Perkongsian kali cukup berguna untuk peminat tegar masakan bersambal. Pasti di dalam peti sejuk tersedia stok cili kisar.
Bagi memastikan cili kering yang telah dimesin kekal elok dalam tempoh berbulan-bulan lamannya, anda boleh amalkan cara ini sebagaimana yang sering dipraktikkan oleh Puan Mim Nazihah.
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…mesti ramai yang dah tau kan… tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan…
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan…
inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat…
Bahannya :
Ads
40gm cili kering
3 labu bawang putih
Air tapis
Cara buat :
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih.
Ads
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3. Kemudian toskan. (Tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
4. Biarkan sekejap agak² sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip ye, guna air tapis. Dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat.
selamat mencuba.
sumber : Mim Nazihah Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Teka teki mengenai kehamilan penyanyi Ernie Zakri Yang sebelum ini meniti di bibir peminatnya terjawab apabila empunya diri memaklumkan dia kini sedang hamil empat bulan.
Isteri kesayangan Syamel ini mengakui tidak mengalami sebarang alahan teruk pada awal kehamilan. Bagaimanapun ketika kandungan memasuki trimester kedua dia mulai sensitif terhadap makanan dan mengalami alahan.
“Alhamdulillah usia kehamilan saya sudah memasuki 16 minggu iaitu sekitar empat bulan. Ketika trimester pertama semuanya okay, saya tidak mengalami sebarang alahan.
“Namun, memasuki trimester kedua ini saya sudah mula sensitif terhadap makanan pedas dan berminyak. Saya akan muntah-muntah serta sudah mula mengalami alahan seperti yang dilalui kebanyakan ibu mengandung,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Mengulas mengenai dirinya yang seolah-olah menyembunyikan berita tersebut, Erni jujur menjelaskan tidak berniat sedemikian. Sebaliknya berharap ramai memahami situasi dan keadaan yang dilalui dirinya dan suami yang juga penyanyi, Syamel yang kehilangan ibu tercinta bulan lalu.
“Sebenarnya kami memang nak berkongsi berita ini lebih awal tapi disebabkan ketika itu arwah umi Syamel jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia, kami rasa ia bukan waktu yang tepat untuk meraikan berita gembira ini.
“Biarlah keadaan kembali tenang dan seluruh ahli keluarga sudah cukup kuat dan reda dengan pemergian arwah umi. Kami tiada niat langsung nak sorok kehamilan.
“Jika ikutkan hati memang nak berkongsi lebih awal tapi tak terkeluar dalam waktu yang sangat sensitif untuk keluarga kami,” katanya.
Begitupun, Allahyarham Wan Faaizah Karim sempat mengetahui berita kehamilannya, Ernie berkata, arwah begitu teruja sebaik mengetahui perkara itu.
“Sebelum umi nak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kami sempat membuat panggilan video dengannya. Alhamdulillah umi sangat gembira dan teruja.
“Kami bersyukur sangat apabila umi serta seluruh ahli keluarga sudah mengetahui berita gembira ini. Cuma sedih apabila arwah tak sempat untuk melihat cucu sulungnya,” katanya.
Penggunaan scrub dalam penjagaan kecantikan memang kita orang perempuan biasa lakukan dan faham kepentingannya. Umumnya, ramai antara kita akan mendapatkan rawatan scrub ini di spa ataupun jika ada kerajinan akan menyediakan sendiri ramuannya untuk memastikan perawatan kulit boleh dilakukan di rumah.
Ini sebagai mana perkongsian di fb dari Ibrisam Wossali ini tentang scrub menggunakan limau purut menarik untuk terus diwar-warkan kepada umum. Menurutnya, petua cantik dengan scrub limau purut ini telah lama diamalkan oleh keluarganya.
Ini katanya
” Scrub limau purut ni boleh gantikan shampoo kepala juga. Rambut dan badan akan berbau haruman limau purut. Hari ni saya nak berkongsi dgn sahabat2 Kebun Bandar tentang scrub yang dah lama saya sekeluarga buat dan gunakan iaitu limau purut.”
Tidak dengan itu, beliau juga turut menanam pokok limau purut.
“Sya ada tanam pkk limau purut dn selalu berbuah. Maka tak jadi masalah utk mendapatkan buah limau purut.
Jadi usah tunggu lagi jom kita pelajari cara untuk menyediakan scrub limau purut ini. Nampak cukup mudah dan membuatkan lagi teruja dan tidak sabar bila membayangkan aroma limau purut yang bakal meresap ke seluruh tubuh.
Langkah 1
1. Basuh sebersihnya limau purut.
2. Potong nipis sedikit (senang nk blender)
3. Blender limau purut dgn sedikit air, jika mahu scrub menjadi pekat. Jika mahukan scrub tu kasar, blender sekejap je. Sya suka blender smpai halus.
4. Masukkan dlm bekas tertutup dn simpan dlm peti sejuk. Bila nk guna ambil sedikit. Senangkan……
sumber : Ibrisam Wossali via KebunBandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berfikir dahulu sebelum bertindak. Itu yang dilakukan oleh wanita yang bergelar doktor ini bila mana keretanya dihalang oleh kenderaan lain.
Tidak mengambil keputusan melulu, sebaliknya invidu yang dikenali sebagai Dr Aniah Azmi bertindak meninggalkan sekeping nota untuk pemilik kenderaan tersebut.
Tindakan doktor ini harus menjadi contoh buat kita semua. Beliau yang bekerja di sebuah Hospital di Melaka telah berkongsi pengalaman ketika beliau tidak boleh keluar dari tempat letak kereta akibat dihalang oleh kenderaan lain.
Pemilik kenderaan itu juga langsung tidak meninggalkan sebarang nota ataupun nombor telefon untuk dihubungi supaya dapat mengalihkan kereta. Doktor Aniah dalam perjalanan untuk pulang menjemput anak dari sekolah. Namun kenderaan yang menghalang itu langsung tidak meninggalkan nombor telefon.
“Jika anda menghalang kereta lain dari keluar, anda hanya perlu meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan untuk memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda. Kelmarin ketika tiba di kereta, saya mendapati kereta saya dihalang oleh kenderaan lain yang tidak meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan.”
“Paling mencabar apabila pemilik kenderaan langsung tidak kelihatan selepas 5 kali pengumuman dibuat dalam masa 30 minit. Saya kesuntukan masa untuk mengambil anak saya Lillie dari sekolah. Saya cuba untuk bersabar dan mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Grab Car dan menjemput anak dari sekolah.”
“Sebelum meninggalkan kenderaan saya, sekeping nota telah ditinggalkan kepada pemilik kenderaan tersebut bahawa apa yang dia lakukan ini boleh memberikan kesan yang tidak baik terhadap orang lain.”
Nota yang ditinggalkan bertulis:
Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih, dari Dr Aniah.
“Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.
Pemandu Grab Car diberitahu tentang kejadian yang menimpanya memberi cadangan agar terus menunggu sehingga pemilik kenderaan muncul atau pecahkan cermin keretanya.
“Saya memberitahu kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpa saya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Ataupun mengambil gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.”
“Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima hakikat bahawa semua yang terjadi mempunyai sebab. Mungkin juga semua yang terjadi adalah ‘rezeki’ untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan kesan besar kepadanya.
“Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu bertulis”:
“Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maaf atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.”
“Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.”
“Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.”
Kisah yang dikongsikan ini cukup baik untuk dijadikan teladan supaya tidak mengambil keputusan terburu-buru. Sebaliknya berfikir sebelum bertindak.
Sumber: Dr Aniah Azmi | Says via AllHeboh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.