Dimurahkan rezeki. Semoga berjaya dalam bidang perniagaan. Sambil mencari rezeki, menjaga anak.
“Terima kasih jaga makan minum abah. Abah simpan duit selama setahun untuk hadiah ibu.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perkara yang sama, sebak melihat kasih sayang ikhlas seorang suami yang menghargai isterinya yang menguruskan rumahtangga.
Apa yang pasti, tidak kiralah hadiah apa jua, yang penting sikap suami yang tahu menghargai isteri yang setia bersama ketika susah dan senang.
Sudah tentu antara kita sudah bergelar mertua. Namun untuk menjadi ibu mertua bukan suatu kerja yang mudah. Sudah tentu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan menantu.
Sebagaimana perkongsian ini amat menarik untuk dijadikan pedoman.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Mentua Dari Kayangan.
Kebanyakan dari kita sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sedar atau tidak, suatu hari nanti, In Shaa Allah kita juga akan menjadi Mentua.
Di sini saya senaraikan apakah perkara, perbuatan dan kelakuan yang mesti dielakkan supaya kita juga, suatu hari nanti tidak akan menjadi Mentua Dari Kayangan.
1. Jangan amalkan sihir. Kalau benci sangat kat menantu sekalipun, jangan main bomoh. Sudahlah berdosa besar, keluarga anak sendiri pun porak peranda. Silap-silap sampai ke tua anak tu takkan bahagia.
2. Jangan membanding-bandingkan menantu. Tak kira la dari segi kekemasan rumah, kerajinan, kecantikan, kerja, cara melayan anak dia, harta benda dan sebagainya.
3. Jangan merendah-rendahkan menantu yang tak kaya dan mengangkat tinggi menantu yang kaya. Duit yang banyak tu tak boleh bawak masuk kubur pun. Yang penting kebahagiaan mereka sekeluarga.
4. Jangan menyibuk hal harta benda anak dan menantu. Mereka sudah besar dan biar mereka uruskan kewangan sendiri. Tak perlu masuk campur.
5. Jangan melaga-lagakan menantu. Ini mungkin ramai yang tidak sedar. Apabila di rumah menantu sulung, jangan puji sangat menantu yang bongsu. Bila di rumah menantu kedua, jangan melampau bercerita pasal menantu yang lain pula. Ini umpama melaga-lagakan mereka sedangkan menantu dan birasnya tiada masalah pun.
6. Jangan mengutuk fizikal dan rupa paras menantu. Tak kira la di depan menantu itu sendiri atau di depan orang lain. Hitam? Putih? Gemuk? Kurus? Tinggi? Rendah? Cantik? Buruk? Body shaming oleh mentua sangat menyakitkan hati sebenarnya.
7. Jangan memburukkan menantu dengan anak yang lain. Mak sendiri dah jadi ketua membawang, sama-sama mengutuk dan mengumpat menantu dan kakak ipar anak-anak tu.
8. Menantu bukan pilihan? Yang nak bersama dengan anak sampai ke hari tua anak ialah isteri diorang tu. Kenapa pula mentua yang nak berlebih-lebih nak yang pilihan sendiri? Menantu tu nanti akan tidur dengan anak, bukan dengan mentua.
9. Jangan terlalu mengharap menantu akan ikut semua cara mentua. Nak potong bawang pun kena ikut cara mentua. Nak lipat baju pun kena ikut cara dia. Nak masak kena ikut masakan dia. Nak jaga anak pun kena ikut cara mentua. Cara lain semua salah. Dia je yang paling betul.
10. Jangan terlalu membebel kat menantu. Itu tak kena, ini tak kena. Itu salah, ini tak betul. Ada je benda nak betulkan.
11. Jangan asyik mengungkit benda yang dah berlalu. Kalau menantu tu ada buat salah 10 tahun yang lepas, setiap kali berjumpa akan mengungkit benda yang sama. Walaupun dah minta maaf.
12. Jangan menyindir menantu. Bila nampak rumah ada langsir baru, pinggan mangkuk baru, baju baru atau perabot baru, disindirnya konon menghabiskan duit anak.
13. Jangan sentiasa menyalahkan menantu walaupun anak sendiri yang tak berguna. Tak boleh terima kenyataan anak tu yang bermasalah, tapi menantu jugak yang dipersalahkan.
14. Jangan sentiasa nak komen masakan menantu. Tak sedap, tak garing, tak lembut, tak lemak, tak pedas, tak itu tak ini. Semuanya tak menepati citarasa.
15. Jangan mengutuk, mengumpat dan mengata menantu dengan orang luar. Yang tak kena semua dicerita. Akhirnya akan tinggalkan tanggapan yang buruk kepada menantu.
16. Jangan cakap kasar dengan menantu. Main AKU ENGKAU je macam menantu tu orang gaji.
17. Jangan berlebih-lebih mengajar cara mendidik anak. Setiap orang itu unik dan ada cara masing-masing, menasihati dan memberi cadangan itu tidak mengapa, tetapi memaksa itu dah masuk kategori lain.
18. Jangan menghina menantu yang tidak mendapat zuriat. Bab zuriat ni rezeki Allah. Bab zuriat ini ada banyak sebab. Bukan sebab menantu je, anak pun boleh jadi sebab.
19. Jangan membanding-bandingkan cucu. Sekolah, tahap pembelajaran, rupa paras, bentuk fizikal dan segala benda nak dibanding-bandingkan.
20. Jangan menyalahkan menantu bila terjadi apa-apa pada cucu. Contohnya cucu kurus, menantu tak bagi makan. Cucu gemuk, menantu bagi banyak sangat makan. Cucu tak pandai, sebab ikut otak menantu.
21. Jangan body shaming cucu. Macam pelik kan? Tak pelik. Cucu yang tak cantik dikatanya hidung kemek ikut maknya. Yang hensem, ikut anaknya pula. Habis diceritanya cucu anak yang ini hensem, anak yang itu gelap. Cucu yang ini cantik, yang itu huduh.
22. Jangan bermulut jahat. Menantu setan katanya. Menantu hantu. Cucu macam monyet la kura-kura la. Ini realiti tau.
23. Jangan melaga-lagakan menantu dan anak. Dah tak suka menantu tu, dihasutnya anak macam-macam. Difitnah menantu tu itu dan ini supaya anak jadi benci.
24. Jangan asyik nak iri hati. Bila anak buat sesuatu kat menantu, jeles terus. Anak belikan menantu bunga, nak bunga jugak. Anak belikan isteri dia kereta, dia pun nak kereta jugak.
25. Jangan sentiasa bandingkan menantu yang bekerja dengan menantu yang tak bekerja. Yang suri rumah tu dianggap makan tidur je. Yang bekerja diagung-agungkan.
26. Jangan labelkan menantu pemalas bila tak nampak dia buat kerja. Bukan semua benda kita tahu dan bukan setiap masa kita boleh nampak.
27. Jangan tuduh menantu bomohkan anak bila anak beri kasih sayang dan membantu kerja rumah isterinya.
28. Jangan suka mengarah menantu macam orang gaji.
29. Jangan ingat kita sahaja yang betul dan menantu tak layak untuk beri pandangan.
30. Jangan lebih menpercayai orang lain berbanding menantu. Bila ada benda terjadi, tak nak dengar langsung penjelasan menantu. Orang lain kononnya lebih tahu.
31. Jangan sedap sangat mengutuk besan depan anak dan menantu. Itu mak ayah menantu.
Itulah serba “sedikit” benda yang kita bakal mentua ni perlu elakkan. Kenapa? Kerana kita nak hasilkan rantaian keturunan yang penuh kegembiraan dan saling hormat menghormati.
Jika anda ada lagi perkara atau perbuatan yang perlu dihindari, sila kongsikan di komen. Generasi kita, kita sama-sama jaga. Kongsikan supaya kita ambil peduli dan tidak menjadi Mentua Dari Kayangan.
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.