Pelbagai cara dan kaedah dicuba bagi memastikan anak-anak mudah belajar, termasuklah menitik beratkan soal pengambilan makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Perkongsian menarik ini diperoleh dari facebook Roszita Fathrul Jaman. Menurut Roszita yang mesra disapa MamiTa, petua ini dikongsikan oleh cikgu tuisyen anaknya yang berbangsa Cina.
Petua ini dikatakan baik untuk kesihatan anak-anak terutama dalam memastikan mereka lebih peka, terang mata dan kesihatan yang lebih baik terutama untuk peperiksaan. Jom ibu-ibu kita cuba petua ini untuk anak-anak nanti.
Cikgu tuition add math Adeq suruh buatkan untuk Adeq minum setiap hari hingga exam..
Campuran goji berry + kurma cina slow cook selama 6jam..
Hanya 2 jenis bahan sahaja..
No GULA!!
Kata cikgu tuition Adeq untuk Adeq lebih peka, terang mata & kesihatan yang lebih baik untuk exam..
Orang2 cina surely tahu kan??
Sebabnya minuman nie amalan orang2 Cina..
Banyak kelebihannya..
MamiTa buat lah demi Adeq sebab tahun nie nak SPM…
Mana yang baik kite cuba demi anak2..
Tak salah mencuba perlara yang baik2..
Tak kesahlah amalan mana2..
Asalkan bukan yang jahat2…
Cara masak sangat2 senang..
Campurkan 2 bahan nie..
Masak guna slow cooker lagi bagus..
Tinggal sikit tambah saja beberapa kurma cina + goji berry ikut suka hati..
Biarkan masak beberapa jam..
Kalau takde slow cooker bole saja pakai periuk..
Masak api perlahan selama beberapa jam…
Lagi lama lagi bagus…
Tq so much buat cikgu tuition Adeq yang berbangsa Cina..
Selalu ajar banyak perkara termasuk untuk kesihatan Adeq…
#minumankesihatan
#chineseherbs
Sumber: Roszita Fathrul Jaman
Dr Ini Jelaskan Pengambilan Dengan Betul Untuk Elak Terlebih Dos. Take Note!
Lazimnya apabila kita demam tentu kita akan mengambil ubat dalam jika masih demam dalam tempoh tiga hari sebelum mendapatkan rawatan doktor jika berlarutan. Bagaimana pun ada juga dikalangan kita, sanggup tidak mengambil ubat atas alasan ubat akan mengakibatkan buah pinggang rosak serta kerosakan hati. Namun hakikatnya jika pengambilan secara berlebihan sudah tentu ada kesannya. Ikuti ulasan doktor ini mengenai hal ini. Take note ye!
IKUTI PERKONGSIAN INI
“Doktor, betul ke Panadol boleh rosakkan buah pinggang?”
“Betul ke Panadol duduk dalam badan kita sampai 5 tahun?”
“Betul ke Panadol boleh rosakkan hati?”
Saya sering ditanya oleh pesakit dan enggan untuk makan ubat Panadol sebab risaukan risiko Panadol bahaya untuk badan.
Hari ini saya kongsikan ilmu yang betul tentang Panadol.
Panadol(Paracetamol) digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yang paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusu serta warga emas.
BERAPAKAH DOS YANG DISARANKAN?
Untuk orang dewasa, panadol 2 biji(500mg x 2 biji) setiap enam hingga lapan jam sekali (maksima 4g sehari).
Untuk kanak-kanak,
Sirap paracetamol adalah 15mg per kilogram (kg) berat badan dalam enam hingga lapan jam (tiga hingga empat kali) sehari.
Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap enam jam sekali (maksimum 5g sehari).
Bentuk intravenous diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari empat jam sekali: maksimum 4g sehari)
BERAPAKAH DOS YANG BOLEH ROSAKKAN HATI?
Dos minimun yang boleh menyebabkan kesan toksik paracetamol adalah,
Dewasa: 7.5-10g(20biji) dalam 1 dos (1 pengambilan)
Kanak-kanak (1-6tahun): 200mg/kg dalam 1 dos (1 pengambilan)
Kesimpulannya,
Panadol TIDAK rosakkan buah pinggan/hati jika diambil dalam dos yang disarankan.
Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku. Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum ambil Paracetamol.
Panadol hanya berada dalam badan selama empat hingga enam jam sahaja kemudian akan mengalami proses penghadaman.
Panadol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, pesakit gastritis,kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu.
Sumber: Ahmad Samhan
Cuti Hujung Minggu Masa Untuk Rehatkan Diri, Bukan Bekerja. Awas, Kalau Tak Boleh Mental!
Pernah tak, rasa tak sempat nak habiskan kerja di pejabat, nak tak tak kena juga bawa balik dan sambung buat di rumah?
Haaa…. Awas ye! Jangan menafikan hak diri anda sendiri untuk bercuti. Nak tahu kenapa? Jom tengok perkongsian dari Dr Muhammad Wa’iz ni!
Tuntutan pekerjaan menyebabkan ramai pekerja tidak sedar mereka telah mengorbankan cuti hujung minggu dengan bekerja.
Kajian ada mendapati, cuti 2 hari setiap minggu sangat membantu mengurangkan kadar ketidakhadiran pekerja dan meningkatkan produktiviti mereka di tempat kerja.
Persoalannya, adakah memenuhi tuntutan pekerjaan itu lebih penting daripada meluangkan masa berehat selama 2 hari seminggu? Tepuk dada tanya diri!
Kerja hujung minggu buatkan anda berisiko mendapat kemurungan
Walaupun cuti hujung minggu telah lama dilaksanakan dalam kebanyakan sektor pekerjaan, namun masih ada daripada kalangan kita yang membuat keputusan untuk terus bekerja walaupun pada cuti hujung minggu.
Ini bermakna, mereka tidak mendapat sebarang manfaat daripada pengenalan cuti 2 hari pada hujung minggu tersebut.
Apa yang lebih buruk, kebanyakan daripada mereka yang membuat keputusan untuk kerja hujung minggu tidak sedar apa yang bakal dihadapi pada masa akan datang.
Mereka sebenarnya sedang memperjudikan kesejahteraan mental yang mereka miliki. Apakah ia?
Satu kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati, mereka yang terus bekerja pada hujung minggu lebih cenderung atau berisiko untuk mengalami kemurungan pada masa akan datang.
Daripada data kajian tersebut, didapati bahawa golongan wanita yang bekerja pada hujung minggu mempunyai simptom-simptom kemurungan yang lebih tinggi berbanding wanita yang hanya bekerja pada hari bekerja sahaja.
Kajian tersebut turut menyatakan, majikan perlulah menyedari bahawa kerja lebih masa dan pada waktu hujung minggu sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental pekerja mereka.
Kerja lebih masa sangat tidak bagus kepada kesihatan mental manusia
Seorang penyelidik di Lancaster University menyatakan, kerja lebih masa sememangnya amat memberi kesan secara negatif ke atas mental manusia.
Ini termasuklah kurangnya aktiviti sosial, masa untuk kehidupan peribadi dan juga waktu rehat yang sememangnya diperlukan oleh tubuh manusia itu sendiri.
Apatah lagi bagi mereka yang telah berkeluarga, mereka sepatutnya menyeimbangkan masa mereka juga untuk memenuhi tanggungjawab terhadap urusan rumah tangga.
Apa yang boleh anda lakukan sebagai pekerja untuk mengurangkan risiko kemurungan?
Sebagai seorang pekerja yang hanya makan gaji, kita mungkin tidak mampu mengubah waktu kerja atau mengubah apa yang telah diaturkan kepada kita.
Namun, ada beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan risiko daripada mendapat kemurungan.
Antaranya ialah:
- Berehat beberapa ketika pada waktu bekerja
- Memberikan prioriti atau keutamaan kepada tugasan kerja
- Belajar untuk menyatakan ‘tidak’ jika anda rasa anda tidak mampu lagi untuk menanggung beban kerja tambahan
- Bekerja dari rumah jika terdapat fleksibiliti seperti itu dalam sektor pekerjaan anda
- Bersikap terbuka untuk menceritakan masalah anda kepada ahli keluarga dan rakan yang dipercayai
- Gunakan masa cuti anda sebaiknya dengan tidak memikirkan soal kerja
- Berhenti melakukan kerja apabila waktu kerja anda sudah tamat dan jangan bawa pulang beban kerja di rumah
- Manfaatkan masa bersama keluarga dan rakan pada luar waktu kerja
- Komitmen tugas kerja itu bagus, tetapi anda juga punya kehidupan untuk dinikmati
- Memberikan komitmen yang terbaik kepada pekerjaan itu sememangnya satu nilai yang dicari ramai majikan.
Namun, anda juga perlu sedar bahawa anda bukanlah dibayar untuk bekerja 24 jam, 7 hari seminggu.
Anda juga perlu menikmati waktu di luar masa kerja dengan melakukan aktiviti lain yang digemari bersama keluarga atau rakan.
Untuk majikan pula, sudah tiba masanya untuk berubah daripada budaya bekerja yang tidak realistik dengan ganjaran yang rendah kepada budaya yang lebih menghargai dan menyokong para pekerja anda.
Hargailah segala usaha pekerja anda dan berikan sokongan untuk mereka menjalani kehidupan yang memelihara kesejahteraan mental.
Sumber : Muhammad Wa’iz
Lengkap Sepasang, Mawar Rashid & Suami Bakal Timang Anak Perempuan. Sudah Siapkan Nama. Tahniah!
Pasangan sama cantik sama padan, Mawar Rashid dan suami Raf Yaakob mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Mawar menerusi satu video di saluran Youtube.
Video yang berdurasi 4 minit itu dibuat dalam satu majlis ‘gender reveal’ oleh pasangan ini yang turut dihadiri ahli keluarga dan juga rakan terdekat.
Dalam video tersebut, Mawar dan suami meletupkan belon yang dipenuhi kertas dan belon kecil berwarna merah jambu sekali gus menjawab persoalan jantina bayi yang sedang dalam kandungan Mawar.
Menjawab persoalan peminatnya yang bertanyakan mengenai nama bayi di dalam kandungan, Mawar mengakui sudah mempunyai nama tetapi belum mahu mengumumkan.
Rata-rata memberikan ucapan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Mawar sehingga melahirkan bayinya kelak.
Sumber: mawarashid